Tuesday, November 4, 2008

MATI... TIDAK DIDUGA

Hari ini, 4 Nov 2008.........

Saya mendapat khabar bahawa bapa kepada salah seorang sahabat saya telah pun meninggal dunia..... Hal ini mengingatkan saya kepada kematian........ Seringkali kita mendengar bahawa kematian itu tidak dapat kita duga...... Sesungguhnya, benarlah kata-kata itu.....

Mengenang kembali zaman persekolahan, seorang sahabat saya turut meniggal dunia ketika di tingkatan 2 kerana barah paru-paru.... Fikir semula..... Dia hanyalah 14 tahun, etapi sudah pun menemui ajalnya.... Bagaimana pula kita...? Siapakah yang dapat mengkhabarkan kepada kita akan ajal kita..... Namun apakah kita sentiasa sedar akan hal ini.....?

Apabila telah sampai waktunya, kita akan dikembalikan kepada pencipta kita, ALLAH S.W.T...... Firman ALLAH dalam Surah As-Sajdah : Ayat 11, maksudnya....."Katakanlah ( wahai Muhammad ) : ' Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika sampai ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu ( untuk menerima balasan ) " ......

Ya..!! Kita akan dikembalikan kepada ALLAH untuk menerima balasan..... Namun apakah kita pasti balasan yang akan kita terima itu baik.... Atau sebaliknya....? Tidak...!!! Sesekali kita tidak pasti.... Terutama sekali kita yang sibuk mengejar keduniaan sehingga kita alpa dan leka kepada Tuhan kita..... Seharian kita bekerja... Sehingga tiada masa untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya..... Bukan setakat membuatkan kita terlupa kepada-Nya, malah jauh daripada-Nya.... Setiap saat yang berlalu... Kita kian jauh daripada-Nya..... Saban hari kita meninggakan apa yang diperintahkan ALLAH... Bukan steakat melambat-lambatkan solat... Malah ada yang meninggalkan solat sedangkan solat itu adalah apa yang wajib kita dirikan..... Ini pun sudah cukup untuk membuatkan kita merasa azab yang sangat pedih di alam bazakh nanti..... Apatah lagi jika kita sering melakukan perkara-perkara lain yang dilarang ALLAH......

Saudara-saudara ku sekalian...... Hidup ini ibarat lampu dinding...... Apabila saja minyak telah habis... Terus ia akan padam.... Tidak akan cepat atau pun lamba walau sesaat.... Begitulah usia kita, ketika tiba ajal kita.... Maka kita pun akan dicabut nyawa dari jasad..... Sesungguhnya saat kematian itu sesuatu yang tidak dapat kita gambarkan sakitnya..... Ia kesakitan yang tidak pernah dialami oleh sesiapa pun yang hidup melainkan yang telah mati sahaja......

Saudara-saudara ku sekalian...... Sesungguhnya azab kubur itu bukan suatu mainan...... Andai tidak mecukupi amalan kita.... Maka penyesalan dan keinginan untuk kembali ke dunia yang amat sangat akan melanda kita bagaikan gunung berapi yang meletuskan isinya sekuat mungkin......

Saudara-saudara ku sekalian...... Sungguh saya menyeru.... Marilah kita sama-sama beramal untuk akhirat disamping kita mengejar dunia..... Biarlah amalan yang kita bawa ke akhirat nanti mencukupi untuk menjauhkan kita dari azab ALLAH yang amat pedih.....

Hayatilah..... Renungkanlah...... Fikirkanlah......

Apakah amalanmu mampu mengelakkan penyesalan yang tidak dapat digambarkan.....?

Monday, November 3, 2008

UTUSAN KEMATIAN

Diceritakan bahawa beberapa orang nabi telah berkata kepada Malaikat Maut a.s: "Tidakkah egkau mempunyai utusan yang engkau utuskan terlebih dahulu sebagai peringatan kepada manusia?" Malaikat Maut Menjawab: " Demi Allah, aku memiliki banyak utusan seperti sakit dan penyakit, uban, tua, serta pudar pendengaran dan penglihatan. Apabila orang yang ditimpa perkara-perkara ini tidak mahu mengambil peringatan dan tidak bertaubat, maka tatkala mencabut nyawanya, aku berseru: "Bukankah aku telah utuskan utusan demi utusan dan perigatan demi peringatan. Akulah utusan yang tidak ada lagi utusan selepasku pemberi peringatan."
Setiap hari Malaikat Maut akan menyeru: "Hai orang yang telah mencecah usia empat puluhan, ini waktunya untuk kamu membuat perbekalan. Fikiranmu masih cergas dan tubuhmu masih kuat. Hai orang yang telah mencecah usia lima puluhan, telah hampir waktu pengambilan dan penuaian. Hai orang yang mencecah usia enam puluhan, kamu lupa kepada balasan seksa dan kamu lalai menyahut seruanku padahal kamu tidak mempunyai penolong."
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:
"Allah telah memberi peluang kepada seorang yang dilewatkan ajalnya sehingga usianya mencapai enam puluh tahun."
Diriwayatkan bahawa Malaikat Maut telah datang kepada Nabi Daud a.s, lalu Nabi Daud a.s bertanya: " Siapa kamu?" Malaikat Maut menjawab: "Aku adalah yang tidak takut kepada raja-raja, yang tidak boleh dihalang oleh mahligai dan yang tidak boleh dirasuah." Nabi Daud a.s berkata: "Jadi, engkau adalah Malaikat Maut." Dia menjawab: "Ya." Kata Nabi Daud: "Kamu datang kepadaku padahal aku belum bersedia lagi." Malaikat Maut menjawab: "Wahai Daud, di manakah si polan saudara maramu itu, di manakah si polan jiran tetanggamu itu?" Nabi Daud a.s menjawab: "Mereka telah mati." Malaikat Maut menjawab: "Tidakkah kamu mengambil iktibar pada mereka sebagai persediaan?"