Sunday, December 20, 2009

SALAM...

Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali." 

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi) 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


penat lelah, letih lesu, mengantuk, sejuk, panas, lapar dahaga....
inilah antara dugaan dan ujian yang dihadapi oleh insan bernama pelajar...
insan ini merantau jauh, dari kampung halaman, adik-beradik dan keluarga,
demi secubit ilmu kepunyaan ALLAH di dunia ni....


perjalanan yang ditempuhi oleh insan bergelar pelajar,
tidak pernah sunyi....
dugaan, ujian dan cubaan sering kali datang bertali arus,
bagaikan sungai yang mengalir sehinggalah ia sampai ke destinasi terakhirnya, laut...
atau perjalanannya terhenti kerana halangan....


penyakit, sentiasa menjangkiti diri insan ini,
ia tidak pernah jemu dan tidak pernah bosan,
berulang kali ia pergi, berulang kali ia datang...
penawarnya begitu mudah sekali untuk dicari,
namun penyakit ini terlalu kuat untuk ditangani...
hanya semangat insan itu sendiri,
menjadi suntikan untuk insan bergelar pelajar ini...
malas itulah penyakit,
rajin itu penawar....


besar sungguh pahala diberi Ilahi,
namun iman sering ditangani nafsu sendiri,
ditambah kekuatan bisikan syaitani,
maka tersungkurlah sendiri...
di medan perjuangan mencari redha Ilahi..


mulia sungguh mereka ini, hingga ALLAH meredhai...
di doakan pula makhluk di langit,
di doakan juga oleh makhluk di bumi,
pengampunan untuk insan ini....


namun kini, perjalanan air di sungai kerap terhenti...
kerana banyaknya rintangan di beri....
dibinakan empangan, akhirmnya ia terhenti
hingga sampai masa ia mengalir kembali....
begitulah kisah insan zaman ini...
dugaan hidup kian banyak,
syaitan mula bermaharaja,
bertakhta di hati, lemahlah diri,
tersungkur di lembah berduri,
ditusuk pula racun duniawi....


kerana bisikan, nafsu semakin kuat..
kerana bisikan, iman mulai lemah...
kerana bisikan, hal berat dianggap ringan..
kerana bisikan, nafsu dituruti...


pergaulan hilang batasan,
mata kian meliar,
ditepikan syariat,
disanjung maksiat,
diangkat kemungkaran,
dibuang kema'rufan,
dijunjung perasaan,
dipijaknya akal,
akhirnya pudar cahaya keimanan.....


Ya ALLAH...
janganllah KAU biarkan..
jangan KAU biarkan kami tersungkur,
tunjukkanlah jalan,
jalan menuju cahaya MU,
jangan biarkan diri ini terus,
berterusan dalam gelita...


ruang hati, kian sepi dari cahaya ILAHI,
berganti, sifat syaitani,
dikuasai nafsu berahi,
terpaling dari cinta hakiki
yang pasti abadi,
Ya ALLAH, janganlah kau biarkan ini terjadi.....


suluhlah dengan cahaya MU,
siramilah kotak hati kami dengan ksih MU,
hiasilah diri kami dengan sifat kekasih MU,
basahkanlah lidah kami dengan nama MU,
kuatkanlah ketaatan kami hanya pada  U,
kurniakanlah kami redha MU,
hadiahkanlah cinta kami pada MU,
teguhkanlah kami pada jalan MU,
kukuhkanlah kaki kami pada bumi MU,
agar tidak lagi kami asing dari MU....


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


sedar atau tak, cuti semester ini kian habis.... tak lama lagi perlulah aku balik ke kolej kediaman unimap untuk meneruskan pengajian di semster kedua..... sedar atau tak, aku meningkat dewasa, sikap kebudak-budakan semakin pudar dari diri aku... detik demi detik, masa berlalu, hidup senang di rumah ibu bapa akan hilang tak lama lagi... digantikan pula dengan penat lelah dalam menuntut ilmu yang tak pernah sudah... memang bosan..... tapi tak dapat ubah, sebab ini tanggungjawab aku, sebagai hamba ALLAH, anak dan pelajar...


lagipun, tuntut ilmu memang disuruh ALLAH..
tak lengkap hidup kalau tanpa ilmu...
tapi bila fikirkan balik, tuntut ilmu ni merupakan satu ibadah...
meskipun ilmu yang aku tuntut ni, ilmu fardu kifayah tapi kalau tak ada orang yang buat, berdosalah seluruh masyarakat ni...


tapi, hidup ni tak pernah lekang dari masalah.... hari-hari yang aku tempuh, sentiasa ada masalah...
bila balik kolej nanti, akan ada orang yang bermasam muka, datang cerita kat aku, tentang masalah hubungan persahabatan diorang... aduh... dulu diorang ni sahabat baik, tapi sekarang dah tak tegur langsung...


bila balik kolej jugak, aku kena start bahagi masa, nak study, bergaul, tido, ibadat khusus, dakwah, sesi latihan.... aduh... bila fikirkan, aku pun pening macam mana nak atur.... waktu aku nak tido, ada lah 2 3 orang yang datang nak ajak aku sembang, study, tanya tentang soalan... time aku free, tak ada pulak yang datang.... masalah betul... inilah antara ujian yang aku hadapi sebagai pelajar...


hari demi hari, aku merasakan iman aku semacam makin lemah... aku tak tau lah kenapa... sepanjang sem 1, aku cuba cari waktu yang sesuai untuk aku muhasabah diri, tenangkan hati, duduk sorang-sorang, berfikir dan berzikir.... tapi sentiasa terhalang.... orang lain senag-senang ja cakap... tapi bila aku nak buat, halangan bukan datang dari aku, tapi orang lain....


apa pun, aku harap sem akan datang ni akan jadi lebih baik...
Ya ALLAH, aku hanya mengharapkan pertolongan MU...
janganlah ENGKAU palingkan hatiku dari mengingati MU...
permudahkanlah bagiku untuk menerima ilmu...
permudahkanlah bagiku untuk beribadah kepada MU...
amin......

