Sunday, October 6, 2013

MIMPIKU...

Ahad; 6 Oktober 2013


Semalam, aku bermimpi satu perkara. Aku berkeliaran di salah sebuah kota di tempat yang aku kenali sebagai Mesir. Walaupun aku tidak pernah ke sana, tapi aku seolah-olah tahu bahawa aku sedang berada di Mesir dan aku sedang berkeliaran di salah satu kota yang terdapat di sana. Aku tidak tahu apa tujuan dan arah tuju aku.

                Sedang aku berkeliaran di sana, aku melihat banyak kotak-kotak besar yang berbentuk seperti peti mesin untuk membeli air tin dan kotak-kotak itu terdapat di merata tempat di sana. Kedudukannya yang berada di kaki-kaki lima, di luar kedai memudahkan manusia untuk mengenalinya.

Namun, kotak-kotak itu bukanlah untuk membeli air tin. Sebaliknya, kotak-kotak itu adalah sebuah bilik kecil yang disediakan untuk digunakan oleh sesiapa sahaja bagi meluahkan perasaan atau mengakui dosa-dosa mereka. Dalam erti kata lain, bilik-bilik itu sama seperti bilik pengakuan dosa yang terdapat di gereja kristian. Lebih mengejutkan, bilik-bilik itu digunakan oleh manusia di sana yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim.

Mengejutkan? Ya! Memang mengejutkan. Tidak berapa lama berkeliaran di kota itu, aku terjaga dari tidur…

Tafsiran
Aku bukanlah orang yang layak untuk membuat tafsiran mengenai mimpi. Bahkan aku jauh dari layak kerana hanya hati orang-orang yang sangat dekat dengan ALLAH sahaja yang layak untuk mentafsir mimpi. Bagaimana pun, aku seolah-olah dapat membuat kesimpulan dari mimpi aku. Seorang ahli hadis pernah mengajar aku bahawa, mimpi umat Islam di akhir zaman ini kebanyakannya adalah benar-benar petunjuk dari ALLAH. Mungkinkah ini petunjuk dari ALLAH? Hanya ALLAH yang tahu…

1.   1) Kewujudan bilik-bilik seperti bilik pengakuan dosa menunjukkan bahawa amalan itu adalah sesuatu yang telah diterima masyarakat di sana walaupun ia adalah amalan dari Kristian. Hal ini menunjukkan bahawa pengaruh Kristian atau Yahudi sangat kuat di sana.

2.  2)  Hakikat bilik-bilik itu terdapat dengan banyaknya di kaki-kaki lima menunjukkan bahawa amalan itu tidak dihalang, malah dibenarkan oleh penguasa di sana.

Kalau aku kaitkan dua perkara di atas, aku dapat simpulkan bahawa Kristian atau Yahudi mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap penguasa di sana. Lebih menyedihkan, tiada orang yang menentang amalan yang terang-terang bercanggah dengan Islam itu. Jadi, aku membuat kesimpulan bahawa:

1.    1)   Ikwanul Muslimin tidak lagi berada di sana. Mereka telah benar-benar kalah, mungkin telah syahid semuanya atau telah berpindah ke tempat lain. Aku tak pasti…

2.     2)   Mesir akan terus dikuasai oleh penguasa yang zalim, penguasa yang mungkin telah dipengaruhi oleh Yahudi sepenuhnya.

Kesimpulan yang aku buat ini, boleh jadi sesuatu yang akan berlaku di masa depan nanti. Tapi, aku bukanlah seorang Muslim yang terlalu dekat hatinya dengan ALLAH. Boleh jadi, makna yang sebenar bukanlah seperti yang aku faham. Walau bagaimanapun, aku lebih yakin bahawa mimpi ini mempuyai suatu makna. Cuma aku tidak tahu makna yang tepat. Sesungguhnya, ALLAH jualah yang Maha Mengetahui sesuatu… Walau apa pun, teruskanlah berdoa untuk pejuang Islam di sana…


Ya ALLAH! Selamatkanlah saudara-saudara Islam kami di sana…

Friday, September 13, 2013

ustaz_boy : Semester baru

Assalaamu'alaikum..
sorry, lukisan tak lawa...
kalau ada nak (kritik + komen + cadangan + idea), dialu-alukan..


