Thursday, March 31, 2011

Keperluan vs Kehendak = Iman vs Nafsu

Assalaamualaikum....

Haha, baru beberapa hari lepas aku poskan satu entri dan kali ni aku poskan lagi entri baru... Sekarang aku masih lagi dengar lagu Allah Ya Allah Kiakaro.... Haha, best lah lagu ni....
Ok! Kali ni tentang apa pulak...? Jeng jeng jeng...... HUTANG......

Sebab apa? Mudah je. Baru-baru ni, ada seorang yang sanggup meminjam wang semata-mata untuk beli barang yang tidak penting. Hah! Sanggup? Memang sanggup. Duit PTPTN dia dah nak habis, nak makan pun dengar kata pinjam dari orang. Ok, mungkin masa nak makan tu tak ada duit memandangkan sekarang ni hujan 24 jam sehari jadi tak dapat amik duit kat ATM. Itu tak kisah sangatlah sebab makanan secara logiknya keperluan manusia untuk hidup. Bagi aku, tak kisahlah kalau dah terdesak...

Mungkin ada yang akan kata, "Kalau ALLAH nak matikan kita, kita akan mati jugak". Tapi kena ingat, secara logiknya kita kena makan untuk hidup dan ALLAH ada kata kita kena usaha, kalau tak DIA tak akan bantu. Jadi, kita kenalah makan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kalau tak kita mati sebab kebuluran semata-mata yakin ALLAH tak akan matikan kita dengan "KEBULURAN"... Tapi ini bab lain, mungkin masa yang lain aku cerita...

Ok! Masuk balik topik asal, HUTANG! Kita semua tahu hutang itu adalah meminjam wang dari seseorang dan perlu dipulangkan dengan jumlah yang sama tanpa kurang atau lebih sedikit pun. Kalau tak bayar balik, bukan hutang namanya.

Ok! Semua dah tahu makna hutang, jadi aku tak perlu terangkan dengan panjang lebar. Apa aku nak katakan di sini adalah, hutang ini memang diizinkan oleh ALLAH tetapi tidak pula digalakkan. Kenapa? Sebabnya mudah. Kalau kita jadikan berhutang sebagai satu amalan yang biasa, diri kita jugak yang akan merasa kesan sampingannya. Kesan sampingannya bukanlah kesan yang baik, tetapi lebih banyak kesan buruk. Nak tahu kesan-kesannya? Teruskan membaca....

Ok! Kesan yang paling mudah untuk kita terima adalah, jika sikap berhutang ini tidak dikawal kita akan terjebak dalam jumlah hutang yang terlampau besar sehinggakan kita tak mampu nak bayar. Tak usahlah aku ceritakan tentang balasan di akhirat, kat dunia ni pun kita dah boleh nampak impaknya. Huhu, susah sikit aku nak terangkan dalam bentuk ayat tentang ni. Sebelum ni, ramai yang dah bankrap disebabkan hutang yang terlampau besar. Tapi diorang ni ahli perniagaan, memang itu risikonya.

Ok! Tadi ahli perniagaan. Kita pernah dengar istilah "kad kredit". Apa itu kat kredit? Senang cakap, kad hutang. Pergi beli-belah kat shopping mall, tak bayar. Haha, ramai yang dah bankrap gara-gara kad ni sebab diorang tak reti nak kawal nafsu membeli diorang. Ok, itu kita cerita hari lain....

Balik kepada topik asal, Hutang. Adui haih, beli sesuatu yang tidak penting sedangkan wang dah tak ada. Pinjam duit dari orang pulak tu. Bukan sikit, banyak. Aku sebenarnya agak marahlah. Aku tahu kalau aku nasihat dia tak nak dengar, jadi aku sekadar tulis ajelah kat sini. Kalau dia baca, dia fahamlah kot (harap-harap dia faham). Siapa makan gula dia yang rasa manisnya, siapa yang makan asam, dia terasa masamnya,  dan siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. Haha......

Bukannya apa. Kita kena tengok jugak keadaan kita, mampu atau tak sekiranya kita nak beli benda-benda yang tak penting ni. Kalau kita mampu nak tampung perbelanjaan sementara tak jejaskan perbelanjaan untuk keperluan, tak apa lah. Tapi kalau kita tahu perkara asas pun dah susah nak tanggung, janganlah beli sesuatu yang sekadar kehendak.

Oh! Sekarang ada dua istilah berbeza, kerpeluan & kehendak. Mula-mula, definisi KEPERLUAN. Keperluan merupakan sesuatu perkara yang menjadi perkara yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Contoh paling mudah adalah makanan,pakaian dan tempat tinggal. Manakala kehendak adalah sesuatu perkara yang tidak menjadi keperluan dan jika tidak ada, tidak akan menjadi masalah kepada kehidupan seharian. Sebagai contoh, rumah yang terlampau besar, kereta yang terlampau mahal, motosikal yang terlampau mahal dan makanan mewah.

Haha, dah cukuplah setakat definisi, kita balik kepada perasaan marah aku tadi. Orang yang aku maksudkan tadi, bukanlah dari kalangan keluarga yang berkemampuan, bahkan kehidupan seharian keluarga dia pun dah susah. Rasanya aku tak perlu ceritakan lebih lanjut tentang keluarga dia, nanti membuka aib dia pulak. Aku tak kisah kalau keluarga dia kaya macam kawan kami sorang lagi. Kawan kami tu, duit PTPTN tak amik, duit belanja, PA MA tanggung. Jadi, kalau keluarga dia macam tu, aku pun tak kisah. Tapi hakikat sebenarnya keluarga dia adalah sebaliknya.

Ayah aku seorang guru yang boleh dikatakan golongan pertengahan. Maksudnya tak susah tapi tak kaya. Biasa je... Tapi, aku sendiri tahu nak bezakan keperluan dan kehendak. Ayah aku selalu kata, "Benda yang kita perlu kita beli, benda yang tak perlu toksah beli..."

YA! Aku tahu kita memang nak macam-macam. Aku pun ada benda yang aku nak sangat. Contohnya, handset yang ada mp3, kamera, bluetooth, radio, dan segala macam aplikasi lagilah. Tapi, aku tak beli walaupun secara teorinya keluarga aku mampu nak support. Itu keluarga aku, bukan aku. Aku tak ada duit nak beli telefon bimbit semahal tu, ayah aku yang berduit. Aku nak jugak telefon macam tu. Tapi, benda tu semua bukan keperluan aku, jadi aku tak beli pun. Buat masa sekarang aku cuma gunakan telefon NOKIA yang entah apa modelnya aku pun tak tahu. Aku cuma tahu, tak ada mp3, tak ada kamera, tak ada aplikasi-aplikasi yang pelbagai macam telefon orang yang aku tengah marah ni.

Jadi, kenapa nak ikut nafsu? Tak payahlah.... Nanti diri sendiri yang merana. Buat masa sekarang memang kita seronok tapi bila sampai masa hadapan nanti kita tak mampu nak bayar balik, kita merana. Dia pinjam sekarang untuk beli benda mahal tu, aku risau nanti bila masuk semester-semester depan, dia tak cukup duit untuk makan sebab kena bayar hutang. Lepas tu hutang lagi untuk makan pulak. Masuk semester seterusnya, hutang lagi...

Hello...!!! Fikirlah jugak untuk masa depan, bukan masa sekarang je.... Dahlah, aku rasa cukuplah setakat tu, malas aku nak tulis panjang-panjang lagi....

Assalaamualaikum...........

No comments: