Sunday, October 6, 2013

MIMPIKU...

Ahad; 6 Oktober 2013


Semalam, aku bermimpi satu perkara. Aku berkeliaran di salah sebuah kota di tempat yang aku kenali sebagai Mesir. Walaupun aku tidak pernah ke sana, tapi aku seolah-olah tahu bahawa aku sedang berada di Mesir dan aku sedang berkeliaran di salah satu kota yang terdapat di sana. Aku tidak tahu apa tujuan dan arah tuju aku.

                Sedang aku berkeliaran di sana, aku melihat banyak kotak-kotak besar yang berbentuk seperti peti mesin untuk membeli air tin dan kotak-kotak itu terdapat di merata tempat di sana. Kedudukannya yang berada di kaki-kaki lima, di luar kedai memudahkan manusia untuk mengenalinya.

Namun, kotak-kotak itu bukanlah untuk membeli air tin. Sebaliknya, kotak-kotak itu adalah sebuah bilik kecil yang disediakan untuk digunakan oleh sesiapa sahaja bagi meluahkan perasaan atau mengakui dosa-dosa mereka. Dalam erti kata lain, bilik-bilik itu sama seperti bilik pengakuan dosa yang terdapat di gereja kristian. Lebih mengejutkan, bilik-bilik itu digunakan oleh manusia di sana yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim.

Mengejutkan? Ya! Memang mengejutkan. Tidak berapa lama berkeliaran di kota itu, aku terjaga dari tidur…

Tafsiran
Aku bukanlah orang yang layak untuk membuat tafsiran mengenai mimpi. Bahkan aku jauh dari layak kerana hanya hati orang-orang yang sangat dekat dengan ALLAH sahaja yang layak untuk mentafsir mimpi. Bagaimana pun, aku seolah-olah dapat membuat kesimpulan dari mimpi aku. Seorang ahli hadis pernah mengajar aku bahawa, mimpi umat Islam di akhir zaman ini kebanyakannya adalah benar-benar petunjuk dari ALLAH. Mungkinkah ini petunjuk dari ALLAH? Hanya ALLAH yang tahu…

1.   1) Kewujudan bilik-bilik seperti bilik pengakuan dosa menunjukkan bahawa amalan itu adalah sesuatu yang telah diterima masyarakat di sana walaupun ia adalah amalan dari Kristian. Hal ini menunjukkan bahawa pengaruh Kristian atau Yahudi sangat kuat di sana.

2.  2)  Hakikat bilik-bilik itu terdapat dengan banyaknya di kaki-kaki lima menunjukkan bahawa amalan itu tidak dihalang, malah dibenarkan oleh penguasa di sana.

Kalau aku kaitkan dua perkara di atas, aku dapat simpulkan bahawa Kristian atau Yahudi mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap penguasa di sana. Lebih menyedihkan, tiada orang yang menentang amalan yang terang-terang bercanggah dengan Islam itu. Jadi, aku membuat kesimpulan bahawa:

1.    1)   Ikwanul Muslimin tidak lagi berada di sana. Mereka telah benar-benar kalah, mungkin telah syahid semuanya atau telah berpindah ke tempat lain. Aku tak pasti…

2.     2)   Mesir akan terus dikuasai oleh penguasa yang zalim, penguasa yang mungkin telah dipengaruhi oleh Yahudi sepenuhnya.

Kesimpulan yang aku buat ini, boleh jadi sesuatu yang akan berlaku di masa depan nanti. Tapi, aku bukanlah seorang Muslim yang terlalu dekat hatinya dengan ALLAH. Boleh jadi, makna yang sebenar bukanlah seperti yang aku faham. Walau bagaimanapun, aku lebih yakin bahawa mimpi ini mempuyai suatu makna. Cuma aku tidak tahu makna yang tepat. Sesungguhnya, ALLAH jualah yang Maha Mengetahui sesuatu… Walau apa pun, teruskanlah berdoa untuk pejuang Islam di sana…


Ya ALLAH! Selamatkanlah saudara-saudara Islam kami di sana…
There was an error in this gadget