Saturday, December 19, 2009

SOALAN YAHUDI TENTANG SOLAT

Seorang Yahudi bertanya,
"Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang solat?"

Rasulullah s.a.w bersabda: "Jagalah waktu2 solat terutama solat yang pertengahan, solat zuhur,
pada saat itu nyalakan neraka Jahanam, orang Mukmin yang mengerjakan solat ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari kiamat". Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Manakala waktu Asar, adalah saat dimana Nabi Adam a.s memakan buah khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir".

Setelah itu Rasulullah s.a.w membaca ayat yang bermaksud : "Jagalah waktu- waktu solat terutama sekali solat yang petengahan, solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s diterima. Seorang Mukmin yang ikhlas mengerjakan solat maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah maka Allah akan perkenankan".

Sabda Rasulullah s.a.w: " solat Isyak (attammah). katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, Allah S.W.T haramkan daripada terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath."

Sabda Rasulullah s.a.w seterusnya:" solat Subuh pula, seorang Mukmin yang mengerjakan solat subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi Allah S.W.T dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka
2. Dibebaskan daripada nifaq ( sifat Munafik)


Sumber min: Buku Soal jawab remeh temeh tentang Solat
Penulis: Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Friday, December 11, 2009

BELANJA = PENDAPATAN - SIMPANAN

BELANJA = PENDAPATAN - SIMPANAN




hari ini, tajuk bagi Al-Kulliyah adalah "sakan belanja":
tertarik dengan apa yang dikatakan dalam program tv ni, saya di sini mengambil keputusan untuk menulis post
kali ini...


cuba kita lihat pada hari ini, berapa ramaikah yang berbelanja dalam keadaan memikirkan tentang simpanan  
untuk masa depan mereka..? Sesungguhnya, simpanan itu penting untuk masa depan kita, sebagai kegunaan di masa kita menghadapi kesulitan.. tetapi berapa ramaikah yang memikir akannya..?persoalan ni, seolah-olah 
sukar untuk dijawab...


pengalaman sebagai pelajar, banyak mengajar saya untuk menabung demi masa depan, seterusnya 
menyebabkan saya banyak berjimat... mengikut pengalaman, telah ramai kawan-kawan yang menghadapi 
kesulitan kerana tidak mempunyai wang yang cukup. akhirnya, mereka berhutang... perlu kita ketahui bahawa 
hutang memang dibenarkan dalam Islam, tetapi Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. kerana hutang ini
boleh membawa musibah yang lebih besar jika tidak dikawal...


Melalui pengalaman, ketika menimba ilmu di kolej matrikulasi, kami sebagai pelajar diberikan wang atau dipanggil
sebagai elaun. memang wang itu merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar dan wang itu
merupakan wang untuk menyara kehidupan sepanjang berada di matrikulasi, sebagai wang sara hidup... ini 
bermakna wang itu adalah untuk digunakan sebagai keperluan harian.. KEPERLUAN...


malangnya, terdapat ramai pelajar-pelajar yang menyalahgunakan wang itu, mereka menggunakan wang itu untuk
memenuhi kehendak mereka seperti handphone baru, yang bukan suatu keperluan... hal ini ternyata salah 
sebagaimana yang diajarkan oleh rasulullah s.a.w. baginda menyuruh umat Islam supaya berbelanja mengikut
keperluan mereka, bukan kehendak..!


ternyata sekali mereka itu telah menyalahgunakan wang elaun mereka itu untuk sesuatu yang tidak mereka 
perlukan.... dan ini merupakan satu pembaziran... ada juga yang bertanya pada saya, "bila nk tukar handphone
baru..?" namun aku mengatakan bahawa itu bukanlah satu keperluan bagi aku, cukuplah sekadar boleh 
berhubung bagi aku...


begitulah juga halnya ketika di universiti, PTPTN merupakan sesuatu yang begitu dinanti-nantikan... dengan wang
ini, masih ada mereka yang gunakannya untuk hal-hal yang bukan keperluan bagi mereka seperti bercinta...
hal ini jelas merupakan satu pembaziran sedangkan pembazir adalah saudara syaitan....


maka itu, janganlah gunakan wang kita untuk kehendak sebaliknya hanya untuk keperluan sahaja. sesungguhnya
sebaik-baik amal adalah yang sederhana... tap iawas! jangan sampai menjadi bakhil...
alangkah baiknya jika kita mengasingkan simpanan sebelum kita berbelanja seperti formula di atas...
selamat berbelanja...


Wednesday, December 2, 2009

BANGUNLAH DI AKHIR ZAMAN INI

heningnya suasana malam
tiada sebarang gannguan
tanpa hiruk pikuk siang hari
ketika insan melayar bahtera
indah di alam mimpi

bangunlah wahai insan
bangunlah menyembah Tuhamu
mengharapkan redha-NYA
agar selamat kita
di dunia dan akhirat sana

Betapa beratnya dosa mu
terpikul di bahu mu itu
sujudlah usah kau terus terleka
indah dunia hanya sementara
indah syurga kekal selamanya

insan
hinanya dirimku itu
namun kau tetap dengan ego mu
kau terus hanyut
turuti hawa nafsu...