Tuesday, September 3, 2013

i am jobless... dan sekarang petrol naik 20 sen

Assalaamu'alaikum....

buat masa ni, aku hanya bekerja sebagai maintenance technician yang mana majikan aku adalah bapa aku sniri dan tempat aku bekerja adalah tempat tinggal aku, iaitu rumah ayah aku... gaji aku hanyalah makanan setiap hari.... well, aku kena buat penyelenggaraan kat umah ni..

Anyway, hari ni aku bangun pada jam 2.30 pagi dan mendapat berita petrol RON 95 naik 20 sen... dan aku still JOBLESS... By the way, parti yang memerintah Malaysia buat masa ni adalah BeEnd...

Ok! kita tengok balik sejarah Malaysia yang tak lama sangat... Dalam 4 bulan lepas... BN berjanji dalam PRU 13 tu utk:
1. TDK menaikkan harga petrol
2. NAIKkan BR1M jadi RM 1200

tapi hari ni apa jadi?
1. petrol NAIK RM 0.20... And furthermore,
2. PM Najib kata nak  KAJI  utk naikkan BR1M...

Apa ni...?~~~ dia dah mungkir janji nombor satu yg aku tulis tu... then dia kata nak  KAJI  pulak ttg naikkan BR1m.. bila kata "kaji", maknanya belum tentu jadi RM 1200... boleh jadi tak naik... boleh jadi naik sikit aja.... ayat "nak kaji" tu menunjukkan ketidakpastian... ini juga satu bentuk mungkir janji...lain kali, kaji dulu barulah berjanji... antara sifat munafik termasuklah, memungkiri janji... jadi boleh dak aku katakan BN ni munafik...? hangpa pikir lah sniri... aku takleh hukumkan depa munafik mcm tu ja... aku bukan alim ulama.. So, mmg aku nmpak BN ni takleh nak percaya langsung lah....

Ok...! sudah-sudah lah dengan emo ni, kan.... kita cuba bincang dengan fakta... bila harga petrol naik, secara automatik harga barang lain akan naik... jadi secara tak langsung kos hidup akan naik... cuba kita fikir pulak, masa depan kita... macam aku ni, baru je habis belajar dan aku berhutan dgn PTPTN... bila dah kerja, beli kereta, beli umah mknanya 3 bnda ni aku kene bayar...

1. bayar PTPTN (hutang)
2. bayar ansuran kereta (hutang)
3. bayar ansuran umah (hutang)

See... hidup kita berhutang, bertahun-tahun... harga minyak naik pulak... lagilah tinggi kos sara hidup... PM kata, naikkan harga petrol sbb nak naikkan ekonomi Malaysia... Tapi aku tak fham, mcm mana boleh naikkan ekonomi Malaysia...? ya, mmg dah kurangkan perbelanjaan negara terhadap subsidi minyak.. tapi, kos sara hidup rakyat pun bertambah, so apa guna... orang kaya mmg tak terasa, tapi org tak kaya mcm family aku, dan org yg jobless mcm aku ni mmg terasa.. apatah lagi bila byk guna transport...

BR1M.... bg aku bnda ni bukannya bntu rakyat pun... bayangkan, orang yng dapat natang tu akan habiskan duit tu dalam sekelip mata ja... silap-silap, ada yg guna duit tu pi tikam nombor ekoq... aku tak nafikan, natang tu bntu rakyat serba sikit... tapi bnda tu utk jgka masa yg sgt pendek... apalah sgt kita boleh buat dgn beberapa ratus tu..? tambah lagi, BR1M tu cuma tmbah perbelanjaan negara aja... mknanya, duit negara habih mcm tu ja.... malah, bnda tu buat rakyat lbh bergantung kat kerajaan yang secara tak langsung buatkan depa malas nak usaha lebih... bila dah jadi mcm tu, kerajaan terpaksa berbelanja lbh byk utk org mcm ni di masa dpan nnti... lagilah cepat duit negara habih...

