Friday, November 11, 2011

Sunday, November 6, 2011

DAH LAMA...

Assalaamualaikum, dan selamat Hari Raya AidilAdha...

Cuba perhatikan last post yang aku tulis. September 2011... (= =")
Sangat lama aku tidak menulis. Bukan 2 minggu, bukan 3 minggu, bukan jugak 4 minggu. Tapi hampir 2 bulan aku tinggalkan blog aku yang comel ini...

Bukanlah tak mahu, bahkan ada banyak perkara yang ingin aku tulis. Cuma keadaan tak membenarkan. Internet di kolej kediaman, macam chipsmore. Kejap ada, kejap hilang. Bila ada, slow pulak. Sejak masuk semester yang baru ni, aku perlu buat satu mini projek dan cuba teka apakah itu? Haha, 'Braille typewriter'. Macam susah je nak buat. Sejak awal semester lagi dah sibuk untuk hantar proposal, lepas tu, kena cari maklumat pulak, kena cari bahan pulak. Tapi, sampai sekarang pun belum siap lagi.

Semester ni, fokus aku terlalu mudah hilang. Bahkan, kebanyakan masa dalam kelas dan kuliah aku sering melukis. Lukisan aku kebanyakannya adalah watak kartun. Minggu lepas, aku ada test pertengahan semester. Sepatutnya aku study, tapi sepanjang minggu tu aku melukis. Aku sendiri tak tahu kenapa aku melukis sedangkan aku dalam saat-saat genting untuk menghadapi test, bahkan aku sendiri tak faham sepenuhnya akan setiap subjek tu.

Dzulhaxif, 'roomate' aku sejak semester satu lagi ada mencadangkan agar aku hantarkan portfolio kepada abangnya ayng merupakan seorang pelukis. Huh! Layakkah aku? Layak atau tidak, itu belakang kira. Asep kata, kalau tak dapat buat komik pun, jadi 'character designer' pun jadilah...

Hmm... (O.=) 'Character designer'...
Menarik.... Ok, kadang-kadang, ada jugak terfikir yang aku ini seolah-olah tersilap bidang. Tidak dinafikan, aku memang sangat suka melukis. Bahkan sejaku kecil lagi aku suka melukis. Tidak dinafikan, mengikut kata kawan-kawanku sejak sekolah lagi, aku seorang yang pandai melukis. Cuma, sejak kecil lagi aku dididik dengan sains sehinggakan aku juga turut sukakan sains. Sebab itulah aku memilih bidang kejuruteraan.

Berkenaan cadangan Dzulhaxif (Asep) tu, bagus jugak idea dia. Siapa tahu, rezeki aku ada di situ. Mungkin aku boleh jadikan bidang lukisan dan komik ni, sebagai satu landasan dakwah. Komik islamik... (^_____^) Siapa sokong angkat tangan, (^^)/p...

Hmm... Aku harap ALLAH berikan masa depan yang terbaik untukku dan untuk ISLAM...

Ya ALLAH,
tidaklah aku tahu akan ketentuan-MU,
dan tidaklah kutahu akan masa depanku.

Namun kupercaya,
Di hadapanku ada masa depan yang cerah,
Walaupun ada yang gelap.
Dan kupercaya,
ENGKAU telah sediakan jalan yang terbaik untukku.

Untuk itu, kumohon berikanlah padaku
masa depan yang cerah itu...

Amiin...

Saturday, September 17, 2011

PENYESALAN...

Khamis, 15 september 2011 :

Selesai sahaja solat Maghrib, aku dan Fahmi bergegas ke Seberang Ramai untuk mengambil Syah. Tujuan kami adalah untuk menyertai festa konvo UniMAP ke-6. Malam ini, ada sesuatu yang istimewa yang belum lagi pernah berlaku di sini. "Malam Nur Kelestarian Islam"...

Bermula jam 8.45, majlis dimulakan dengan zikir oleh imam muda Ammar yang seterusnya disertakan sesi ceramah bersama beliau yang bertajuk, "Man Ana". Kemudian, Ustaz Azki selaku moderator yang dijemput khas dari KUIN mengambil alih majlis. Persembahan beliau sememangnya tidak pernah mengecewakan dan hebat seperti biasa. Bersama beliau, seorang artis jemputan menjadi tetamu istimewa yang memberikan persembahan, yang pada aku cukup menyentuh jiwa. Artis tersebut, suatu ketika dahulu merupakan seorang penyanyi kumpulan rock, Melissa, kini lebih dikenali sebagai Ustaz Radzi.

Aku cukup tertarik kerana suatu perkara yang pernah terlintas dalam minda aku adalah sama seperti pandangan Ustaz Radzi sekarang ini. Perkara itu adalah, menukarkan lagu-lagu lagho yang ada kepada lagu berunsur kerohanian. Antara lagu yang telah diubah oleh beliau sendiri termasuklah sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Melissa pada 90-an dahulu, Cinta Untuk Nabilah. Tapi, itu dulu. Sekarang tajuk lagu itu adalah Cinta Untuk Nabiku/Nabi lah...

Selain itu, turut disertakan beberapa lagu beliau yang dimuatkan ke dalam album terbaru, Penyesalan. Antara lagu yang beliau bawakan termasuklah yang bertajuk Penyesalan. Aduh, sungguh menusuk jiwa. Kalaulah kalian dapat mendengarya, pasti akan tersentuh juga.

Susah untuk kita temui artis seperti Ustaz Radzi ini. Jumlah mereka tidak ramai. Mendengar lagu-lagu seperti ini, yang telah diubah kadang-kala membuatkan aku sendiri ingin menceburi bidang muzik. Seringkali aku mendengar lagu-lagu yang aku suka rentaknya, malangnya semua lagu itu adalah lagu yang lagho dan tidak mengingatkan kita kepada ALLAH. Sedih jugaklah. Alangkah baiknya kalau lagu yang sedap tu kita gubah untuk mengingatkan kita kepada ALLAH.

Sebab itulah, ada ketikanya aku sendiri ingin mecipta lagu-lagu nasyid. Malangnya aku bukanlah insan yang mahir dan mungkin tidak berbakat dalam mencipta lagu. Namun, aku harap akan hadir lebih ramai insan yang ingin mencipta lagu-lagu atau paling tidak pun mengUBAH lagu-lagu yang sedia ada untuk mengingatkan kita kepada ALLAH...

