Monday, December 20, 2010

Luar Kebiasaan Ku....

Assalamualaikum.....
Ok, kali ni, berlainan dari post-post yang sebelum ini.......... Kebiasaannya, pada setiap pagi, aku akan "on"kan laptop aku dan melayari internet sehinggakan aku terlalu bosan. Kemudian, video games yang terdapat dalam lappy (laptop) aku ni menjadi satu perkara untuk membuang masa sepanjang hari (maklumlah, cuti semester...).

TAPI! Pada hari ni, kebiasaan itu lari entah ke mana... Selepas melihat e-mail dan notifications dalam facebook, aku menjelajah Portal Islami Murabbi dan Portal Islami ILUVISLAM.com.... Hahaa.... dah lama tak melawat kedua-dua portal ni, lagipun portal universiti dah tak ada apa untuk dilihat...

Masa tengah membaca senarai artikel, aku tertarik pulak untuk baca artikel tentang CINTA ni... Haha.. Aku nak jugak tahu pandangan orang-orang yang arif tentang CINTA ni... Lagipun, aku masih remaja normal yang juga mempunyai gelora jiwa (dalam hal ni laah.....)

Aku teringatkan seorang kawan aku yang kini berada di Matrikulai Perlis... Huhu... Dia pernah mengadu masalah cinta kawan sebilik dia kat aku... Pening kepala aku dibuatnya untuk selesaikan masalah tu.... Tapi, biarlah, bukan itu yang aku nak letakkan dalam post aku kali ni...

Balik kepada artikel dalam ILUVISLAM tadi... Aku ada terbaca sebuah cerpen yang menyentuh hati aku....
Tajuknya : Mana Satu Pilihan Hati...?
Haha... (^__^)... Agaknya berapa ramailah yang yang sedar tentang ni ye....? Kalau lah aku boleh terangkan kat kawan yang bermasalah tadi ni, kan mudah..... Aduih....! (==")q



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."
"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

" lu sapa nak nasihat gua..? " (O.O")?




kerana dah bosan, maka ikon-ikon kat Mozilla ni aku klik... Setelah beberapa lama aku klik, aku klik pulak ikon Portal Murabbi, iaitu salah satu portal islami.... Dan selepas meninjau beberapa lama, aku terbaca artikel ini dan ingin berkongsi..... Selamat membaca... (^_^)P

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lu Saper Nak Nasihat Kat Wa?
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : arjunasetia
Editor: KAKLONG



1. Lu sapa nak nasihat kat gua?

(lu dan gua adalah sama sahaja, pewaris Nabi, penyambung risalah)


2. Aku sendiri perlu dakwahkan diri aku sebelum aku berdakwah

(tapi bila la agaknya masa yang kau nak dakwah kat diri kau tu?)


3. Kubur asing-asing beb, jgn sibuk hal orangla...

(sebab kubur asing-asing tu la orang risau, kalau kubur sama-sama, lu boleh tolong gua, gua boleh tolong lu masa dalam kubur nanti)


4. Aku tak cukup ilmu, tak sempurna lagi


(How does you define 'sempurna'? and when can you declare that you're already 'sempurna' enough to take action?)


5. Saya bukan ustazah/ ustaz, tentang hal-hal ugama ni tolong tanya yang lebih ariff

(Kenapa tak pernah nak bagi peluang pada diri sendiri? sedangkan inilah peluang untuk anda menilai sejauh mana kefahaman dan penghayatan yang selama ini anda praktikkan dan peluang menambah ilmu dari persoalan yang ingin ditanyakan, mana tahu ini adalah peluang dari Allah untuk memberikan sesuatu pada diri anda, tapi anda tolak)


Rata-rata survey yang telah dijalankan memberikan kesimpulan bahawa 75% dari umat islam di Malaysia MENGANGGAP atau MEMAHAMI bahawa:


