Sunday, October 6, 2013

MIMPIKU...

Ahad; 6 Oktober 2013


Semalam, aku bermimpi satu perkara. Aku berkeliaran di salah sebuah kota di tempat yang aku kenali sebagai Mesir. Walaupun aku tidak pernah ke sana, tapi aku seolah-olah tahu bahawa aku sedang berada di Mesir dan aku sedang berkeliaran di salah satu kota yang terdapat di sana. Aku tidak tahu apa tujuan dan arah tuju aku.

                Sedang aku berkeliaran di sana, aku melihat banyak kotak-kotak besar yang berbentuk seperti peti mesin untuk membeli air tin dan kotak-kotak itu terdapat di merata tempat di sana. Kedudukannya yang berada di kaki-kaki lima, di luar kedai memudahkan manusia untuk mengenalinya.

Namun, kotak-kotak itu bukanlah untuk membeli air tin. Sebaliknya, kotak-kotak itu adalah sebuah bilik kecil yang disediakan untuk digunakan oleh sesiapa sahaja bagi meluahkan perasaan atau mengakui dosa-dosa mereka. Dalam erti kata lain, bilik-bilik itu sama seperti bilik pengakuan dosa yang terdapat di gereja kristian. Lebih mengejutkan, bilik-bilik itu digunakan oleh manusia di sana yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim.

Mengejutkan? Ya! Memang mengejutkan. Tidak berapa lama berkeliaran di kota itu, aku terjaga dari tidur…

Tafsiran
Aku bukanlah orang yang layak untuk membuat tafsiran mengenai mimpi. Bahkan aku jauh dari layak kerana hanya hati orang-orang yang sangat dekat dengan ALLAH sahaja yang layak untuk mentafsir mimpi. Bagaimana pun, aku seolah-olah dapat membuat kesimpulan dari mimpi aku. Seorang ahli hadis pernah mengajar aku bahawa, mimpi umat Islam di akhir zaman ini kebanyakannya adalah benar-benar petunjuk dari ALLAH. Mungkinkah ini petunjuk dari ALLAH? Hanya ALLAH yang tahu…

1.   1) Kewujudan bilik-bilik seperti bilik pengakuan dosa menunjukkan bahawa amalan itu adalah sesuatu yang telah diterima masyarakat di sana walaupun ia adalah amalan dari Kristian. Hal ini menunjukkan bahawa pengaruh Kristian atau Yahudi sangat kuat di sana.

2.  2)  Hakikat bilik-bilik itu terdapat dengan banyaknya di kaki-kaki lima menunjukkan bahawa amalan itu tidak dihalang, malah dibenarkan oleh penguasa di sana.

Kalau aku kaitkan dua perkara di atas, aku dapat simpulkan bahawa Kristian atau Yahudi mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap penguasa di sana. Lebih menyedihkan, tiada orang yang menentang amalan yang terang-terang bercanggah dengan Islam itu. Jadi, aku membuat kesimpulan bahawa:

1.    1)   Ikwanul Muslimin tidak lagi berada di sana. Mereka telah benar-benar kalah, mungkin telah syahid semuanya atau telah berpindah ke tempat lain. Aku tak pasti…

2.     2)   Mesir akan terus dikuasai oleh penguasa yang zalim, penguasa yang mungkin telah dipengaruhi oleh Yahudi sepenuhnya.

Kesimpulan yang aku buat ini, boleh jadi sesuatu yang akan berlaku di masa depan nanti. Tapi, aku bukanlah seorang Muslim yang terlalu dekat hatinya dengan ALLAH. Boleh jadi, makna yang sebenar bukanlah seperti yang aku faham. Walau bagaimanapun, aku lebih yakin bahawa mimpi ini mempuyai suatu makna. Cuma aku tidak tahu makna yang tepat. Sesungguhnya, ALLAH jualah yang Maha Mengetahui sesuatu… Walau apa pun, teruskanlah berdoa untuk pejuang Islam di sana…


Ya ALLAH! Selamatkanlah saudara-saudara Islam kami di sana…

Friday, September 13, 2013

ustaz_boy : Semester baru

Assalaamu'alaikum..
sorry, lukisan tak lawa...
kalau ada nak (kritik + komen + cadangan + idea), dialu-alukan..