Wednesday, August 24, 2011

HambaMU ALLAH.... AKU BERSEMANGAT....!!!!

Assalaamu'alaikum.... Ini kali kedua aku menulis dalam blog untuk hari ini... Sememangnya dah lama aku tak tulis blog.... Aduh, kerja PPMS tak siap lagi ni... Sedang asyik aku mendengar iLI Radio, satu lagu dimainkan. Dengar lagu ni, buat hatiku rasa sangat bersemangat... Dah lama tak rasa macam ni... Nak tahu tajuknya...?

Haha, sapa-sapa yang pernah ikuti, atau tengok iklan Imam Muda, mungkin pernah dengar lagu ni. Sememangnya best... Aku sendiri terkesan. Tajuknya HambaMU ALLAh, nyanyian Mawi dan Akhil Hayy...

Sungguh sangat bermakna liriknya ini, dan sesuai pulak dengan rentak lagu ni... Beeeessssst........... Bila dengar lagu ni, sebenarnya aku dah ada satu rentak gitar yang aku sendiri reka berdasarkan empat kod asas gitar... Tapi, liriknya pernah ada... Jujurnya, aku sendiri merasakan ada sesuatu yang dapat aku gubah daripada empat kod asas tu untuk aku jadikan sebuah lagu... Tetapi, aku sendiri belum ada liriknya...

Aku merasakan, ada sesuatu yang ingin aku sampaikan melalui rentak tu... Tapi, aku tak tahu macam mana nak aturkannya ke dalam lirik.... Walau apa pun, insyaallah keinginan itu akan tercapai... Mudah-mudahan ALLAH memberikan ilham kepada aku...

berikut aku sertakan liriknya dan link ke youtube...




Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

ARTIS MASUK UniMAP..? WOW...!!!

Beberapa hari lepas, heboh di group bakal mahasiswa UniMAP, "ada artis akan masuk unimap..!!!" Maka, aku yang terlalu "noob" pasal artis ni pun, tertanya-tanya, "Artis mana plak yang sanggup masuk UniMAP ni? Setahu aku, orang macam ni biasanya masuk U yang dah terkenal atau pun swasta...." Hahaha... Aku bukannya tau sangat sebab aku ni jarang amik tahu pasal dunia hiburan ni... Jadi, aku memang tak tahu lah sapa artis tu...

Kemudian, pagi ni aku dapat nama artis tu... Jadi, aku pun mencari En. Google untuk soal siasat dia tentang artis tu... Lalu, setelah beberapa kali aku soal En. Google, aku dapat tau aku boleh tengok dia kat Youtube... Setel....

Aduh, tiba-tiba keluar lagu Segalanya Milik-MU di iLI Radio..... Lama tak dengar lagu ni...

Jadi, aku pun masuk Youtube dan cari.... Nah!!! Ni dia orangnya.... Ainan Tasneem, artis Youtube sahaja.... Mati-mati aku ingatkan dia dah memang seorang artis yang dah terkenal.... Aduyai, inilah sebabnya tak amik tahu pasal dunia hiburan.. Tapi, aku tak kisah pun.... Bukannya penting sangat dunia hiburan ni... Sedangkan lagu favourite aku pun aku tak kenal penyanyinya, inikan pulak orang lain....

Satu demi satu lagu Ainan Tasneem ni aku dengar... Tapi, satu lagu tu, dia buat sendiri... Aku dengar... OK lah jugak, sedap dengar.... Tajuknya, Aku Suka Dia.... Hahahaha.... Bukanlah bermaksud aku sokong dia, sebabnya suara wanita kalau dilunakkan adalah haram bagi lelaki yang ajnabi untuk didengari selain daripada ahli keluarga dan suaminya sahaja....

Walau apa pun, untuk kemasukan ijazah kali ini, aku selaku pengarah Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal (PPMS) perlulah bersedia... Tak mahulah nanti tiba-tiba terencat akal sebab ada orang macam tu masuk UniMAP ni....

Apa sebenarnya aku nak tulis ye..? Aku dah lupalah tujuan asal... Tadi sembang salah seorang PPMS, terus aku lupa.... Oh ya..!!! Dengar ura-uranya, dia akan diminta untuk buat persembahan kat UniMAP waktu MSK nanti.... Mungkin jugak dia akan diminta untuk sertai sesi uji bakat... Silap-silap, dah terpilih sebelum mendaftar pun... Kalau ini, tak acilah...

Apa pun, aku serah itu kat sekretariat kebudayaan... Kebudayaan, korang uruskan ye...

Huh, tak sangka aku.... Dia masuk UniMAP, orang heboh-heboh... Aku yang dah masuk UniMAP 2 tahun, tak de pulak diorang heboh-heboh...

hahaha... Gurau ja....
Apa pun, urusan Ainan Tasneem aku serahkan pada ALLAH ja...

itu je, assalaamu'alaikum....

Wednesday, July 20, 2011

BERLARI...? (o.O")?

Hari ini, setelah letih bermain DoTA bersama Dzulhaxif dan Hakim di Garena terdetik di hatiku untuk mengaktifkan semula program iLI Radio (i Luv Islam Radio). Perisian ini merupakan alternatif aku untuk mendengar radio memandangkan tidak ada radio yang dapat aku dengari. Kalau anda ingin mendengarnya atau mendownload perisian ini, bolehlah klik di sini. Lalu aku mendengar satu persatu setiap lagu yang diperdengarkan kepada semua pendengarnya.

Satu persatu lagu aku dengari. Ada antaranya lagu yang belum pernah aku dengar. Maka aku pun mencari lagu-lagu itu di Youtube untuk didownload. Ringkasnya, malam pun menggantikan siang dan aku pula hanyalah membalas kiriman-kiriman di laman sosial facebook bawah kumpulan bakal mahasiswa UniMAP sambil mendengar 2-3 lagu yang aku muat turun tadi.

Sementara menunggu kirimanku dibalas orang, aku terasa ingin pula untuk mencari lirik lagu-lagu yang sedang aku dengar sekarang. Maka, setiap satu lirik lagu dicari dan aku juga turut menyanyikan lagu-lagu tersebut bersama. Namun, tak lama kemudian aku tertarik dengan satu lagu yang bagi aku amat bermakna sekali liriknya.

Setiap bait kata sangat berkait rapat dengan setiap artikel yang aku baca 2-3 hari ini iaitu berkenaan dengan bersikap optimis dan berfikiran positif. Sejak itu, aku mula mendengar lagu ini berkali-kali sehinggalah saat aku menaip sekarang ini. Ada juga terdetik idea nakal di fikiran aku. Haha, apa dia...? 