Monday, November 30, 2009

Rindu.....?

hmm...
apabila aku teringat kisah aku di bangku sekolah dulu, membuatkan aku tersenyum sinis...
kenapa...?
sebabnya, aku ni manusia biasa. tidak terlepas daripada apa yang manusia biasa rasai...
nak tahu apa yang buat aku tersenyum sinis..? ini ceritanya.....

semasa zaman sekolah menengah aku, ada beberapa sahabat-sahabat aku yang bertanya,
"Takkanlah hang tak ada buah hati lagi..?"
aduh! naik bosan aku dengan soalan macan ni. kenapa tidaknya,jawapan aku tetap sama...
"tak ada..."
berkali-kali aku katakan, tapi diorang tetap terus menyoalkan jawapan aku...
kerana jawapan aku ni, sahabat-sahabat aku sering mengatakan, "kau ni tak ada perasaan.."
sehinggakan aku digelar sebagai "manusia yang tak ada perasaan".... (betul ka...?)
biarpun digelar macam tu, lantaklah. aku tetap aku....

pernah jugak diorang tanya, kalau tak ada sekarang, bila lagi kau nak ada buah hati..?
maka aku menjawab, bila dah kerja.... :D
betul ka bila dah kerja...?
semasa aku menulis post ni, aku berada di unimap, mengambil ijazah selepas tamat di matrikulasi...
akan tetapi, apa yang aku alami..?

belum sampai setahun aku menamatkan sekolah menengah di tingkatan 5, aku mula jatuh hati pada seorang gadis... hmm.... dah terkantoi... tapi nak buat macam mana, aku juga manusia biasa...
tidak lari daripada "jatuh hati"....
perkara ni terjadi ketika aku berada di matrikulasi...
mungkin ada yang akan membuat kesimpulan bahawa kami ini satu kelas,
sebab itu aku boleh berkenalan dengan dia dan jatuh hati...
tapi sebenarnya tidak!
dia adalah roomate kepada classmate aku...
macam mana kami boleh bertemu...?

tidak seperti kebanyakan pengalaman orang lain,
kami tidak pernah bertemu sebelum aku jatuh hati pada dia..
malah kami tak pernah kenal pun.....
aku juga tak pernah dengar tentang dia...
maksudnya, "cinta pandang pertama lah ni"...?
mmmm.....
tak jugak.....
kali pertama dia temankan classmate aku tu gi kelas,
aku dah ternampak dia... (kalau nak cerita, panjanglah...)
sempat lagi aku berkata dalam hati, 
"alangkah baiknya kalau dia jadi isteri aku..."
(mm... gatal jugak aku ni...)

tapi persoalannya, "betul ka aku tak pernah jatuh hati..?"
pernah.. tapi, bagi aku kalau aku luahkan isi hati ini...
maksudnya aku akan jadikan dia sebagai isteri...
tika di bangku sekolah, aku tak nak luahkan...
malah aku rahsiakan dari sahabat aku sendiri...
sebabnya, tak nak diorang terlepas cakap......
bocorlah rahsia nanti....
lagipun, aku dah tak minat kat minah sekolah tu....
perangai dah berubah....

apa pun, kita tinggalkan masa silam aku tu....
sekarang aku sudah menaruh hati pada insan yang aku bertemu
di matrikulasi ini...
setiap kali aku memandangnya, hati aku terhibur sedikit...
tidak seperti sahabat-sahabat aku di sana....
mereka juga ada menghiburkan aku,
tapi tidak seperti melihat si dia....
sejuk mata aku memandang...
kiranya, jika aku diberi pilihan untuk melihat:
wanita "seksi" atau dia;
maka aku akan pilih dia....
wajahnya berseri....
tenang hati aku, sejuk pandangan, terhibur hati ni
dengan gelagat dia....

hmm....
"dosa pandang wanita yang belum kita kahwini.."
ya aku tahu....
tapi itu lah yang aku rasakan.....
nak buat macam mana....
kami dalam satu organisasi pulak,
jadi kami selalu hubungi satu sama lain....

namun, aku tak pernah meluahkan isi hati aku pada dia...
sebab aku tak nak, "andainya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku,"
maka kami tidak dapat berhubung lagi, haram!
kerana itu, aku terus menyimpan perasaan sehinggalah tqamat matrikulasi....
akan tetapi, kami masih terus berhubung....
(ketika menunggu panggilan ke u....)

walau apapun, 
keadaan telah tersasar jauh dari jangkauan aku.....
kami sering berhubung, walaupun jarak kami terlalu jauh...
kami tidak berdating.....
hanya SMS ja...
hm...
di ringakaskan cerita, dia kerap ceritakan pada aku perihal
family dia yang bertanyakan tentang calon suaminya....
"dah ada atau belum..?"
beginilah lebih kurang soalan yang ditujukan kat dia....

suatu malam, dia tanya pada aku...
"siapakah gerangannya yang telah mencuit hati pemuda yang sorang ni...?"
(ini bukan soalan sebenar... tapi, lebih kurang lah maksudnya...)
aku tak nak jawab....
sebab aku tahu, aku tak kan boleh berhubung lagi...
haram..!
selama ni, aku cuba bendung rindu dan perasaan aku pada dia....
tapi, malam tu...
"sebenarnya, saya ada simpan perasaan terhadap awak..."
.....
....
...
itulah kata-katanya....
(alamak. macam mana ni...)
akhirnya saya amik keputusan mengizinkan dia tahu perasaan saya....

sampai sekarang, rindu pada dia masih ada lagi.....
"khairusyifa", itulah gelaran aku pada dia....
tapi aku takut....
macam mana kalau hati aku telah melakukan zina..
ZINA HATI..!

aku takut bila mikirkan perkara ni....
aku dah bincang dengan dia,
kalau nak kawin, lepas habis belajar....
tapi, adalah baik kalau dua hati yang suka sama suka,
berkahwin cepat-cepat...
itu kan perkara baik.....
akan tetapi......

ayah aku pula, selalu berpesan...
"jangan bercinta masa belajar..."
ayah, along rasa bersalah kat ayah.....
tapi memang perkara ni along tak duga.....

kalau aku bagi tahu kat ayah,
mesti dia sedikit kecewa....
dia juga akan kata...
"bila along dah kerja, kawinlah...
sekarang, belajar dulu..."
aduh.....

aku bersyukur,
meskipun kami dipisahkan jauh kerana pengajian,
tapi kami dapat dielakkan daripada bertemu,
seterusnya menghampirkan lagi diri kami kepada zina...
ALHAMDULILLAH.....

kadang-kadang, aku rasa aku bukan orang yang baik
untuk khairusyifa....
iman aku, aku rasakan masih lemah.....
aku juga takut akan dosa kerana merindui dia...
kerana itu,
aku sering berdoa...