Benar, aku percaya pada Allah, aku Islam, ibu bapa ku Islam, dan aku bertanggung jawab pada ugamaku, aku wajib melakukan amalan-amalan yang diperintahkan, menjauhi segala larangan dan mengikuti segala apa jua yang ditetapkan dalam Islam dan sebagai manusia kita memang tak dapat lari dari berbuat dosa dan kesalahan, dan kita wajib bertaubat dari masa ke semasa. TETAPI, tugas berdakwah/menyampaikan/tabligh bukan kerja aku, itu adalah tugas para Ulamak, Ustaz, Mufti dan yang sewaktu dengannya. Bukan tugas kita umat Islam awam.


JAWAPANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT INI:


1. Dari Anas RA :

Kami para sahabat RA bertanya “Ya Rasullullah SAW kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran.” Maka Nabi SAW bersabda, “ Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya.”
(HR Thabrani)


2. “Balighul Anni Walau Ayyat”

Ertinya : “ Sampaikanlah kepada mereka walaupun hanya satu ayat ”


Amacam kita sekarang? masih nak berdolak dalik atau yang sebenarnya:

(bak kata orang negeri sembilan): SOBONAR EH, DEN NI POMALEH!!



by: arjunasetia

Monday, December 13, 2010

Ke Hadapan, Bakal Isteriku...? (O.O")

semuanya disebabkan bosan..... hinggakan aku dah tahu nak buat apa... sekarang, masih dalam latihan untuk kejohanan silat seni di johor nanti... tapi, duduk di kolej ni, tak ada banyak perkara yang dapat aku buat.....

sedang dalam bosan yang amat sangat ni, aku sajalah menyemak folder aku untuk dikemaskini... memang perkara yang biasa aku buat bila cuti..... tiba-tiba, ada satu fail yang menarik perhatian aku.... entah dari mana aku salin folder ni, aku pun dah tak ingat.....
 

haha..... lantaklah korang nak fikir apa pun, bagi aku, yang penting beberapa mesej kat dalam fail tu.....
bila aku baca, kelakar pun ada jugak.......

hahahaha.... selamat membaca......

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

Monday, December 6, 2010

GEJALA ATAU JENAYAH.?

Budaya Couple
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : musafir
Editor: KAKLONG






Mutakhir ini , saya dikejutkan dengan ramainya sahabat- sahabat kita mula terjebak dengan gejala "COUPLE" . Tidak pasti saya untuk menamakan ia sebagai GEJALA mahupun JENAYAH. Bercouple itu sendiri menyalahi hukum undang- undang islam sendiri . Kita diajar supaya menjaga setiap batasan kita dengan kaum yang bukan sejenis.


LARANGAN BERCINTA SEBELUM NIKAH


“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai KECUALI NIKAH .” (Hadith Riwayat Ibnu Majah)


Oleh itu , mungkin ini bisa menjadi motivasi dan ransangan buat sahabat-sahabat yang teringin bercouple ,mahupun sudah bercouple. Kalau cinta itu terjalin antara lelaki dan perempuan yang belum diikat oleh tali perkahwinan, maka mereka tidak perlu berjumpa, bercanda atau memerlukan apa saja ‘medium’ yang bertentangan dengan kehendak Allah.


Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melanggar syariat. Sebaiknya cinta itu bertaut pada rasa yang suci. Ingin sama-sama berganding bahu, bersatu rasa, untuk mentaati Allah s.w.t. Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal atau baru berkenalan, tapi hati mereka sudah rasa sayang dan kasih. Masing-masing memendam rasa.


Menunggu saat bahagia – sambil gigih melaksanakan tanggung-jawab masing-masing. Tidak ada unsur ‘mabuk’ cinta yang mengkhayalkan. Atau pembaziran masa tanpa arah tujuan. Atau ada air mata yang dialirkan sebab-sebab yang murahan.Tidak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tidak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa. Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri, maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya kepada suami datang dari cintanya kepada Allah s.w.t..