Monday, November 30, 2009

Rindu.....?

hmm...
apabila aku teringat kisah aku di bangku sekolah dulu, membuatkan aku tersenyum sinis...
kenapa...?
sebabnya, aku ni manusia biasa. tidak terlepas daripada apa yang manusia biasa rasai...
nak tahu apa yang buat aku tersenyum sinis..? ini ceritanya.....

semasa zaman sekolah menengah aku, ada beberapa sahabat-sahabat aku yang bertanya,
"Takkanlah hang tak ada buah hati lagi..?"
aduh! naik bosan aku dengan soalan macan ni. kenapa tidaknya,jawapan aku tetap sama...
"tak ada..."
berkali-kali aku katakan, tapi diorang tetap terus menyoalkan jawapan aku...
kerana jawapan aku ni, sahabat-sahabat aku sering mengatakan, "kau ni tak ada perasaan.."
sehinggakan aku digelar sebagai "manusia yang tak ada perasaan".... (betul ka...?)
biarpun digelar macam tu, lantaklah. aku tetap aku....

pernah jugak diorang tanya, kalau tak ada sekarang, bila lagi kau nak ada buah hati..?
maka aku menjawab, bila dah kerja.... :D
betul ka bila dah kerja...?
semasa aku menulis post ni, aku berada di unimap, mengambil ijazah selepas tamat di matrikulasi...
akan tetapi, apa yang aku alami..?

belum sampai setahun aku menamatkan sekolah menengah di tingkatan 5, aku mula jatuh hati pada seorang gadis... hmm.... dah terkantoi... tapi nak buat macam mana, aku juga manusia biasa...
tidak lari daripada "jatuh hati"....
perkara ni terjadi ketika aku berada di matrikulasi...
mungkin ada yang akan membuat kesimpulan bahawa kami ini satu kelas,
sebab itu aku boleh berkenalan dengan dia dan jatuh hati...
tapi sebenarnya tidak!
dia adalah roomate kepada classmate aku...
macam mana kami boleh bertemu...?

tidak seperti kebanyakan pengalaman orang lain,
kami tidak pernah bertemu sebelum aku jatuh hati pada dia..
malah kami tak pernah kenal pun.....
aku juga tak pernah dengar tentang dia...
maksudnya, "cinta pandang pertama lah ni"...?
mmmm.....
tak jugak.....
kali pertama dia temankan classmate aku tu gi kelas,
aku dah ternampak dia... (kalau nak cerita, panjanglah...)
sempat lagi aku berkata dalam hati, 
"alangkah baiknya kalau dia jadi isteri aku..."
(mm... gatal jugak aku ni...)

tapi persoalannya, "betul ka aku tak pernah jatuh hati..?"
pernah.. tapi, bagi aku kalau aku luahkan isi hati ini...
maksudnya aku akan jadikan dia sebagai isteri...
tika di bangku sekolah, aku tak nak luahkan...
malah aku rahsiakan dari sahabat aku sendiri...
sebabnya, tak nak diorang terlepas cakap......
bocorlah rahsia nanti....
lagipun, aku dah tak minat kat minah sekolah tu....
perangai dah berubah....

apa pun, kita tinggalkan masa silam aku tu....
sekarang aku sudah menaruh hati pada insan yang aku bertemu
di matrikulasi ini...
setiap kali aku memandangnya, hati aku terhibur sedikit...
tidak seperti sahabat-sahabat aku di sana....
mereka juga ada menghiburkan aku,
tapi tidak seperti melihat si dia....
sejuk mata aku memandang...
kiranya, jika aku diberi pilihan untuk melihat:
wanita "seksi" atau dia;
maka aku akan pilih dia....
wajahnya berseri....
tenang hati aku, sejuk pandangan, terhibur hati ni
dengan gelagat dia....

hmm....
"dosa pandang wanita yang belum kita kahwini.."
ya aku tahu....
tapi itu lah yang aku rasakan.....
nak buat macam mana....
kami dalam satu organisasi pulak,
jadi kami selalu hubungi satu sama lain....

namun, aku tak pernah meluahkan isi hati aku pada dia...
sebab aku tak nak, "andainya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku,"
maka kami tidak dapat berhubung lagi, haram!
kerana itu, aku terus menyimpan perasaan sehinggalah tqamat matrikulasi....
akan tetapi, kami masih terus berhubung....
(ketika menunggu panggilan ke u....)

walau apapun, 
keadaan telah tersasar jauh dari jangkauan aku.....
kami sering berhubung, walaupun jarak kami terlalu jauh...
kami tidak berdating.....
hanya SMS ja...
hm...
di ringakaskan cerita, dia kerap ceritakan pada aku perihal
family dia yang bertanyakan tentang calon suaminya....
"dah ada atau belum..?"
beginilah lebih kurang soalan yang ditujukan kat dia....

suatu malam, dia tanya pada aku...
"siapakah gerangannya yang telah mencuit hati pemuda yang sorang ni...?"
(ini bukan soalan sebenar... tapi, lebih kurang lah maksudnya...)
aku tak nak jawab....
sebab aku tahu, aku tak kan boleh berhubung lagi...
haram..!
selama ni, aku cuba bendung rindu dan perasaan aku pada dia....
tapi, malam tu...
"sebenarnya, saya ada simpan perasaan terhadap awak..."
.....
....
...
itulah kata-katanya....
(alamak. macam mana ni...)
akhirnya saya amik keputusan mengizinkan dia tahu perasaan saya....