Aku terasa bagaikan nak buat lagu ini sebagai lagu tema bagi Program Minggu Suaikenal kemasukan ijazah bulan September nanti memandangkan liriknya dapat memberikan seribu satu makna untuk pelajar-pelajar seperti aku ini. (^__^)P....... Tapi, biarlah korang dengar dulu baru korang akan faham maksud aku dan sebab aku rasakan lagu ini sesuai.

Insyaallah, kalau aku ingat tentang ini nanti, aku akan utarakan kepada PPMS nanti.... jadi, dengarlah lagu ini, dan hayatilah liriknya....  q(^__^)p


****************




Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…
Berlari..

Wednesday, June 8, 2011

PENGARAH..? (o.O")?

Assalaamualaikum...

buat pembaca sekalian, hari ini merupakan antara hari yang sangat memenatkan bagi aku. Diberikan tanggungjawab sebagai pengarah Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal, aku merasai pelbagai bebanan yang masih baru dan sukar untuk aku tangani. 

Hari pertama, segalanya berjalan lancar. Pendaftaran yang sangat dikhuatiri akan gagal, berakhir dengan jayanya walaupun "flow" pendaftaran itu belum pernah digunakan lagi oleh pihak universiti apatah lagi disusun oleh pelajar. Tahniah kepada Sumeshini atas kejayaan kamu merancangnya. Walaupun pada mulanya pihak universiti sukat untuk menerimanya tetapi kamu berjaya membuktikan kejayaan perancangan kamu... Tahniah!

Orang kata, "Apa yang pengarah itu fikirkan, itulah yang berlaku..." Ternyata apa yang dikatakan itu adalah benar. Aku hanya menumpukan sepenuh perhatian pada hari pendaftaran sehingga mengabaikan minggu suaikenal itu. Sejak hari kedua, huru-hara kami PPMS. Pelbagai kejadian yang tidak dirancang berlaku. Aduh, akhirnya, aku jugak yang merasa bersalah meskipun pihak atasan tidak berkata saya yang bersalah.

Ini adalah pengalaman yang baru. Pagi tadi, aku dipanggil oleh "Pak Guard" kerana tertinggal walkie-talkie di dewan. Huhu, kenalah marah sebentar dengan dia... Tapi, masa tak dapat diulang. Selepas ini, tak boleh buat macam tu lagi.

Hari ini, ketika orang lain ke Program Bersama PPK, aku pulak tidur di bilik. Aku sangat letih, kepala sangat sakit dan mata sangat sukar untuk dicelikkan. Tapi tidurku tak lena. Hampir setiap setengah jam aku dikejutkan dengan nada dering telefon bimbit aku. Aduh, sukar nak tidur lena.

Masih lagi berbaki 2 hari. Tak tahulah macam mana 2 hari lagi ini. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar semula.

Adakalanya aku tertanya-tanya, "Kenapa aku ditakdirkan untuk memikul tanggungjawab ini?" Huh, soalan yang sukar untuk dijawab kerana ALLAH sahajalah yang tahu. Mungkin suatu hari nanti di masa hadapan aku akan diberikan tanggungjawab seperti ini? Huh! Persoalan yang hanya tinggal persoalan.

Todak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk menerima jawatan seperti ini... Nampaknya aku kena belajar untuk merancang, sesuatu yang dah sangat lama aku tak buat.....

Sunday, May 15, 2011

ANEH PUNYA BENDA..!!!!

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi- Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-

Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;

Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;

Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;

Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;

Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."


Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan. 


Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan kalimah syukur, "Alhamdulillah".


Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam. 


Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. 


Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. 


Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini. 


"Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa: Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. "


Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. 


Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Jika orang t3.gstaticmeminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. 


Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuatghibah.


"Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi- Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-

Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;

Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;

Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;

Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;

Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."


Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan. 


Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan kalimah syukur, "Alhamdulillah".


Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam. 


Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. 


Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. 


Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini. 


"Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa: Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. "


Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. 


Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Jika orang t3.gstaticmeminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. 


Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuatghibah.


"Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."


Thursday, March 31, 2011

Keperluan vs Kehendak = Iman vs Nafsu

Assalaamualaikum....

Haha, baru beberapa hari lepas aku poskan satu entri dan kali ni aku poskan lagi entri baru... Sekarang aku masih lagi dengar lagu Allah Ya Allah Kiakaro.... Haha, best lah lagu ni....
Ok! Kali ni tentang apa pulak...? Jeng jeng jeng...... HUTANG......

Sebab apa? Mudah je. Baru-baru ni, ada seorang yang sanggup meminjam wang semata-mata untuk beli barang yang tidak penting. Hah! Sanggup? Memang sanggup. Duit PTPTN dia dah nak habis, nak makan pun dengar kata pinjam dari orang. Ok, mungkin masa nak makan tu tak ada duit memandangkan sekarang ni hujan 24 jam sehari jadi tak dapat amik duit kat ATM. Itu tak kisah sangatlah sebab makanan secara logiknya keperluan manusia untuk hidup. Bagi aku, tak kisahlah kalau dah terdesak...

Mungkin ada yang akan kata, "Kalau ALLAH nak matikan kita, kita akan mati jugak". Tapi kena ingat, secara logiknya kita kena makan untuk hidup dan ALLAH ada kata kita kena usaha, kalau tak DIA tak akan bantu. Jadi, kita kenalah makan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kalau tak kita mati sebab kebuluran semata-mata yakin ALLAH tak akan matikan kita dengan "KEBULURAN"... Tapi ini bab lain, mungkin masa yang lain aku cerita...

Ok! Masuk balik topik asal, HUTANG! Kita semua tahu hutang itu adalah meminjam wang dari seseorang dan perlu dipulangkan dengan jumlah yang sama tanpa kurang atau lebih sedikit pun. Kalau tak bayar balik, bukan hutang namanya.

Ok! Semua dah tahu makna hutang, jadi aku tak perlu terangkan dengan panjang lebar. Apa aku nak katakan di sini adalah, hutang ini memang diizinkan oleh ALLAH tetapi tidak pula digalakkan. Kenapa? Sebabnya mudah. Kalau kita jadikan berhutang sebagai satu amalan yang biasa, diri kita jugak yang akan merasa kesan sampingannya. Kesan sampingannya bukanlah kesan yang baik, tetapi lebih banyak kesan buruk. Nak tahu kesan-kesannya? Teruskan membaca....