apa kata, klau lah PM tu buat program supaya rakyat ubah mentaliti untuk usaha menjana duit sniri...? aku tak kisah klau bagi pinjaman untuk rkyat bukak perniagaan... at least, bila dah meniaga depa akan jana pendapatan sniri secara konsisten dan bukan bergantung kat kerajaan aja... last-last kerajaan dapat balik duit.. tak da lah hbih mcm tu shj tnpa pulangan...

REBATE utk fon... ni pun masalah.... dia pi galakkan org tukaq telefon.. konon utk dedahkan rakyat dgn teknologi terkini... mana ada smua tu.... tipu ja... bnda ni buat rkyat lbh boros lagi... telefon yg boleh dibeli dgn hrga cukup-cukup RM 200, mana smpai spesifikasi yg canggih pun... takat ada kamera 2.0 mpxl, ada bluetooth, x ada internet, x da wifi... baik tak payah... henset mcm tu boleh beli dgn harga bawah RM 100... klau nak yg ada internet + wifi, nak kena tambah at least RM 50... tak ka rasa rugi ja...?

apa aku nmpak, kerajaan skrg ni tgh ajar rakyat dia untuk bersikap boros... ini aku tak masuk campur bab ketirisan duit, rasuah dan sebagainya lagi... aku tak ada ilmu dlm bab-bab tu.... klau betui bnda-bnda tu wujud, mmg nak kena tendang keluaq dar negara ni lah.... lagi aku sakit hati bila ada pulak penyokong-penyokong depa bagi hujah, "klau tak berkenan dgn kerajaan, tak payah duk kat Malaysia ni..."..

(OO)

hujah tu yg dia bagi...? ingatlah, pemimpin tu pun manusia jugak... dia pun boleh buat salah... asal beza pendapat, suruh tukaq warganegara... asal tak setuju, suruh pi duk negara lain... logik apa lah depa pakai ni..? pemimpin tu pun manusia, kita sbg rkyat ada hak utk tegur... lagipun beza pendapat perkara biasa.. takkan smpai kna tukar warganegara...? pemimpin tu manusia jugak, takkan nak ikut buta tuli.... kita cuma boleh ikut buta tuli, ALLAH ja.... DIA yg cipta kita... pasai pa nak pertikai DIA...? kita still boleh pertikai manusia...

Conclusion-nya, aku tak setuju dgn BN sbb:
1. depa mungkir jnji utk TIDAK naikkan harga petrol
2. hari depa kat nak KAJI pulak BR1M tu.... hari tu cakap mcm konpom nk naikkan...
3. bazirkan duit negara...

aduih... aku tak tau apa nak jadi kat Malaysia ni nnti....

Wednesday, August 28, 2013

TODAY...

Assalaamu'alaikum...

Hari ni, 28 Ogos 2013: birthday adik pompuan aku.... Haha... tapi, kami satu keluarga tak sambut birthday pun...

Semuanya berkaitan dengan universiti dah selesai. Masa aku tengok kat portal, aku dah dikira sebagai graduan. Alhamdulillah. Dan yang paling aku tak sangka, Projek Tahun Akhir aku dapat gred A-. Seronok woo.... Alah, oghang boleh cakap, "Itu A-, bukan A..." Mana tak seronoknya... Masa aku buat projek tu, rasa macam nak lulus pun dah susah apatah lagi nak dapat A... Toksah nak mimpi pun... Tapi bila aku dapat keputusan untuk semester ni, betapa aku bersyukur kat ALLAH... Aku memang tak sangka, bukan setakat dapat C aje.... Aku dapat A-  tu......