Tuesday, September 3, 2013

i am jobless... dan sekarang petrol naik 20 sen

Assalaamu'alaikum....

buat masa ni, aku hanya bekerja sebagai maintenance technician yang mana majikan aku adalah bapa aku sniri dan tempat aku bekerja adalah tempat tinggal aku, iaitu rumah ayah aku... gaji aku hanyalah makanan setiap hari.... well, aku kena buat penyelenggaraan kat umah ni..

Anyway, hari ni aku bangun pada jam 2.30 pagi dan mendapat berita petrol RON 95 naik 20 sen... dan aku still JOBLESS... By the way, parti yang memerintah Malaysia buat masa ni adalah BeEnd...

Ok! kita tengok balik sejarah Malaysia yang tak lama sangat... Dalam 4 bulan lepas... BN berjanji dalam PRU 13 tu utk:
1. TDK menaikkan harga petrol
2. NAIKkan BR1M jadi RM 1200

tapi hari ni apa jadi?
1. petrol NAIK RM 0.20... And furthermore,
2. PM Najib kata nak  KAJI  utk naikkan BR1M...

Apa ni...?~~~ dia dah mungkir janji nombor satu yg aku tulis tu... then dia kata nak  KAJI  pulak ttg naikkan BR1m.. bila kata "kaji", maknanya belum tentu jadi RM 1200... boleh jadi tak naik... boleh jadi naik sikit aja.... ayat "nak kaji" tu menunjukkan ketidakpastian... ini juga satu bentuk mungkir janji...lain kali, kaji dulu barulah berjanji... antara sifat munafik termasuklah, memungkiri janji... jadi boleh dak aku katakan BN ni munafik...? hangpa pikir lah sniri... aku takleh hukumkan depa munafik mcm tu ja... aku bukan alim ulama.. So, mmg aku nmpak BN ni takleh nak percaya langsung lah....

Ok...! sudah-sudah lah dengan emo ni, kan.... kita cuba bincang dengan fakta... bila harga petrol naik, secara automatik harga barang lain akan naik... jadi secara tak langsung kos hidup akan naik... cuba kita fikir pulak, masa depan kita... macam aku ni, baru je habis belajar dan aku berhutan dgn PTPTN... bila dah kerja, beli kereta, beli umah mknanya 3 bnda ni aku kene bayar...

1. bayar PTPTN (hutang)
2. bayar ansuran kereta (hutang)
3. bayar ansuran umah (hutang)

See... hidup kita berhutang, bertahun-tahun... harga minyak naik pulak... lagilah tinggi kos sara hidup... PM kata, naikkan harga petrol sbb nak naikkan ekonomi Malaysia... Tapi aku tak fham, mcm mana boleh naikkan ekonomi Malaysia...? ya, mmg dah kurangkan perbelanjaan negara terhadap subsidi minyak.. tapi, kos sara hidup rakyat pun bertambah, so apa guna... orang kaya mmg tak terasa, tapi org tak kaya mcm family aku, dan org yg jobless mcm aku ni mmg terasa.. apatah lagi bila byk guna transport...