Ok! Kesan yang paling mudah untuk kita terima adalah, jika sikap berhutang ini tidak dikawal kita akan terjebak dalam jumlah hutang yang terlampau besar sehinggakan kita tak mampu nak bayar. Tak usahlah aku ceritakan tentang balasan di akhirat, kat dunia ni pun kita dah boleh nampak impaknya. Huhu, susah sikit aku nak terangkan dalam bentuk ayat tentang ni. Sebelum ni, ramai yang dah bankrap disebabkan hutang yang terlampau besar. Tapi diorang ni ahli perniagaan, memang itu risikonya.

Ok! Tadi ahli perniagaan. Kita pernah dengar istilah "kad kredit". Apa itu kat kredit? Senang cakap, kad hutang. Pergi beli-belah kat shopping mall, tak bayar. Haha, ramai yang dah bankrap gara-gara kad ni sebab diorang tak reti nak kawal nafsu membeli diorang. Ok, itu kita cerita hari lain....

Balik kepada topik asal, Hutang. Adui haih, beli sesuatu yang tidak penting sedangkan wang dah tak ada. Pinjam duit dari orang pulak tu. Bukan sikit, banyak. Aku sebenarnya agak marahlah. Aku tahu kalau aku nasihat dia tak nak dengar, jadi aku sekadar tulis ajelah kat sini. Kalau dia baca, dia fahamlah kot (harap-harap dia faham). Siapa makan gula dia yang rasa manisnya, siapa yang makan asam, dia terasa masamnya,  dan siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. Haha......

Bukannya apa. Kita kena tengok jugak keadaan kita, mampu atau tak sekiranya kita nak beli benda-benda yang tak penting ni. Kalau kita mampu nak tampung perbelanjaan sementara tak jejaskan perbelanjaan untuk keperluan, tak apa lah. Tapi kalau kita tahu perkara asas pun dah susah nak tanggung, janganlah beli sesuatu yang sekadar kehendak.

Oh! Sekarang ada dua istilah berbeza, kerpeluan & kehendak. Mula-mula, definisi KEPERLUAN. Keperluan merupakan sesuatu perkara yang menjadi perkara yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Contoh paling mudah adalah makanan,pakaian dan tempat tinggal. Manakala kehendak adalah sesuatu perkara yang tidak menjadi keperluan dan jika tidak ada, tidak akan menjadi masalah kepada kehidupan seharian. Sebagai contoh, rumah yang terlampau besar, kereta yang terlampau mahal, motosikal yang terlampau mahal dan makanan mewah.

Haha, dah cukuplah setakat definisi, kita balik kepada perasaan marah aku tadi. Orang yang aku maksudkan tadi, bukanlah dari kalangan keluarga yang berkemampuan, bahkan kehidupan seharian keluarga dia pun dah susah. Rasanya aku tak perlu ceritakan lebih lanjut tentang keluarga dia, nanti membuka aib dia pulak. Aku tak kisah kalau keluarga dia kaya macam kawan kami sorang lagi. Kawan kami tu, duit PTPTN tak amik, duit belanja, PA MA tanggung. Jadi, kalau keluarga dia macam tu, aku pun tak kisah. Tapi hakikat sebenarnya keluarga dia adalah sebaliknya.

Ayah aku seorang guru yang boleh dikatakan golongan pertengahan. Maksudnya tak susah tapi tak kaya. Biasa je... Tapi, aku sendiri tahu nak bezakan keperluan dan kehendak. Ayah aku selalu kata, "Benda yang kita perlu kita beli, benda yang tak perlu toksah beli..."

YA! Aku tahu kita memang nak macam-macam. Aku pun ada benda yang aku nak sangat. Contohnya, handset yang ada mp3, kamera, bluetooth, radio, dan segala macam aplikasi lagilah. Tapi, aku tak beli walaupun secara teorinya keluarga aku mampu nak support. Itu keluarga aku, bukan aku. Aku tak ada duit nak beli telefon bimbit semahal tu, ayah aku yang berduit. Aku nak jugak telefon macam tu. Tapi, benda tu semua bukan keperluan aku, jadi aku tak beli pun. Buat masa sekarang aku cuma gunakan telefon NOKIA yang entah apa modelnya aku pun tak tahu. Aku cuma tahu, tak ada mp3, tak ada kamera, tak ada aplikasi-aplikasi yang pelbagai macam telefon orang yang aku tengah marah ni.

Jadi, kenapa nak ikut nafsu? Tak payahlah.... Nanti diri sendiri yang merana. Buat masa sekarang memang kita seronok tapi bila sampai masa hadapan nanti kita tak mampu nak bayar balik, kita merana. Dia pinjam sekarang untuk beli benda mahal tu, aku risau nanti bila masuk semester-semester depan, dia tak cukup duit untuk makan sebab kena bayar hutang. Lepas tu hutang lagi untuk makan pulak. Masuk semester seterusnya, hutang lagi...

Hello...!!! Fikirlah jugak untuk masa depan, bukan masa sekarang je.... Dahlah, aku rasa cukuplah setakat tu, malas aku nak tulis panjang-panjang lagi....

Assalaamualaikum...........

Tuesday, March 29, 2011

Dia Dah Makin Dekat..!!!! (^___^)P

Allah Ya Alllah Kiakaro....... Lalala.... aku pun tak tahu apa maksud "kiakaro" tu.... Masa ni saja-saja dengar lagu ni..... Sebenarnya, entri kali ini tak akan ada kena mengna pun dengan lagu ni, tapi, saja nak masukkan jugak... Haha.....

Ok! Dah agak lama jugak aku tak "update" blog aku ni. Entah lah dah berapa lama, tapi memang lama. Bukan apa, aku sebenarnya banyak perkara untuk ditulis, tapi entah macam mana tersekat dalam kepala disebabkan terlalu banyak kerja yang perlu aku fikirkan. Jadi, kepada para pembaca, aku minta maaf lah. "Gomennasai.."

Ok! Cukuplah kot mengarut setakat tu. Sekarang kita masuk isi yang sebenar. Buat masa sekarang, sudah lebih 24 jam hujan tanpa henti sejak petang semalam. Tapi, petang semalam memang dah rasa lain dah. Bayangkanlah, masa tengah balik dari Pauh (tempat belajar aku di UniMAP), aku dapat tengok awan yang amat gelap sedang menutup langit Kuala Perlis. Huhu, masa tu memang dah agak ada kelainan kat awan kali ni. Bila sampai kat Kuala Perlis, terus hujan turun dengan lebatnya. Hanya sekali-sekala saja hujan renyai, tapi hujan tetap tak berhenti.