Oh! Buat masa ni, aku masih lagi duduk kat rumah mak ayah, sambil menghadap komputer setiap hari. Hari tu, pergi kerja partnership dekat WD. Masa tu, memang aku tak raya lah... Sejak dari hari tu, aku ada masalah untuk tidur. Masalah ni berlanjutan sampai sekarang... Setiap malam aku cuma boleh tido antara 2 hingga 3 jam sahaja, kemudian aku akan tido sampai 4 jam pada waktu siang... Huh.. Susah hidup aku macam ni... Aku dah cuba betulkan waktu tido aku, tapi masih tak betul lagi..

Setiap hari, aku akan surf internet untuk beberapa perkara:
1. tengok kartun/anime
2. baca komik
3. cari kerja kat jobstreet
4. cari kursus kemahiran

Aku buat benda tu hari-hari sampai aku dah buntu untuk taip keyword company... Aku nak melukis, tapi idea untuk melukis belum sampai... Ada sesetengah perkara, aku tak dapat nak lukis. Sebabnya, aku tak tau nak bagi tahu macam mana. Tapi, benda tu bukan sesuatu yang mudah untuk disampaikan melalui lukisan... 

By the way, aku teringin sangat nak jumpa dengan seseorang. Masa tu aku masih lagi kerja kat WD tu... Kebetulan dia pun duduk kat sana. Memang kami bercadang nak jumpa. Tapi dia kata, dia tak berkesempatan sebab masih ada kerja yang perlu dia siapkan. (=.=)
 .
.
.

Tak apalah. Ada jugak hikmah tak dapat jumpa... Tapi, seriously, aku memang teringin sangat nak jumpa dia... Well, walaupun aku masih tak tahu nak sembang apa dengan dia aku masih rasa nak jumpa dia. Dapat tengok muka pun jadilah... Tapi, bagi aku.. Aku sebagai seorang lelaki, aku perlu utamakan mak ayah aku. So, aku mesti pastikan aku ni lebih kerap jumpa mak aku, daripada pergi jumpa dia... Aku rasa bersalah kalau aku jumpa dan sembang dengan dia, lebih daripada aku sembang dan jumpa dengan mak aku... Sorry, aku masih ada emak untuk aku patuh...

Anyway, kiamat dah dekat sangat dah. Banyak tanda-tanda dah boleh kita tengok. Bencana alam dah makin banyak, perang pun dah kerap kita dengaq, pemimpin-pemimpin pun dah ramai yang tak layak sebenaqnya, ulama-ulama pun dah makin ramai yang tinggalkan kita (meninggal dunia), maksiat pun dah makin banyak... So, janganlah duk enjoy sangat hidup tu... Dunia, dunia lah jugak. Tapi sampai lupa akhirat, itu yang salah...

Tuesday, July 2, 2013

ALHAMDULILLAH...

Assalaamu'alaikum....

Huu... lama dah tak menulis kat sini...
FYP report, dah siap dan viva pun dah settle.... sekarang ni cuma tinggal untuk aku send corrected report dgn technical report. Hati manyak senang.... Alhamdulillah, insyaallah hari ni semuanya settle. for the time being, aku duduk kat umah member aku (still kat kolej kediaman, tapi umah n bilik membe aku. bkn aku punya)... diorang tgh tidur.. maybe sbb smalam diorg tido lambat kot.. huu, nak dakwah ni susah... tambahan lagi klau nak dakwah kat org yang susah bangun pagi... mmg payah lah org macam tu nak bangun pagi...
anyway, hati aku lega...

dalam sebulan dua ni, fahmi ada suggest kat aku ttg apa aku nak buat dgn bakat aku... dua mlm lepas pun, wan panjang suggest kat aku. stay dgn engineering, tapi dalam masa yang sama kembangkan bakat aku... jual lukisan-lukisan aku, amik upah utk design penanda buku, design poster, or something like that... nak buat tak susah. aku cuma perlukan sebuah blog dan sambungan internet... hmm... maybe sesuai dgn aku, sbb aku ni jenis yang keje duduk depan lappy aku je memanjang..