"Ya ALLAH, jika dia adalah isteri yang terbaik buatku,
aku terima.....
tapi kalau tidak, aku pasrah dengan ketentuan-MU,
kerana KAU lebih mengetahui apa yang terbaik buat kami...."

"Ya ALLAH.... aku memohon, jadikanlah dia isteri yang terbaik buatku,
yang bisa menjadi penyejuk hati aku,
yang bisa menenagkan aku,
yang bisa memadamkan api kemarahan aku,
yang bisa mendekatkan aku kepada-MU...
yang akan menemani aku menuju ke jalan-MU...
yang akan bersama aku dalam meneruskan risalah-MU..."

hanya ini yang mampu aku lakukan....
aku tak nak kerana merindui dia,
hati aku berzina.....

"Ya ALLAH, ENGKAU jadikanlah rindu aku ini,
rindu kepada kekasih-MU...
jadikanlah rindu aku ini, kepada insan yang merindui-MU...
kerana aku tahu, rindu aku ini,
sepatutnya rindu kepada-MU...
kerana itu,
jauhkanlah kami daripada melakukan maksiat....
kami tidak pernah keluar berdating,
maka janganlah ENGKAU izinkan perkara ini
sebelum kami diijabkabulkan......"

"maafkanlah hamba-MU ini..
yang tidak bisa terlepas dari fitrah-MU...
aku juga memohon,
ENGKAU cepatkalah jodoh kami agar
kami sama-sama memperoleh manfaat,
hasil daripada ikatan yang sah....
sesungguhnya, ENGKAU Maha Mengetahui
apa yang terbaik buat kami...."

"jadikanlah dia sebagai isteriku,
jika dia yang terbaik buatku...."

Sunday, November 15, 2009

Hidayah.....

Ahamdulillah, segala pujian hanyalah bagi ALLAH yg Maha Pengasih yg telah mengaturkan urusan dari langit ke bumi... Alhamdulillah... DIA lah Tuhan yg Maha Pengasih, tidak membiarkan hamba2-NYA terus terlena dibuai mimpi2 indah yg blum lagi menjadi pasti.....DIA lah Tuhan yg memberikan hidayah dan petunjuk kpd org2 yg dkehendaki-NYA..... Bersyukurlah atas segala nikmat yg telah DIA kurniakan, yg mungkijn sekali tidak diberikan-NYA kpd org lain, Alhamdulillah.... ssungguhnya, DIA tidak memberikan segala nikmat2 itu utk kita berbangga2 dan tidak pula utk kita bermegah2 hgga lupa bahawa tubuh dan segala nikmat yg DIA berikan adalah pinjaman semata2.....


Alhamdulillah, segala puji bg ALLAH yg Maha Pemurah kerana telah melimpahkn rahmat yg begitu byk skali hgga tdk dpt dhitung oleh kita, manusia..... ssungguhnya, nikmat dan rahmat ALLAH bgtu luas ibarat setitis air yg jatuh ke lautan.....


Alhamdulillah, aku akhirnya telah ALLAH kembalikan utk terus mengingati-NYA.... Bersyukur juga aku, krn dgn rahmat kasih syg-NYA, DIA telah memberikan hidayah kpd sahabatku utk kembali mengamalkan perintah-NYA... sesungguhnya, telah lama dia hanyut dibuai gelora2 kehidupan hgga mmbuatkan dia terleka.. namun kini, dia telah kembali..... aku terharu, gmbira, mndengarkan ucapannya... bg aku, dia kini lebih baik dariku.... masa2 yg dia ada, bnyk dptkan maklumat mengenai syurga dan neraka.... ALLAHUAKBAR.... aku juga telah lama tidak mendengar perkhabaran dari neraka dan syurga.... namun, dia telah kembali mengingatkan aku ttgnya, sesuatu yg tlh lama aku rindukan.....


Alhamdulillah, ALLAH tlh berikan kpdnya hidayah shggakan aku juga terasa telah dtg hidayah-NYA pd aku.... aku bersyukur, kini dia telah berubah dan mula cuba utk mengenal  ALLAH.... malah, dia juga berani menegur rakan kami yg mendedahkan auratnya.... aku bersyukur krn akhirnya ada org yg akan membantu aku dlm menegur mereka yg seperti ini, sesuatu yg tidak mmpu aku buat.....



Tuesday, October 27, 2009

 sayu laungan bergema
menyeru hamba-hamba
menunaikan kewajipan pada yang 1
mara menggapai kejayaan.
Muadzinlah penyeru itu
pewaris tugas mulia Bilal ibnu Rabah.
Duhai insan hamba Rabbi
sahutlah seruannya,
dirikanlah saf-saf jemaah,
satulkanlah hati-hati ini
dengan seruannya.


jika kau berasa lelah tak berupaya,
ALLAH tahu betapa kuatnya kau berusaha,
ketika kau menangis sekian lama & hatimu terasa pedih,
ALLAH telah mengitung air matamu,
jika kau menunggu sesuatu & ia idak juga kunjung tiba,
ketahuilah
ALLAH menunggu bersamamu,
ketika kau fikir kau sudah berusaha & tidak tahu berbuat apa lagi,
ALLAH ada jawapannya,
jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak harapan,
ALLAH sebenarnya sedang berbisik kepadamu,
ketika segalanya berjalan lancar & kau ingin mengucapkan syukur,
ALLAH telah pun memberkatimu.
ALLAH sentiasa bersama hamba-hambanya yang bertaqwa.


saudaraku,
tadi aku bertemu "Tawadhu", "Sabar" & "Ikhlas",
mereka bertiga perlukan tempat tinggal,
maaf, tanpa izin aku berikan alamat hatimu,
semoga mereka sentiasa bersamamu.


Hiasilah diri dengan bunga-bunga keimanan,
Sulamilah hidup dengan benang-benang keemasan,
Sinarilah wajah dengan cahaya ketaqwaan
Dan semburilah tingkah laku dengan wangian keIslaman.