Sekarang masih hujan renyai, tetap tak berhenti. Dalam menghadapi hari hujan ni, aku teringat akan satu perkara. Jika kita lihat, sekarang dah banyak gempa bumi. Bahkan, kawasan punca gempa semakin menghampiri Malaysia yang kita tahu tidak sepatutnya menghadapi gempa bumi. Baru-baru ini, Jepun teruk dilanda tsunami yang diakibatkan oleh gempa bumi. tak cukup dengan tu, digandakan pulak bencana kat sana dengan kerosakan loji nuklear. FUH...!!! Kesian diorang....

Itu cerita kat Jepun. Kalau kita tengok, kat tempat lain pun jadi jugak tapi aku dah tak ingat kat mana. Ok!, itu gempa bumi, tsunami dengan nuklear. Kalau kita tengok pulak kat Asia Barat, lain bencananya. Rasanya semua orang dah tahu kot, diorang tu tengah berlawan sesama sendiri. Atau istilah yang lebih tepat, "PERANG"..... Haha... PERANG. Dengar kata, pihak Amerika pun akan melancarkan serangan. Mestilah diorang tu ada motif disebaliknya. Tapi, aku tak nak mengulas panjang sebab bukan itu topik sebenar yang aku nak cakap.

Jadi, apa bendanya yang aku nak cakap sebenarnya ni? Haha... Sabar......
Ok! Baru tadi aku tengok berita, ada pegawai kanan kastam yang dituduh menerima rasuah. Huhu, entah bila lah kes rasuah ni nak habis. Rasanya tak habis kot. Mesti ada yang akan kena tangkap dan perbuatan macam ni akan berterusan sampai ke suatu masa nanti.

Ok! Itu pasal rasuah. Kita masuk pulak hal yang seterusnya iaitu tentang masa. Kalau kita tengok sekarang, manusia zaman ni macam tak cukup masa. Sebagai contoh, pelajar lah senang. Aku sendiri sebagai pelajar merasakan bahawa masa sekarang ni cepat sangat blah. Pagi bukak mata, tau tau, malam dah kena lena. Kadang-kadang, kena korbankan pulak waktu tidur malam semata-mata untuk siapkan kerja. Hal ni bukan jadi kat aku sorang, kawan-kawan aku pun kena jugak. Tapi, aku lebih pentingkan tidur. Walaupun kerja tak siap, aku tidur jugak. Dah lah  sekarang ni, macam-macam nak kena buat. Jadi, masa dirasakan tak cukup... Huhuhu...

Ok! Itu tentang masa. Kita masuk pulak bahagian lain. Petang tadi, aku berjalan naik bukit semata-mata nak naik bas. Dah memang macam tu, tak ada pilihan lain. Masa tengah daki bukit tu, aku ikut belakang seorang perempuan. Huhu... Rezeki kot... Dia punya rambut boleh kulihat dari belakang, warna perang. Haha, kantoi dia dye rambut. Tak kisah sangatlah tentang tu, lagipun dia tu jenis yang pakai tudung = tak pakai. Boleh nampak jugak rambut dia yang panjang sampai ke pinggang tu. Lagi pulak, dia biasanya pakai baju yang bagi aku, baju ketat tapi tak lah sendat. Sememangnya dia tu "free hair", jadi aku tak banyak sangat komen lah. Tapi, apa yang aku nak katakan, benarlah sabda baginda yang maksudnya membawa isi ini, "Perempuan berpakaian tapi telanjang". Haha, maknanya dia pakai baju, tapi masih nampak aurat. Samalah macam cerita aku kat perenggan ni.

Ok! Itu tentang perempuan. Sekarang kita masuk pulak benda lain. Kalau kita tengok sekarang ni, dah banyak dah gejala sosial yag berlaku. Haha, saja nak masukkan jugak pasal ni walaupun isu ni dah lama dah dan tak pernah sudah. Sebab tak pernah sudah lah aku masukkan jugak. Huh, ni aku susah nak bagi komen kat dalam ni. Kalau nak tahu, tanya aku terus. Telefon ka, hantar surat ka, mana-mana lah korang nak.

Ok! Itu satu isu yang memang dah lama. Sekarang ni satu lagi isu yang dah lama, iaitu isu buang bayi. Ini, memang aku angin satu badan kalau aku dapat tahu ada bayi kena buang. Ini pun aku tak nak komen banyak, kalau nak tahu jugak terus tanya aku.

Ok! itu tentang buang bayi. Sekarang kita masuk pulak bahagian lain. Dalam satu bulan yang lepas, aku dipertontonkan sebuah filem bertajuk, "Aku Masih Dara". Jangan tanya cerita tentang apa, aku tengok sekerat je sebab dah tak tahan tengok heroin cerita tu kena buli. Dalam filem ni, orang Islam sendiri dah tak kenal Islam. Tak solat, tak tahu baca Al-Quran, minum arak, seks bebas, pesta. Huh, semuanya benda yang Islam laranglah. Tapi, filem ni boleh dikatakan Islamik jugaklah. Inilah yang dikatakan oleh Baginda s.a.w dulu, umat Islam akan jadi seperti buih di lautan, banyak tapi kosong... Haha, aku malas nak ulas banyak pasal ni kat dalam entri ni. Kalau nak tahu jugak, tanya terus aku.

OK! Dah banyak aku cakap, tapi apa yang aku nak cakap sebenarnnya? Hahaha.... Mudah je, Perkara yang aku nak cakap sebenarnya pendek ja, iaitu, "Kiamat Makin Dekat dan Ia Sangat Dekat Sekarang Ni..." Itu je... Semuanya yang aku tulis panjang sangat tu, adalah hujah-hujah aku yang menyokong kata-kata aku. Semua yang aku kata tadi tu, petanda bahawa kiamat sudah dekat....

Jadi, sebelum aku undur diri untuk buat quiz yang Pn Marhainis bagi tadi, aku nak pesan supaya korang waspadalah. Persiapkan diri korang untuk hadapi hari kiamat nanti.

Ok! Assalaamualaikum.....