dua mlm lepas jugak, aku tgok kat student-mail aku, ada tawaran untuk sambung blajar buat master. ada 3 options, tapi aku ingat nak  buat master dalam management and bussiness administration.. takkan aku nak keje makan gaji aje, ye tak..?

aku tak tau apa lagi nak tulis... yang aku tahu, hati aku mmg byk lege... rsanya, mmg ALLAH bg petunjuk supaya aku stay dgn engineering.. DIA mmg tahu apa yang terbaik untuk aku, dan setiap hamba2-NYA... dalam masa yang sama, aku boleh jadikan hobi aku sebagai side-income.. so, tgoklah lukisan aku yang tak seberapa...tapi, aku tak pandai lagi dalam seni tulisan ni, so tak berapa lawa lah... komen korg adalah amat digalakkan.. oh ya! sorilah, post yang lepas byk sgt salah ejaan.. mgkn sbb otak aku terlampau serabut masa tu... XD



Tuesday, May 28, 2013

MY TODAY, AND MY FUTURE....

Assalaamu'alaikum....

Hari ni...
Esok dah kena hantar draf report FYP...
tapi banyak lagi tak siap..
projek pun tergendala kejap sbb partner masih kat perak dan barang2 pun masih kat dia..
aku pulak. . .

.
.
.

otak hampir tak betul..
aku rasa macam dah hilang minat terhadap engineering nih..
ya, org boleh kata,
"ini yang ALLAH tetapkan, terimalah dan usahalah sungguh2..."
tapi, mcm mana kalau perkara yang berlaku skrg ni sbnarnya adalah petunjuk dari ALLAH bahawa haluan kita dah salah dan perlu mengikut haluan lain...

aku tak tau nak tulis mcm mana, harap korg paham...
mcm mana klau apa yg aku rasa ni sbnarnya, sbg permulaan untuk something lbh baik yang ALLAH tetapkan utk aku...

dalam hati aku, mcm ada rasa nak bukak perniagaan sendiri..
just, aku tak tau nak meniaga apa...
aku ada fikir, klau aku bukak perniagaan, aku nak bukak kedai buku...
sbb aku minat dgn buku...
klau boleh aku nak kmpul byk buku, tak kira buku jenis apa pun...
malah, buku tulis pun aku minat utk kumpul...
dan klau boleh, kat kedai buku aku tu jugak ada tempat utk org baca buku...

but, aku cuma tau meluks aja...
lepas 4 tahun aku belajar engineering ni,
aku rasa macam aku tak tahu amende pun...
bila aku nak buat project, aku blur...
then, bila aku start sketch utk buat project aku,
imej lain pulka yang keluar..
dalam kpala aku penuh lukisan...
terlalu byk lukisan..
macam nak jadi pelukis komik pun ada...
tapi, aku tak ada jalan cerita,
dan aku jugak tak pandai buat jalan cerita..

aku serabut....
nak jumpa supervisor aku pun rasa malu...
mana tak nya, project terlalu kauh dari nak siap,...
then, kat bilik apa aku buat..?
melukis..
aku tak tau brapa banyak dah aku melukis..
terlalu banyak...
ada yang aku simpan, ada yang aku buang..

tadi, pergi tengok requirement utk kerja kat animonsta studio...
of cos, melalui internet..
surprisingly, aku tak ada semua requirement dia...
diploma or degree, mesti dalam bidang animasi, IT or yg related to animasi...
aduh....
mcm jauh lagi utk aku jadi, at least character designer...

yeah, aku tak mampu mlukis komik..
aku hanya mampu melukis satu-satu watak, then aku lukis watak yang lain...
komik yg aku lukis pun simple ja....
jalan cerita yang sangat pendek...
apa pun, aku rasa mcm nak lukis komik dakwah...

but, ideas not always coming into my head...
dia datang skali skala ja...
plg aku takleh tahan, time lcturer bagi kuliah,
time tu jugaklah mcm2 idea mai kat kpala aku...
then bila aku sedar, kuliah dah habis...
jadinya, aku tak tau apa yang lcturer tu ajaq...
masa tu, jem pala otak....