Yang dilihat dan diukur-NYA
bukan sejauh mana usahamu,
tapi yang diharap sejauh mana
Tawakal, Percaya nan jitu
Pergantunganmu pada-NYA,
tapi itu tidak bermakna tidak perlu berusaha,
Usahalah semampumu tapi jangan sesekali beraqidah
bahawa banyak usahamu penentu kejayaan,
sebaliknya berimanalah bahawa Tawakalmu itu sebenarnya
hanya semata-mata pada-NYA,
Itulah penentu kejayaanmu.
kejayaan bukan milik sesiapa tetapi adalah milik ALLAH,
jadi seyakinnya hendaklah kau pohon dari-NYA semata-mata,


yang singkat itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang sulit itu IkHLAS,
ynag mudah itu BERBUAT DOSA,
yang abadi itu AMAL KEBAJIKAN,
mudah-mudahan ALLAH memberi kemudahan & kekuatan
dalam amal kehidupan kita.


Ya ALLAH,
kiranya RasulMU hidup bersahabat,
kurniakanlah jua aku sahabat,
tetapi biarlah sahabat-sahaba itu
dari lorong-lorong yang membenarkna-MU
seperti As-Siddiq,
biarlah sahabat-sahabat
dari pintu-pintu ilmu-MU seperti Ali,
Ya ALLAH,
kiranya semua itu tidak layak bagiku
aku bersyukur dipertemukan sahabat yang satu ini,
mungkin padanya ada segalanya
yang tidak pernh aku selami,
mungkin padanya terletak segala yang aku impikan.
Tapi jika aku seorang sahabat yang tidak menghargai,
KAU ampunkanlah dosaku,
dan KAU kurniakanlah kegembiraan pada sahabatku.


kadangkala ALLAH jarakkan hubungan kita,
kemudian DIA datangkan pula
dengan bermacam-macam dugaan.
puas kita menangis mencari mana perginya teman-teman,
rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita
kerinduan yang berpanjangan
walaupun kita tidak tahu
kapan kita kan bertemu lagi.


Sekiranya ada di langit & di bumi
tuhan-tuhan selain ALLAH,
tentulah kedua-duanya itu telah rosak binasa,
Maka Maha Suci ALLAH
yang mempunyai 'Aras daripada apa yang mereka sifatkan.


Seringkali kita ucapkan dengan lidah
bahawa kita cintakan ALLAH lebih dari manusia,
namun hakikat dihati seringkali terbalik.
tindakan kita mengabaikan kerana manusia
menceritakan segalanya.
Ayuh! kita laraskan kembali hati kita
agar selari dengan ucapan.
ALLAH pasti membalas ganjaran yang besar
kepada hamba-NYA yang mencintainya.


di dalam hati manusia ada satu ruang kosong,
penuhilah ia dengan kebaikan nescaya hatimu hidup
jangan biarkan maksiat dengan kejahatan
memenuhi ruang itu
lantas membunuh hati-hati orang yang beriman.


jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh
jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung
jika hati seindah bulan, hiasinya dengan iman.


sesungguhnya malaikat Jibril
berharap supaya anak-anak Adam itu
mempunyai 7 kebiasaan.
solat 5 waktu bersama imam,
mendampingi para ulama,
menziarahi orang sakit,
menghantar jenazah
memberikan air minum,
mendamaikan antara 2 orang
memuliakan jiran.
maka,
bersegeralah kamu ke arah itu.


telah bersabda baginda Ar-Rasul Muhammad SAW,
tidaklah seorang mukmin itu
ditimpa kecemasan, kegelisahan, sakit dan keletihan
hingga tertusuk duri sekalipun
melainkan dengan semua itu
ALLAH akan menghapuskan dosa-dosanya.


Sesungguhnya di dalam hati
terdapat satu robekan yang tidak mmungkin dapat di jahit
kecuali menghadap penuh kepada ALLAH Taala.
di dalamnya juga ada sebuah
keterasingan yang tidak mampu diubati
kecuali dengan menyendiri bersama ALLAH.


ketika wajah ini penat memikirkan dunia
maka berwudhu'lah
kitika tangan ini eih menggapai cita-cita
maka bertakbirlah
kitika bahu tidak kuasa memikul amanah
maka bersujudlah
ikhlaskan semunya pada ALLAH
dan dekatilah ALLAH
agar tunduk disaat yang lain angkuh
agar tegu disaat yng lain runtuh
agar tegar disaat yang lain terdampar.


lahirnya insa disambut dengan azan
perginya insan diiringi dengan solat,
alangkah singkatnya hidup ini
jika jaraknya cuma antara azan dan solat.
perkataan yang teragung ialah ALLAH
kamus yang mantap terpelihara ialah Al-Quran
lagu yang indah ialah Azan
senam yang terbaik ialah Solat
benda yang paling berharga ialah
Akhlak dan Iman
air mata kerana ibu bapa ialahPenghormatan
air mata kerana sahabat ialah Pengorbanan
air mata kerana kekasih ialah Penyesalan
dan air mata kerana ALLAH ialah Kehambaan.


dalam jernih payahujian ang datang bertalu
terkadang kita begitu asyik
dengan perancangan menegakkan agama-NYA
hingga kita terlupa
dalam jiwa
kita sedar hakikatnya
agama suci ini masih gagal bertapak akar
kita cuba mencari kekuatan dan raja
pada bantuan dari-NYA
namun ianya tidak kunjung tiba.
dalam perjungan ini
roh dan jiwa kita perlu bertaut sepanjang masa
dengan-NYA
kita cuma merancang
bukan pentadbir.

Wednesday, October 14, 2009

DUGAAN UTK KU... CBUK...