Monday, January 31, 2011

Antara Kekasih dan Ibu Bapa

Oleh : tinta muadzin

Saya ada seorang kawan, namanya Ain (bukan nama sebenar) yang merupakan teman sebilik saya dan sekarang sedang mabuk bercinta dengan seorang lelaki, Asrul (buka nama sebenar). Dahulu saya dan Ain merupakan teman yang sangat rapat, tetapi sejak kehadiran Asrul, Ain sudah berubah dengan ketara. Saya sangat risaukan dia memandangkan pelajarannya sering diabaikan dan lebih banyak melayani teman lelakinya setiap hari. Masa mereka lebih banyak dihabiskan bersama di luar  tanpa mengulangkaji pelajaran. Di bilik pula, mereka akan saling membalas SMS sehingga lewat malam. Entah apa yang mereka bualkan saya tidak tahu, tetapi saya pasti bukan tentang pelajaran memandangkan Ain tidak memegang pen dan tiada buku padanya untuk mencatat.
                Ain pernah ceritakan pada saya bahawa dia tak mahu menghampakan ibu bapanya dalam pelajaran dan ingin berusaha bersungguh-sungguh. Sebelum ini dia memang seorang yang tekun. Namun, kehadiran Asrul telah mengubah sikapnya. Ain seolah-olah telah melupakan ibu bapanya dan hanya mendengar cakap teman lelakinya sahaja.
                Saya juga tidak senang dengan sikap si Asrul memandangkan dia merupakan seorang yang suka mengawal Ain. Ke mana sahaja Ain pergi, perlu memberitahunya walaupun sekadar ke tandas. Jika tidak, dia akan marah-marah sehinggakan sering terjadi pergaduhan antara mereka. Apabila hal ini terjadi, Ain seolah-olah terpukau dan akhirnya menurut sahaja kata-kata Asrul dan berbaik semula dengannya.
                Saya telah nasihatkan Ain supaya tinggalkan Asrul. Malangnya, ketika Ain bertekad meninggalkannya, Asrul berpura-pura gila sehinggakan atas nama kemanusiaan Ain kembali padanya. Saya buntu. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan bapa Ain dan beliau telah melarang Ain bersama dengan Asrul. Tetapi, dalam diam Ain kembali kepada Asrul.

********


Assalamualaikum….
                Petikan di atas merupakan kisah benar yang terjadi kepada seorang pelajar di sebuah matrikulasi dan merupakan antara puluhan kisah benar yang telah diceritakan kepada penulis. Inilah hakikat pelajar sekarang tidak kira di sekolah rendah mahupun di universiti. Melihat kepada trend pelajar kini yang kebanyakannya semakin hanyut dalam percintaan, penulis ingin pembaca berfikir dan memilih, antara kekasih dan ibu bapa.
                 Seorang insan tidak akan wujud tanpa ibu dan bapa. Apabila kita dilahirkan ke dunia, kita dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang bersama harapan yang menggunung tinggi supaya kita menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Ibu dan ayah berusaha sebaik mungkin agar kita mendapat pendidikan yang terbaik tanpa mereka kenal erti penat dan lelah. Bagi mereka, biarlah mereka penat asalkan anak mereka dapat menjadi seorang yang berjaya.
                Malangnya, para pelajar sekarang kebanyakannya tidak lagi mengendahkan harapan ibu bapa mereka sedangkan ibu bapa lebih tahu yang terbaik untuk kita. Sebaliknya, mereka lebih selesa menikmati alam percintaan yang belum pasti arah tujunya. Jadi tidak hairanlah sekiranya berlaku sebagaimana yang terjadi dalam kes di atas.
                Benar bercinta mampu membuat kita berasa senang, terasa ringan beban yang ditanggung dan membuatkan kita bahagia. Tetapi para pelajar harus ingat, bahana bercinta membawa kesan yang jauh lebih besar jika fikirkan dengan sebaik-baiknya. Berikut merupakan sebab kenapa kita perlu memilih dan mentaati ibu bapa daripada mentaati kekasih:

1.      1. Suruhan ALLAH S.W.T
Sesungguhnya, semua pembaca yang beragama Islam telah sedia maklum bahawa mentaati ibu bapa merupakan satu keutamaan yang besar kepada setiap umat Islam. Sesiapa sahaja yang melanggar perintah ibu bapa (selagi tidak melanggar perintah ALLAH) adalah dianggap telah menderhakai kedua orang tuanya. Oleh itu, sesiapa sahaja yang memilih kekasihnya boleh dikatakan tidak mentaati kedua ibu bapanya. Jadi, pembaca sekalian fikirlah sendiri, ibu bapa atau kekasih?

2.      2. Merugikan diri sendiri
Kenapa merugikan diri sendiri? Mungkin ada yang mengatakan bahawa mempunyai pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Tetapi pembaca perlu sedar bahawa sekadar mempunyai semangat, tidak cukup untuk membuatkan seseorang itu hebat dalam pelajaran. Untuk hebat dalam pelajaran, seseorang itu perlu bersungguh-sungguh dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran. Tetapi, benarkah seseorang yang sedang hangat bercinta mampu menumpukan sepenuh perhatiannya dalam pelajaran? Bagi penulis berdasarkan pengalaman sejak dari sekolah, telah ramai yang kecundang dan keputusan mereka tidaklah sehebat pelajar solo. Kenapa? Jawapannya mudah sahaja. Apabila sudah dilamun cinta, fikiran hanya memikirkan tentang kekasih hati sahaja tambahan lagi apabila mereka mengulangkaji pelajaran bersama. Hal ini masih terjadi kepada beberapa orang rakan penulis sehingga sekarang.

Bercinta masih merugikan diri sendiri terutama sekali kepada golongan hawa. Kenapa? Cubalah fikir, adakah hubungan cinta yang dijalin itu terjamin untuk sampai ke jinjang pelamin. Jawapannya mudah. TIDAK! Jika orang yang telah berkahwin boleh bercerai, yang bertunang masih boleh putus, inikan pula pasangan yang masih belum mempunyai apa-apa ikatan. Bayangkan, jika anda (kaum hawa) telah melakukan hubungan terlarang, siapakah yang rugi? Lelaki, tidak rugi apa-apa bahkan yang paling rugi adalah anda. Jika anda telah mengandungkan anaknya hasil hubungan yang haram, apa yang akan terjadi kepada anda? Apabila berita anda mengandung anak luar nikah terheboh, pastinya keluarga anda dapat malu. Kesannya bertambah mendalam jika si lelaki tadi tidak mahu bertanggungjawab. Hal ini, rasanya tak perlu penulis terangkan dengan panjang lebar kerana penulis percaya mahasiswa mampu memikirkan kesan selanjutnya.