nmpak mcm aku tak layak jadi pelukis komik, kan....?
tapi, aku sniri tak rasa aku layak jadi engineer...
mana taknya, programming pun dah sangkut...

bila aku pikir balik, aku tak tau apa aku buat dalam 4 tahun ni...
dalam sbulan dua ni,
slalu jugak aku teringat kata2 ayah aku...
"gheja makan gaji ni, tak leh pi mana... nak keja gheja sniri baru senang..."


yeap, aku agree.....
totally agree....
tapi aku tak tau nak buat gheja apa kalau nak gheja sniri...
aku ada pikir utk bukak kedai alat tulis kat tanah ayah aku dekat2 dgn sintok...
pelan2, aku besarkan jadi kedai buku dan akus sediakan ruang utk org baca buku kat sana...
ruang tu mungkin free, mungkin bayar sikit....
then, aku nak bukak pulak cawangan kat tempat lain..
but that means, aku mungkin kahwin lmbat...
sbb ayah aku bg 4 syarat utk kawen...
1. tamat mengaji
2. ada kereta sniri
3. ada umah sniri
4. pendapatan tetap.

(=_____=")

yg no 1, dah tak lama dah....
tapi, yg lagi 3 tu...
entah bila baru aku boleh kawen klau mcm ni...
tambahan lagi bila aku pikir syarat no 4 tu....

(T____T " )

K A W E N . . . .

ni satu lagi masalah...
bila aku pikir, aku rasa mcm aku ni dah jatuh tahap wajib dah...
nampak budak kecik, ingat nak kawen...
nmpak org tua, ingat nak kawen...
nmpak org2 muda, ingat nak kawen...
even drama kat TV pun aku tak sanggup nak tgok...
so, cerita ygn aku tgok hanyalah RunnnigMan, Fairy Tail, Kamen Rider....
3 crita ni lah yang aku tgok kat internet tiap2 minggu...
ye lah, dalam smua crita ni, mana ada bnda yang boleh ingatkan aku pasal kawen....
klau drama kat TV, mmg tak lepas pikir pasal kawen....
tak kiralah drama negara apa, bahasa mana pun..
smuanya bg efek yang sama kat aku...

huh....
bila aku tgok balik, mmg 3 crita ni ja yang aku tgok...
menyedihkan betui aku ni...
x ada crita lain ka nak tgok...?
ada jugaklah, skali skala member bukak movie...
aku pi tumpang tgok....
harap aku nak cari sniri, mmg taklah...

engineering...?
aku rasa mcm nak lempaq jauh-jauh....

dakwah..
komik...
seni...
motivasi...
aku rasa mcm nak libatkan diri aku dgn smua ni...

tapi, motivasi...?
aku sniri mcm dah tak ada motivasi, mcm mana aku nak memotivasikan org...?

tapi, itulah yang aku minat...

aku tak tau....
aku penin....

tiap2 mlm, masa, hari, minggu, bulan...
aku hanya mampu doa supaya ALLAH bagi aku kekuatan utk hbiskan mengaji ni...
supaya ALLAH bagi aku rezeki yang paling baik...
supaya ALLAH bagi aku, masa depan yang plg baik bg aku dan agama aku...

tu ja kot, hanyalah sbhgian dari apa yang ada dalam pala aku...
aku dah tak tau nak habaq mcm mana....





Saturday, May 25, 2013

Tuesday, April 30, 2013

Pesanan Syeikh Solah Al-Budair; Imam Masjid Nabawi


Selasa; 30 April 2013

                Alhamdulillah, ALLAH telah kurniakan kepada aku masa yang sungguh bermanfaat. DIA telah takdirkan aku untuk melihat pengumuman tentang program tadi. Syeikh Solah Al-Budair, imam Masjid Nabawi datang ke Masjid Terapung Al-Hussein Kuala Perlis untuk meberikan tazkirah. Masyaallah, kata-kata yang ringkas tetapi penuh berisi. Beginilah kata-kata orang yang berilmu, lebih-lebih lagi para ulama.