Masyaallah, bnyk sgguh keja aku skrg ni.... autocad, computer programing punya mini project...aduh, pnat bila mikirkan smua keja ni...dahlah kena siapkan tutorial, assgmnt thermofluid.. alamk!!! x buat lagi, esok kna hnta dah.. aduh... mcm mana bleh lupa ye..? mggu dpan, dh nk bncg tutorial math chap 5.... buat pun blum...

autocad
yg ni, punya lama masa dia bg, tp dsbbkan rakan group aku last minit bru mikir ktorg kalut sikit.. nk buat dlm 3D lah, itulah, inilah... pnat jgak... tp nasib baik senang aja... alhamdulillah, dah siap mlm td... hari, nk kna hnta.....

mini projek
yg ni utk subjek computer programing..... masa pilih course mecha ni dulu, x trmikir plak akan amik subjek ni (sbb aku x mnat subjek ni), tp bila dah wajib blajar rasa mcm mnyesal plak sbb pilih course ni... klau bleh, nk ulang smula masa ni, x nk amik course ni.... tp aku mnat mekatroniks, sbb tu aku pilih bdang ni....aku thu masa x bleh diulang, jd trpksalah aku truskkan dgn bdang ni... yg pntig usha... lgpun ALLAH thu apa yg terbaik utk aku... insyaallah ada rzki utk aku dlm bdang ni... jd skrg, aku cuma mmpu mntak tlong dari-NYA spy bg aku kekuatan utk truskan usha aku... tp aku masih x thu mcm mana nk buat mini project ni...... =(

thermofluid assgmnt
yg ni plak, ckup bosan utk subjek ni.... mmg x ksah sgt utk amik subjek ni sbb aku suka blajar yg ni, tp lctrer aku ni dr india, thap prof plak tu, dia ngajar ktorg x fham sgt... lpas tu, bhsa dia pun susahlah ckit kita nk fham... skrg dia bg assgmnt, ada 2 soalan... x apalah, sikit ja.... soalan kedua x ksah sgt, mudah tp yg prtama ni, masyaallah.. susah sikit.. (bleh kata x dpt buatlah)....

tutor math
esok nk bncg chap 4, mggu dpan dh chap 5.... cpatnya... baru smalam abih kliah shapt 5, tutor pun dpt 2-3 hari lpas.... bab 5 ni statistik.. allahuakbar, bnyk formula kna gna dh tu, jln kra pun pjg... mcm mana hah..?

apa pun, kna usha jgk kn... dah x bleh patah masa balik......

Saturday, September 12, 2009

rehlah, pemimpin dan sahabat

haaa......
hari ni, aku beserta abg2 dalam kelab penyayang unimap, mengadakan rehlah ke bukit tinggi.....
suasana pg ni cukup nyaman, baru lepas hujan... sejuk ja.....
abg bob dtg amik aku dan pali.....
kami ke wang ulu untuk bertemu dgn rakan2 lain....
setibanya kami di bukit tinggi tu, kami mengambil angin sblm mengadakan usrah.....

abg bob, abg junaidi, abg izuan, abg amin n abg azrin...
diorg ni brjwtn tinggi dlm klab ni.... diorg yg bawa kami...
selain itu, turut bersama kami azlan dan jgk faiz....

kami berjlan2....
dlm masa kami berjln2 itu, aku melihat kelakuan mereka itu berbeza sedikit dgn kbnykan org lain...... tp geng aku lbih berbeza.....
maka, aku terfikirkan.....

"Mereka ini merupakan org yg berlainan dr org lain....
dan mereka merupakan pemimpin......
mcm mana klau dunia ini dipimpin oleh mereka yg berfikiran gila2.....
pastinya ada kelainan dlm kepimpinan mereka....."

itulah apa yg aku terfikirkan masa itu....
kemudian aku terkenangkan geng aku....
geng aku ini, semuanya berlainan dari org2 yg pernah aku knal sblm ini....
tdk pernah walaupun sekali aku menemui org seperti mereka ini.....
dan timbul persoalan dlm benak fikiran ku ini...
"adakah mereka ini mempunyai bakat menjadi pemimpin..?"
cara mereka melayan sahabat2 mereka cukup berbeza.....
jika org merasakan berpelukan sesama lelaki itu jijik,
tetapi mereka tidak...
bahkan itulah salah satu cara utk mengeratkan silaturrahim sesama kami.....

aku terkenangkan suatu ketika, di mana....
salah seorg drpd kami tlh merajuk.. mlh tdk berkata2 walaupun sepatah.....
maka, sahabat2 aku ini tlh merancang.....
tatkala hampirnya waktu berbuka, tlh pergi beberapa org dari kami menemuinya....
ketika itu dia sdg berbaring di atas katil....
tnpa berkata walau sepatah pun, slh seorg dr kami memegang tgnnya dan memeluknya....
lalu bertanya kepadanya.. "kenapa ni... Apa mslh kamu...?"

tnpa disedari.... insan berhati keras yg dipeluk itu tlh menitiskan air matanya....
dia tersentuh.....

pernakah kamu menemukan manusia yg melayan sahabatnya begini...?
cukup sukar sekali bg kita utk bertemu dgn org sebegini.....
bersih hatinya... mereka ini sentiasa ada keinginan utk mendekati shbat mereka....
mereka menjatuhkan ego mereka semata2 utk memujuk org yg tgh merajuk....
bertepatan dgn perintah ALLAH supaya tdk memutuskan silaturrahim...
sesungguhnya, cara mereka itu adalah cara yg terbaik.....

jika kita lihat pd hari ini, seandainya ada shbt yg bergaduh, cukup sukar utk mereka berbaik dlm masa yg dekat...
mlh masing2 tetap dgn ego sendiri, tidak mahu mengalah....
tetapi geng aku ini cukup berbeza.....
sggup berkorban demi silaturrahim....
di manakah lg yg dapat kita cari sahabat seperti ini...?
maka itu, jdlah shbt yg terbaik bg shbt kamu dan jgnlah kamu saling bermasam muka hanya kerana perkara yg kecil.....
eratkanlah hubungan kamu krn hanya mereka yg dapat menolongmu tatkala kamu berjauhan dr keluarga.....
hargailah sahabat yg sprti ini....

Wednesday, September 2, 2009

JAUH

Ya ALLAH......
telah jauh benar hati ku ini....
benar hatiku telah jauh dari-Mu...
aku telah hanyut di lautan noda...
dikaburi kabut dosa....