Bukan itu sahaja, kesannya turut melibatkan konteks yang lebih besar lagi. Apabila pelajaran terabai dan keputusan yang diperoleh tidak memuaskan, sudah tentu pekerjaan yang diperolehi jugak tidak akan memuaskan dan sudah pasti pendapatan juga kurang memuaskan. Cuba anda fikirkan, di masa hadapan nanti kos sara hidup semakin meningkat. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, senangkah hidup anda?

3.      3. Menghampirkan diri kepada zina
Benar! Perbuatan bercinta sebelum kahwin ini boleh menghampirkan diri kepada zina. Siapa yang tidak tahu? Tipulah kalau dia kata tidak tahu. Bagi orang Islam, zina merupakan satu dosa besar yang memberikan kesan yang lebih dahsyat dan amat dilarang mendekati zina. Bila dikatakan JANGAN MENDEKATI, maka bermaksud tidak boleh melakukan sebarang perkara yang membawa kepada zina. Hal ini termasuklah bercinta sebelum perkahwinan kerana orang yang bercinta ini sering berdua-duaan. Lambat laun, godaan syaitan pasti akan berjaya.

Penzinaan merupakan satu perbuatan yang hina dalam mata masyarakat. Sesiapa yang berzina akan disisihkan dari masyarakat dan mereka akan dipandang serong sebagai orang yang tidak berakhlak kerana zina bukanlah akhlak yang baik. Boleh dikatakan kita sekarang semakin menghampiri masyarakat jahiliah sebagaimana masyarakat Quraisy sebelum kedatangan Islam. Kenapa? Jika kita membaca berita yang dikeluarkan akhbar-akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini, gejala pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Hampir setiap minggu, pasti ada bayi yang ditemui sama ada hidup atau mati.



Peningkatan kes ini menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak dan moral menjadi semakin serius dan keruntuhan akhlak dan moral memberikan kesan yang lebih besar kepada negara. Negara akan kehilangan generasi muda yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, malah dengan berlakunya keruntuhan moral dan akhlak kadar jenayah akan meningkat dan perbalahan besar mungkin akan berlaku. Apabila hal ini terjadi, negara berada dalam keadaan kucar-kacir dan tiada lagi keharmonian.
                Jadi, pilihan di tangan anda. Inginkan negara yang aman makmur harmoni, atau kucar-kacir? Inginkan pengukuhan institusi keluarga atau keruntuhannya? Ingin menjadi insan yang berakhlak atau tidak bermoral seperti masyarakat jahiliah? Kekasih, atau ibu bapa?




Kepada mereka yang tak tahan dalam masalah cinta................

di bawah ni merupakan kata-kata dari seorang rakan masa aku di matrikulasi dulu.....
mulut dia, mmg pedaslah...
tp,aku suka ayat-ayat dia....
ayat-ayat ni, ditujukan kepada mereka yang mempunyai masalah dengan boyfriend atau awek mereka, tetapi dungu..... ayat dia, utk orang yang merokok. tapi, boleh diaplikasikan terhadap perkara-perkara lain jugak....
hahaha.... kpd tuan punya ayat, jgn marah tau....
(^___^)




****************

pembuka bicara..

walaupun dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang,
tetapi ketika cinta itu tulus,meskipun mungkin kau nampak kalah,
tetapi sebenarnya kau menang sebab kamu dapat rasa bahagia..
sewaktu kau dapat mencintai seseorang lebih dari kamu mencintai diri kamu sendiri…

haaa itu mukadimah..straight 2 the point..kau tau rokok..aku tau rokok..semua org tau rokok..tanya atok..tanye nenek..sapa2 pon kenal rokok..kecuali la bayi..*kalau kau kata bayi x tau rokok..aku tampa kau*..100000 keburukan dtg dlm 1 je kebaikan rokok 2..itu yg kau kate kat aku dlu..punye la dulu kau ckp dgn aku..kau x kan pilih balak perokok..watehek..kau mmg cakap x serupa bikin..perempuan..ah biasa la 2..naik muak aku..last2 kau couple dgn manusia yg aku rse lahir2 je tros smoke..*maksud aku kire die nh perokok tegar la*..nnt kau kata aku melebih2 plak..


nh aku mls ckp psal perempuan nh..memilih sgt..nak yg smart la..nak yag ade jambul kat depan la..nak yg rmbut ala2 becham la..nak itu..nak ini..apedehal yg kau kesah sgt psl semua 2..nnt bukan kawen pon dgn sifat2 yg kau idam2kan 2..
kau kawen je..semua sifat 2 ke longkang..x percaya?..try la kau kawen..hahaha..dan ini pasal kau da naik berbuih nasihat balak haram kau 2 stop smoke..

come on la weyh..realistik skit boleh ke dak?..hang nh sat lgi aku kata bebabal hg mara kat aku..tpi smmgnye hg bangang..1st yg aku sungguh x boleh blah awat hg jatuh cinta monyet pertama kat die?..skrng hg yg ssh..nnt mai kat aku mengadu nasib..nasib la hg punye kwn mcm aku..

so nh la pendapat ikhlas aku..sbb aku pon penah nak suruh member aku nh stop smoking..last2 makin die kuat merokok adelah..watahek lagi skali..aku nh da encourage die jdi perokok teruk ke hape..laen yg aku nak ..laen plak jadinye..
pilantak laaaa..nak buat mcm mne...x syg nyawa...so pd firasat aku..lelaki dan rokok mmg mcm ombak dan pantai..cewaaaaah..takut ramai menangis bila tahu the truth..tpi peduli hape aku..perumpaan nye same dgn perempuan x bleh leaps dgn kegilaan shooping melampau die 2..haaa..x pyh tgk jauh2..tgk kat dri kau 2 je yg tiap minggu klu x pegi jusco x sah..dan dan ckp sabun habis a..jusco ade sale la..seluar terkoyak nak beli jahit la..walhal bukan aku x tau..kau sibuk usha mamat starbuck 2..hahahhaa..

so mmg ssh la nak pisahkan?kau dgn shooping?..mmg x la kan....tpi x bererti kau kne biasakan hidup dgn rokok 2..cume nh nasihat aku..kau x boleh paksa2 die darliingggg..time nh la kau gunakan suara lunak kau pujuk die skit2..punya la beruntung kau suara manja2 kucing..haaaa..time nh la kau guna..pujuk balak kau..nh tidak..asyik bergaduh.