                Kata-kata beliau yang disampaikan dalam bahasa Arab kedengaran sungguh indah meskipun aku tidak benar-benar memahami maksudnya. Diterjemahkan pula oleh imam Masjid Terapung Al-Hussein, Ustaz Hafiz membuatkan hatiku terkesan. Kata-kata Syeikh Solah memang memberi makna yang sangat mendalam setelah diterjemah. Allahuakbar, ringkas tetapi sangat padat.

                Aku tak dapat mencatat kesemua pesanan beliau. Hanya sebahagian sahaja yang sempat aku catatkan. Terdapat juga sebahagian yang sahabat-sahabat aku catatkan ketika aku menghantar seorang sahabat yang lain ke stesen bas. Antara pesanan beliau:

1.       Peliharalah solat 5 waktu dalam waktunya dan secara berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w;
“Barangsiapa yang memelihara solat, ALLAH akan memberi kesenangan dan cahaya di hari akhirat.”
Sesiapa yang tinggal solat berjemaah samalah seperti meninggalkan sunnah Rasulullah s.aw.
2.       Jangan putuskan silaturrahim. Sesungguhnya seorang muslim itu bersaudara kepada muslim yang lain.
3.       Peliharalah ister-isteri dan wanita-wanita kamu dengan baik.
4.       Hendaklah kasih-mengasihani sesama manusia; yang kaya mengasihani yang miskin, yang kuat mengasihani yang lemah.
5.       Barang siapa yang bersumpah, bersumpahlah dengan nama ALLAH.
6.       Janganlah memakai tangkal kerana ia perkara syirik.
7.       Jauhilah perkara-perkara sihir atau tukang tilik.
8.       Jika ingin berdakwah, berdakwahlah dengan kelembutan. Sampaikanlah ilmu dengan penuh kelembutan dan kasih sayang kerana hasil dari kelembutan itu lebih banyak dari kekerasan.
9.       2 perkara yang kalau kita pegang, tidak akan sesat selamanya; iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Ya ALLAH, jadikanlah kami orang yang kuat untuk mengikut perintah-MU.



Friday, April 19, 2013

sibuk ni..

Assalaamu'alaikum....
skrg tgh sibuk, tapi bnda ni kena siapkan jugak....
__________________________________


Assalaamu'alaikum....
skrg tgh sibuk, tapi bnda ni kena siapkan jugak....
__________________________________


Monday, January 21, 2013

HELLO, HELLO MY NEW WORLD

Assalaamu'alaikum...
Subarashiki sekai ===>> wonderful world....
___________________________________________

OO?  wonderful world? of cos lah syurga kan.... well.. aku tak rasa mcm nak tulis gunakan bahasa yg btul, mlm ni, aku nak jugak guna bahasa rojak & bhsa SMS... XD

hari ni, last day utk sem ni... hari ni jugaklah aku kena present untuk mid viva.. dan, presentation tu tak lah berjalan dgn baik... well... hahaha, cnfomlah stdnt mcm aku ni kena "tembak" dgn ahli panel... ilmu ttg design blum cukup, walau pun dah belajar.. (0_____________________0)  kitorang krg dlm bab2 nak apply kat dalam hidup... lepas ni, prgram 3P pulak, Program Pentauliahan Professional... 2 minggu lebih jugaklah.. tapi, sbg final year stdnt, bukannya boleh cuti sgt slagi fyp tak siap...