Ya ALLAH.....
sesungguhnya aku telah pun
termakan bisikan syaitan dan iblis durjana....
yang senantiasa membawaku jauh dari-Mu..

Namun,
di kala aku masih menanti sinar cahaya yang agung,
hadirnya teman-teman
berseri-seri wajah mereka
disinari cahaya keimanan dan ketaqwaan
yang terus membangkitkan aku
dari mimpi-mimpi indah syaitan.....

aku bersyukur....
kerana di dunia yang hanya menunggu ini,
masih ada mereka yang aku harapkan
untuk membawaku ke arah-Mu

aku bersyukur,
kerana di dunia fana yang kian tua ini,
masih ada mereka yang bisa menasihati ku
agar sentiasa tunduk pada-Mu

menitisnya air mataku ini
bukan kerana sakitnya hati ini
untuk meninggalkan nikmatnya dunia...
tapi mengalirnya tangisanku ini
adalah kerana sakitnya hati ini
melupakan-Mu

Ya ALLAH.....
sesungguhnya aku takut akan azab
yang menantiku di barzakh
sesungguhnya tidak ada keinginan dalam diriku
untuk mengecapi nikmat duniawi
kerana ku tahu
tidak ada keinginan yang dapat menandingi
keinginan untuk kembali ke dunia
tatkala jasad telah tertanam
bersemadi roh di alam kematian.....

Ya ALLAH...
janganlah ENGKAU palingkan wajahku
dari terus menghadap-Mu
janganlah ENGKAU palingkan hatiku
dari terus mengingati-Mu
berikanlah aku kasih-Mu
kurniakanlah aku cinta-Mu
rahmatilah aku ampunilah aku...
sujudku mengharap redha-Mu

Sunday, August 9, 2009

Mencari Ketenangan



sepi benar hatiku malam ini
tangisan keinsafan mula berlinangan
kerana menyesali kealpaan.

aku merindui akan ketenangan
yang mungkin hanya bisa kutemui di suatu tempat....

aku merindui akan teman-teman
yang bisa mengajarku erti kesyukuran
yang bisa mengajarku erti kesabaran
yang bisa mengajarku erti rendah diri.

aku merindui akan kasihnya ILAHI
terhadap hamba-hambaNYA
yang tiada bertepi.

aku merindui akan suasana
yang bisa mengingatkanku terhadap YANG ESA
yang bisa mendatangkan keinsafan kepadaku.

Ya ALLAH
biarlah ENGKAU menjadi saksi
tulus tangisku di kala dini hari
di kesempatan yang hanyalah sementara ini
berikanlah aku hidayahMU
agar dikuatkan iman yang lemah ini
supaya bisa kuharungi dugaan-dugaanMU
menuju bahagia yang abadi.

Ya ALLAH
berikanlah aku walau secebis keinsafan
pada hambaMU yang lemah ini
layarkanlah pelayaranku ini ke arah cintaMU
agar aku bisa menemui cahaya kasihMU
yang tidak dapat diberikan oleh mana-mana insan.

aku merindui akan sinar cintaMU
yang telah lama hilang
dari raut wajahku ini
agar dapat ia menyinari hatiku
yang telah dinodai oleh debu-debu dosa.

Ya ALLAH
di kesempatan yang hanyalah sebentar ini
tatkala gusar malam menghampiriku
ENGKAU bantulah hambaMU ini
yang telah lama dihanyutkan bahtera kealpaan
di lautan kebinasaan ini.

jadikanlah hambaMU ini
hamaba yang bisa mengingatiMU
dikala keriangan kesedihan dan kesenangan
tatkala ditimpa musibah
di masa aku mula melupaiMU.

ENKAU kembalikanlah hatiku
ketika hampir aku melupai MU
kerana sesungguhnya hambaMU ini
sering melupaiMU.

Ya ALLAH
lindungilah bahtera keinsafanku ini
peliharalah perlayaranku
jauhkanlah ribut noda dari bahteraku ini
berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi
lautan dosa ini sendirian
dan hanya bergantung kepadaMU

Ya ALLAH
hadiahkanlah cintaku kepadaMU
kurniakanlah aku keredhaanMU
sinarilah perlayaranku dengan cahaya petunjukMU
tatkala malam mulai berlabuh
jadikanlah cahaya hidayahMU di malam hari
sebagai penerang jalan kepada ku.

harapanku agar dikurniakan
manisnya rasa keimanan
indahnya cahaya kecintaan kepadaMU
syahdunya rasa ketaqwaan
dalam mengemis kasih dan redhaMU.

moga gelora noda yang memukul pelayaranku
hilang disinari cahaya MU
Ya ILAHI...

Wednesday, June 24, 2009

Akhirat.....

Daripada Aisyah r.a. Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Dikumpulkanlah semua manusia di padang mahsyar pada hari kiamat dengan telanjang kaki, telanjang tubuh dan tidak berkhitan kemaluannya. " 

Saya bertanya: "Ya Rasulullah, kalau begitu kaum wanita dan kaum lelaki semuanya dapat melihat antara yang sebahagian dengan sebahagian yang lainnya." 

Beliau s.a.w. menjawab: "Hai Aisyah, peristiwa pada hari itu lebih sangat (dasyat) untuk menjadi perhatian mereka daripada memerhatikan orang lain."

Dalam riwayat lain disebutkan:

"Peristiwa pada hari itu lebih penting untuk diperhatikan oleh setiap orang - daripada yang sebahagian melihat kepada sebahagian yang lain." 

(Muttafaq 'alaih)


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: 
Rasulullah s.a.w. membaca (yang bermaksud) 'Pada hari itu bumi akan memberitahukan khabar-khabarnya' (Surah Az-Zalzalah, Ayat 4)'

Kemudian beliau s.a.w. bersabda, "Adakah kamu semua tahu apakah khabar-khabarnya itu?" Para sahabat berkata,"Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui." 

