Friday, November 11, 2011

Sunday, November 6, 2011

DAH LAMA...

Assalaamualaikum, dan selamat Hari Raya AidilAdha...

Cuba perhatikan last post yang aku tulis. September 2011... (= =")
Sangat lama aku tidak menulis. Bukan 2 minggu, bukan 3 minggu, bukan jugak 4 minggu. Tapi hampir 2 bulan aku tinggalkan blog aku yang comel ini...

Bukanlah tak mahu, bahkan ada banyak perkara yang ingin aku tulis. Cuma keadaan tak membenarkan. Internet di kolej kediaman, macam chipsmore. Kejap ada, kejap hilang. Bila ada, slow pulak. Sejak masuk semester yang baru ni, aku perlu buat satu mini projek dan cuba teka apakah itu? Haha, 'Braille typewriter'. Macam susah je nak buat. Sejak awal semester lagi dah sibuk untuk hantar proposal, lepas tu, kena cari maklumat pulak, kena cari bahan pulak. Tapi, sampai sekarang pun belum siap lagi.

Semester ni, fokus aku terlalu mudah hilang. Bahkan, kebanyakan masa dalam kelas dan kuliah aku sering melukis. Lukisan aku kebanyakannya adalah watak kartun. Minggu lepas, aku ada test pertengahan semester. Sepatutnya aku study, tapi sepanjang minggu tu aku melukis. Aku sendiri tak tahu kenapa aku melukis sedangkan aku dalam saat-saat genting untuk menghadapi test, bahkan aku sendiri tak faham sepenuhnya akan setiap subjek tu.

Dzulhaxif, 'roomate' aku sejak semester satu lagi ada mencadangkan agar aku hantarkan portfolio kepada abangnya ayng merupakan seorang pelukis. Huh! Layakkah aku? Layak atau tidak, itu belakang kira. Asep kata, kalau tak dapat buat komik pun, jadi 'character designer' pun jadilah...

Hmm... (O.=) 'Character designer'...
Menarik.... Ok, kadang-kadang, ada jugak terfikir yang aku ini seolah-olah tersilap bidang. Tidak dinafikan, aku memang sangat suka melukis. Bahkan sejaku kecil lagi aku suka melukis. Tidak dinafikan, mengikut kata kawan-kawanku sejak sekolah lagi, aku seorang yang pandai melukis. Cuma, sejak kecil lagi aku dididik dengan sains sehinggakan aku juga turut sukakan sains. Sebab itulah aku memilih bidang kejuruteraan.

Berkenaan cadangan Dzulhaxif (Asep) tu, bagus jugak idea dia. Siapa tahu, rezeki aku ada di situ. Mungkin aku boleh jadikan bidang lukisan dan komik ni, sebagai satu landasan dakwah. Komik islamik... (^_____^) Siapa sokong angkat tangan, (^^)/p...

Hmm... Aku harap ALLAH berikan masa depan yang terbaik untukku dan untuk ISLAM...

Ya ALLAH,
tidaklah aku tahu akan ketentuan-MU,
dan tidaklah kutahu akan masa depanku.

Namun kupercaya,
Di hadapanku ada masa depan yang cerah,
Walaupun ada yang gelap.
Dan kupercaya,
ENGKAU telah sediakan jalan yang terbaik untukku.

Untuk itu, kumohon berikanlah padaku
masa depan yang cerah itu...

Amiin...