.' U nh bile nak stop smoke ar?..paru2 AI nh nak semak ngan asap rokok u..'..
memang masak la kan..ape kate kau try ckp mcm nh..

'U..AI rase U mmg terlahir dgn skill main bola kalah safee ..
plus otak U mmg geliga wat math..tpi AI rase U nh boleh je kalahkan sape2 kalau u kurang isap rokok sebatang tok mlm nh'..

kau cakap smbil senyum2 simpul..bukan senyum kabing lembu..pgg kotak rokok die..sruh simpan dlm poket..kurang2 die x de la smoke dpn kau..kan selamat paru2 kau 2..

yg balak kau 2 punye bebal pon aku rase otak letak kat lutut..kate syg..kata cinta kau..tpi entahla..kau pikir sendri..aku malas..haaaah..

lastly..aku kata jgn paksa..lgi2 aktiviti die da buat dri die zaman kanak2..*mcm yg kau mengadu kan aku kan*..sure x bole punye..pelan2 laaa..implikasinye..kalau die da bosan sgt dgn kau nnt..samada die ikut je ckp kau..x pon dietinggal kan kau..hahahaha..

chill..chill..aku bru ckp kne tinggal..muka kau da benggang semacm..abes 2 kau nak suruh aku buat ape..pkul die??..macam bangang!..

Orang yang terkuat bukanlah orang yang selalu menang dalam segala hal..ingat 2..chow..~~


Thursday, January 27, 2011

Suatu kisah dulu.... Tapi, kini sekarang.... HAHAHAHAHAHA..!!!!


Assalamualaikum..... Haha... (^^")P Kepada semua follower blog ni, maaflah sebab dah lama tak berikan pos baru.... Bukan apa, semuanya kerana agak banyak kerja yang perlu diuruskan sehingga menyukarkan aku untuk mengeluarkan post yang baru... Tambah pulak, internet kat kolej kediaman dah macam CHIPSMORE, kejap ada, kejap tiada..... Huh..!! Susah......

Sebenarnya tak ada apa untuk dikongsikan dalam posting kali ini... Aku sendiri pun tidak tahu apa yang aku nak tulis... Haha... tiba-tiba ada perkara nak tulis.... Semuanya sebab Marlon, dia datang duduk sebelah aku membuatkan aku teringat sebuah kisah lama.... Huh...!!!


Al-kisahnya......
*******

Semasa di matrikulasi, semester pertama, ada seorang pelajar perempuan yang bertudung terlalu singkat selalu berada dalam lingkungan penglihatan semasa dalam kuliah.... Huh...!! Memang menganggu penglihatan aku.... Maka, setiap kali kuliah, aku nak atau tak, akan ternampak dia sebab dia akan duduk depan dan biasanya aku sampai lambat ke kuliah... Nak buat macam mana, antara sebabnya termasuklah kelas sebelumnya habis lambat.... Haha.... Excuse je tu..... (kot...) 

Maka, setiap kali aku ternampak dia, maka dalam hati aku mengata-ngata perempuan tu.... "Kenapalah dia ada depan aku...?" , "Kenapalah pakaian dia macam tu...?" dan banyak lagi soalan-soalan yang aku sendiri tak ingat.... Hahaha..... Sebab banyak sangat soalan.....



Dijadikan pengajaran, pada semester kedua, kami diletakkan dalam kelas yang sama.... Huh..!!! Lagi lah, setiap kali kelas akan duduk sekali.... Maka, aku tak habis-habis dan berterusan mengata dia (dalam hati) walaupun perbuatan tu salah.... Huhu.. Sekarang dah insaf....



Tapi, itu masa kat matrikulasi.... Sekarang ni at universiti... Huh....!! Bukan nak mengata sesiapa, tapi, sekali lagi ada plak perempuan free hair... Siot lah..... Masa tahun satu dulu, aku masih duk mengata, kutuk-kutuk, maki-maki dia, tapi still dalam hati je... Haha..... Mana aku berani cakap depan-depan..... Tapi, kadang-kadang, bila teringat baik kisah kat matrik tadi, aku cepat-cepat menginsafi diri... Tapi kejap ajelah, lepas dah lama sikit, lupa, kutuk lagi.... Adui.. Aku ni manusia ja.....



Sekarang, semester kedua tahun kedua, aku digroupkan pulak dengan free hair tu.... Dahlah sepanjang semster ni kena group dengan dia.... Adui..... Pengajaran + peringatan, "jangan mengata orang..." Hahaha... Dah jadi kali kedua pulak.... Maka, setiap kali perjumpaan perlu diadakan, biasanya lepas waktu kuliah, dia memang free hair walaupun waktu kuliah dia pakai tudung...... Adui... Pengajaran ni, kalau tak nak terlibat dengan orang macam ni, jangan mengata orang.... Hahahha..... Aku tobat, lepas ni aku tak nak mengata dah.....

Apa pun, keadaan dah tak dapat diubah..... Orang kata, orang macam ni patut dielakkan... Tapi, bagi aku biarlah begini dengan harapan dan doa dia akan diberikan taufik hidayah untuk berubah suatu hari nanti.... Ini keje ALLAH... Aku, no power..... Haha... Nak aku tegur..?! Aku ni penakut bukan kepalang dalam hal ni.... Huhu... Manalah aku nak dapatkan kekuatan ye.....? Hahaa...


*****

Haha... Itu satu daripada jutaan kisah hidup aku.... Buat masa ni, aku sibuk menguruskan program-program yang diaturkan oleh MT Kelab Mekatronik.... Huh, YDP baru ni memang aktif sangat.. Biasanya aku tidur dalam pukul 10-11 malam... Tapi sekarang biasanya aku tidur 1pagi.... Huhu.... Mengantuk dalam kelas, dah jadi perkara biasa....

 Sekaran tengah layan lagu Linkin Park..... Yeah....!!!! Tapi, walaupun sibuk + penat, aku kena teruskan hidup sebab ayah aku tengah berusaha keras untuk memastikan aku dapat belajar dengan mudah.... Namun, kehidupan tak semudah yang dimahukan dan tak selancar yang dirancang.... So, usaha lebih keras ya bilal...!!!      d(^_^)b