Beliau s.a.w. lalu bersabda, "Sesungguhnya khabar-khabar yang akan diberitahukan itu ialah bahawa bumi itu akan menyaksikan pada setiap hamba, lelaki atau perempuan, perihal apa yang dilakukan di atas bumi itu. Bumi akan mengucapkan, 'Orang ini akan melakukan begini dan begitu pada hari ini dan itu. Inilah khabar-khabarnya. '"

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Daripada 'Adi bin Hatim r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang pun dari kamu, melainkan akan diajak bicara oleh Tuhannya, tidak ada antara dia dengan Tuhannya seorang penterjemah pun."

"Orang itu lalu melihat ke arah kanannya, tetapi tidak ada yang dilihat olehnya, melainkan amalan yang telah ia lakukan sebelum itu, dan ia melihat ke arah kirinya, maka tidak ada yang dilihat olehnya melainkan amalan yang ia lakukan sebelum itu,seterusnya ia melihat ke arah mukanya, maka tidak ada yang dilihat olehnya melainkan neraka yang ada di hadapannya itu."

"Maka dari itu, takutlah engkau semua pada siksa api neraka, sekalipun dengan jalan sedekah dengan belahan kurma." 

(Muttafaq 'alaih)

Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu (kerana amat menakutkan). Beliau s.a.w. bersabda:

"Andaikata kamu semua tahu apa yang aku ketahui, nescayalah kamu semua akan tertawa sedikit dan akan menangis banyak-banyak. "

Para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu menutupi masing-masing wajahnya sambil terdengar suara isaknya. (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan:

Rasulullah s.a.w. menerima berita bahawa ada sesuatu tentang sahabat-sahabatnya, lalu beliau berkhutbah, kemudian bersabda:

"Ditunjukkanlah syurga dan neraka padaku maka belum pernah aku melihat sesuatu yang melebihi penglihatanku pada hari itu tentang bagusnya syurga dan buruknya neraka. Dan andaikata kamu semua dapat melihat apa yang dapat aku lihat, maka nescayalah aku semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak-banyak. "

Maka tidak pernah datang pada para sahabat Rasulullah s.a.w. laitu hari yang lebih dahsyat lagi dari hari itu(tentang ngerinya khutbah yang diberikan oleh beliau s.a.w.) Para sahabat semua menutupi kepala masing-masing sambil terdengar suara esaknya.

Daripada Samurah bin Jundub r.a. bahawasanya Nabiullah s.a.w. bersabda:

"Di antara ahli neraka itu ada yang dijilat oleh api neraka sampai pada kedua tumitnya, di antara mereka ada yang dijilat oleh api sampai kedua lututnya, ada juga yang sampai ke empat ikat pinggangnya dan ada pula yang sampai di tulang lehernya." 

(Riwayat Muslim)

Daripada an-Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka pada hari kiamat itu adalah seseorang yang di bahagian bawah kedua kakinya diletakkan dua buah bara api yang dengannya itu mendidihlah otaknya. Orang itu tidak percaya bahawa ada orang yang mendapat siksaan yang lebih teruk daripada dirinya, padahal dialah yang teringan sekali siksanya." 

(Muttafaq 'alaih)



Thursday, June 11, 2009

MAN ANA

Ana in saaltal-qouma 'anni man ana
Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna
Lan anhani lan antani lan arkana

Inni ra`aitullaha fi akwanihi
Wa sami'tul shautul-haqqi fi qur`anihi
Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihi
Fi siratil-mukhtari fi imanihi

Ana mus-hafun yamsyi wa islamun yura
Ana nafhatul-ulwiyyatun fauqats-tsara
Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
Wa li man ana, ana lilladzi khalaqal-wara

Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
Wa ana syihabun idza ra`aitul munkarat
Ma li siwa nafsun ta'uddu 'alasy-syira
Qad bi'tuha lillahi wallahusytara

Note: 
` = untuk menandakan hamzah
' = untuk menandakan 'ain


dengar...

Tuesday, June 9, 2009

PESONA DUNIA

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa kan padam akhirnya
Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka
Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati
Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi
Bersyukurlah sentiasaDengan apa yang adaAdakala harta dunia
Belum tentu membantu kitaMenjadi bebanan dan menyusahkan

DUSTA BERKALANG

Semua yang dusta
Tidak kan bertahan
Tidak kan tersimpan

Jadi debu berhamburan
Menjadi mangsanya
Permainan mayapada
Begitu al-kisah nya

Kanan kiri berkalang
Pantas cari lindungan
Usah rebah hati

Manis racun dunia
Ramai insan tertawan
Rawan tersiksa

Ranumnya sang bulan
Merdunya seri bayu
Hanyalah puraan
Di alam khayalan

Dalam ombak hidup
Kita yang layari
Jangan kau tenggelam

Di arus masa
Harus kau kemudi
Pulang ke hakiki




APA YG KAU TAHU

Bacalah…sebutlah dengan nama
Tuhan yang menciptakan
Segala kejadian di dunia

Bacalah…tulislah dengan pena
Wahyu yang diutuskan
Risalah kebenaran untuk insan

Seluruh kasihnya telah dia curahkan
Tulus suci mengisi ruang hati
Bagai dalam dingin
Rindu berdakapan
Dengan kata syahdu
Kasih mesra bersatu
Apa yang kau tahu

Bacalah…lihatlah dengan mata
Selami sanubari
Putaran panorama hidup ini

Bacalah…tipuan mata hati
Bisikan penuh mimpi
Melamar kelalaian tidak henti

Suruhan larangan telah dia sampaikan
Jangan pilih haluan dimurka
Kelak rebah diri
Duka menangisi
Tanpa belas kasih
Disiksa saban waktu
Apa yang kau tahu

Gua hira menggamit kisah silam
Satu peristiwa nabi bersendiri
Iqra diturunkan muhammad ditabalkan
Tersuratlah sudah kalam dari Tuhan

Sekian kalinya detik waktu berlalu
Apa terus berbakti untuk dia
Membalas kasih
Syukur dengan nikmat

Amal yang bertambah
Hikmahnya kan ketemu

Apa yang kau tahu