(O____O")     wait, apa bnda "subarashiki sekai" tu....?

the words that come after that, show the meaning...
mana aku dapat bnda ni.? well, one day, kawan aku sruh aku dgr satu lagu, masa tu kami duk dlm kreta dia... so, dia pun pasanglah lagu yg dua nk kami dgr tu... guest what? i like the song... lagu tu lagu apa? apa yg aku minat...? well, subarashiki sekai tu, tajuk lagu tu dan YES! lagu tu adalah lagu jepun.. walaupun tak faham apa mksd lagu tu, tp bila dgr lagu tu, dpt merasakan yg lagu tu adalah lagu yg positif...

haaaa...... tang ni lah yg aku nak komen pasai lagu melayu zaman skrg ni... mana tak nya... lbh byk lagu pasai cinta, byk sgt yg hanya skadar luah prasaan kat buah hati.. well, aku tak kata itu salah... cuma aku nak kata smua tu tak guna... bayangkanlah, ada satu lagu ni, "baby baby baby jgn kau marah, sbb kutolak.."  hah!!!.. apa ni....? then, ada pulak lagu yg mcm ni, "mmg, x ada lelaki, seseksi aku.. tp yg lbh, seksi, byk..."
oohh...... buat aku teringat kat video mat luthfi yg berkisar ttg lagu malaysia ni.. pi lah cari sniri, dan aku mmg stuju dgn dia.. nk tulis kat sini, aku tak larat lah...

seriously, aku lbh suka lagu2 lama... dah lah tak menjerit2 mcm lagu2 skrg, ada unsur2 nasihat pulak tu... ini baru lah seni namanya.... lagu2 skrg ni, bg aku, smpah ja.... mcm lagu jepun ni, kalau tgok mksud dia, pergh.... dlm lagu tu ada pgharapan, ada kata2 smgt... lagu malaysia yg skrg ni, pi lah tgok sniri.... then nilailah... ada ka kata2 smgt, ada kta2 nasihat tak...? ni lah yg buat anak2 muda makin lalai... lagu2 pun dh buat depa lalai... lirik2 lagu pun ajak org jadi lalai, lupa akhrat, lupa dunia, buang adab2 dan tatasusila...

so, jgn tnya knapa aku suka lagu2 lama mcm lagu2 ramli sarip dan sm salim, dan jugak lagu2 jepun....

_____________________________________________________


well.... aku sbnrnya.. ada lagi satu bnda nak tulis... mmm... welll..... basicaly.... tahun ni... umur aku dah 23 tahun... wlaupun ada lagi hmpir 9 bulan utk cukup 23 tahun... dan... aku... tak nak kawen lewat.. ooh.... kawen... oghang kata, kalau nk kawen, simpanlah duit.. yeah, easier to say then done, for me lah.... mana taknya, duit ptptn dapat sparuh je.. bayar yuran unimap ni, tggl RM 200 je utk spjg satu semester... sah2 lah ayah aku kna tolong tanggung.. well, ok jugak.. x adelah aku tanggung beban hutang lpas hbis blajar nnti... wait, pasal kawen... simpan duit, yeah.. simpan duit.. mcm mana aku nak simpan...? bila duit poket dah nak habih, aku akan bukak dompet... then, tgok isi, brapa byk duit yg tinggal... then pkir... "duit nk hbih.. tp, syglah pulak nk mintak kat ayah.. adik2 ramai lagi nk guna duit tu..." so aku pun gunalah duit yg masih berbaki tu, walaupun asalnya nak simpan sikit.. mknanya, duit yg aku nk simpan tu, aku guna jugak utk blanja seharian, akhirnya.. tak jadi simpan... 

yaaa... ada org kata, dapat2 tu, simpanlah dlm bank siap2.. aku prnh buat, dan cuba teka apa jadi..?   bila duit nk habih, aku kluarkan balik and prkara ni jadi bukan skali-2.. tapi dah byk kali...

huhu.. kawan aku dapat kata, dia punya supervisor tawarkn sapa2 aja utk smbung buat master under supervisor tu... wui.... bkn snang nk dapat tawaran mcm tu... dia siap nk bg elaun lagi... elaun pulak dalam bulanan... sapa2 pun boleh, tnpa mengira pointer... tp, kerja knalah siap, dan memuaskan hati dia... well... still tu tawaran yg sgt baik...

mak ayah aku harap aku smbung master... tp aku nk kawen cepat... (#________#")