sampai sekarang, rindu pada dia masih ada lagi.....
"khairusyifa", itulah gelaran aku pada dia....
tapi aku takut....
macam mana kalau hati aku telah melakukan zina..
ZINA HATI..!

aku takut bila mikirkan perkara ni....
aku dah bincang dengan dia,
kalau nak kawin, lepas habis belajar....
tapi, adalah baik kalau dua hati yang suka sama suka,
berkahwin cepat-cepat...
itu kan perkara baik.....
akan tetapi......

ayah aku pula, selalu berpesan...
"jangan bercinta masa belajar..."
ayah, along rasa bersalah kat ayah.....
tapi memang perkara ni along tak duga.....

kalau aku bagi tahu kat ayah,
mesti dia sedikit kecewa....
dia juga akan kata...
"bila along dah kerja, kawinlah...
sekarang, belajar dulu..."
aduh.....

aku bersyukur,
meskipun kami dipisahkan jauh kerana pengajian,
tapi kami dapat dielakkan daripada bertemu,
seterusnya menghampirkan lagi diri kami kepada zina...
ALHAMDULILLAH.....

kadang-kadang, aku rasa aku bukan orang yang baik
untuk khairusyifa....
iman aku, aku rasakan masih lemah.....
aku juga takut akan dosa kerana merindui dia...
kerana itu,
aku sering berdoa...

"Ya ALLAH, jika dia adalah isteri yang terbaik buatku,
aku terima.....
tapi kalau tidak, aku pasrah dengan ketentuan-MU,
kerana KAU lebih mengetahui apa yang terbaik buat kami...."

"Ya ALLAH.... aku memohon, jadikanlah dia isteri yang terbaik buatku,
yang bisa menjadi penyejuk hati aku,
yang bisa menenagkan aku,
yang bisa memadamkan api kemarahan aku,
yang bisa mendekatkan aku kepada-MU...
yang akan menemani aku menuju ke jalan-MU...
yang akan bersama aku dalam meneruskan risalah-MU..."

hanya ini yang mampu aku lakukan....
aku tak nak kerana merindui dia,
hati aku berzina.....

"Ya ALLAH, ENGKAU jadikanlah rindu aku ini,
rindu kepada kekasih-MU...
jadikanlah rindu aku ini, kepada insan yang merindui-MU...
kerana aku tahu, rindu aku ini,
sepatutnya rindu kepada-MU...
kerana itu,
jauhkanlah kami daripada melakukan maksiat....
kami tidak pernah keluar berdating,
maka janganlah ENGKAU izinkan perkara ini
sebelum kami diijabkabulkan......"

"maafkanlah hamba-MU ini..
yang tidak bisa terlepas dari fitrah-MU...
aku juga memohon,
ENGKAU cepatkalah jodoh kami agar
kami sama-sama memperoleh manfaat,
hasil daripada ikatan yang sah....
sesungguhnya, ENGKAU Maha Mengetahui
apa yang terbaik buat kami...."

"jadikanlah dia sebagai isteriku,
jika dia yang terbaik buatku...."

Sunday, November 15, 2009

Hidayah.....

Ahamdulillah, segala pujian hanyalah bagi ALLAH yg Maha Pengasih yg telah mengaturkan urusan dari langit ke bumi... Alhamdulillah... DIA lah Tuhan yg Maha Pengasih, tidak membiarkan hamba2-NYA terus terlena dibuai mimpi2 indah yg blum lagi menjadi pasti.....DIA lah Tuhan yg memberikan hidayah dan petunjuk kpd org2 yg dkehendaki-NYA..... Bersyukurlah atas segala nikmat yg telah DIA kurniakan, yg mungkijn sekali tidak diberikan-NYA kpd org lain, Alhamdulillah.... ssungguhnya, DIA tidak memberikan segala nikmat2 itu utk kita berbangga2 dan tidak pula utk kita bermegah2 hgga lupa bahawa tubuh dan segala nikmat yg DIA berikan adalah pinjaman semata2.....


Alhamdulillah, segala puji bg ALLAH yg Maha Pemurah kerana telah melimpahkn rahmat yg begitu byk skali hgga tdk dpt dhitung oleh kita, manusia..... ssungguhnya, nikmat dan rahmat ALLAH bgtu luas ibarat setitis air yg jatuh ke lautan.....


Alhamdulillah, aku akhirnya telah ALLAH kembalikan utk terus mengingati-NYA.... Bersyukur juga aku, krn dgn rahmat kasih syg-NYA, DIA telah memberikan hidayah kpd sahabatku utk kembali mengamalkan perintah-NYA... sesungguhnya, telah lama dia hanyut dibuai gelora2 kehidupan hgga mmbuatkan dia terleka.. namun kini, dia telah kembali..... aku terharu, gmbira, mndengarkan ucapannya... bg aku, dia kini lebih baik dariku.... masa2 yg dia ada, bnyk dptkan maklumat mengenai syurga dan neraka.... ALLAHUAKBAR.... aku juga telah lama tidak mendengar perkhabaran dari neraka dan syurga.... namun, dia telah kembali mengingatkan aku ttgnya, sesuatu yg tlh lama aku rindukan.....


Alhamdulillah, ALLAH tlh berikan kpdnya hidayah shggakan aku juga terasa telah dtg hidayah-NYA pd aku.... aku bersyukur, kini dia telah berubah dan mula cuba utk mengenal  ALLAH.... malah, dia juga berani menegur rakan kami yg mendedahkan auratnya.... aku bersyukur krn akhirnya ada org yg akan membantu aku dlm menegur mereka yg seperti ini, sesuatu yg tidak mmpu aku buat.....