BR1M.... bg aku bnda ni bukannya bntu rakyat pun... bayangkan, orang yng dapat natang tu akan habiskan duit tu dalam sekelip mata ja... silap-silap, ada yg guna duit tu pi tikam nombor ekoq... aku tak nafikan, natang tu bntu rakyat serba sikit... tapi bnda tu utk jgka masa yg sgt pendek... apalah sgt kita boleh buat dgn beberapa ratus tu..? tambah lagi, BR1M tu cuma tmbah perbelanjaan negara aja... mknanya, duit negara habih mcm tu ja.... malah, bnda tu buat rakyat lbh bergantung kat kerajaan yang secara tak langsung buatkan depa malas nak usaha lebih... bila dah jadi mcm tu, kerajaan terpaksa berbelanja lbh byk utk org mcm ni di masa dpan nnti... lagilah cepat duit negara habih...

apa kata, klau lah PM tu buat program supaya rakyat ubah mentaliti untuk usaha menjana duit sniri...? aku tak kisah klau bagi pinjaman untuk rkyat bukak perniagaan... at least, bila dah meniaga depa akan jana pendapatan sniri secara konsisten dan bukan bergantung kat kerajaan aja... last-last kerajaan dapat balik duit.. tak da lah hbih mcm tu shj tnpa pulangan...

REBATE utk fon... ni pun masalah.... dia pi galakkan org tukaq telefon.. konon utk dedahkan rakyat dgn teknologi terkini... mana ada smua tu.... tipu ja... bnda ni buat rkyat lbh boros lagi... telefon yg boleh dibeli dgn hrga cukup-cukup RM 200, mana smpai spesifikasi yg canggih pun... takat ada kamera 2.0 mpxl, ada bluetooth, x ada internet, x da wifi... baik tak payah... henset mcm tu boleh beli dgn harga bawah RM 100... klau nak yg ada internet + wifi, nak kena tambah at least RM 50... tak ka rasa rugi ja...?

apa aku nmpak, kerajaan skrg ni tgh ajar rakyat dia untuk bersikap boros... ini aku tak masuk campur bab ketirisan duit, rasuah dan sebagainya lagi... aku tak ada ilmu dlm bab-bab tu.... klau betui bnda-bnda tu wujud, mmg nak kena tendang keluaq dar negara ni lah.... lagi aku sakit hati bila ada pulak penyokong-penyokong depa bagi hujah, "klau tak berkenan dgn kerajaan, tak payah duk kat Malaysia ni..."..

(OO)

hujah tu yg dia bagi...? ingatlah, pemimpin tu pun manusia jugak... dia pun boleh buat salah... asal beza pendapat, suruh tukaq warganegara... asal tak setuju, suruh pi duk negara lain... logik apa lah depa pakai ni..? pemimpin tu pun manusia, kita sbg rkyat ada hak utk tegur... lagipun beza pendapat perkara biasa.. takkan smpai kna tukar warganegara...? pemimpin tu manusia jugak, takkan nak ikut buta tuli.... kita cuma boleh ikut buta tuli, ALLAH ja.... DIA yg cipta kita... pasai pa nak pertikai DIA...? kita still boleh pertikai manusia...

Conclusion-nya, aku tak setuju dgn BN sbb:
1. depa mungkir jnji utk TIDAK naikkan harga petrol
2. hari depa kat nak KAJI pulak BR1M tu.... hari tu cakap mcm konpom nk naikkan...
3. bazirkan duit negara...

aduih... aku tak tau apa nak jadi kat Malaysia ni nnti....

Wednesday, August 28, 2013

TODAY...

Assalaamu'alaikum...

Hari ni, 28 Ogos 2013: birthday adik pompuan aku.... Haha... tapi, kami satu keluarga tak sambut birthday pun...

Semuanya berkaitan dengan universiti dah selesai. Masa aku tengok kat portal, aku dah dikira sebagai graduan. Alhamdulillah. Dan yang paling aku tak sangka, Projek Tahun Akhir aku dapat gred A-. Seronok woo.... Alah, oghang boleh cakap, "Itu A-, bukan A..." Mana tak seronoknya... Masa aku buat projek tu, rasa macam nak lulus pun dah susah apatah lagi nak dapat A... Toksah nak mimpi pun... Tapi bila aku dapat keputusan untuk semester ni, betapa aku bersyukur kat ALLAH... Aku memang tak sangka, bukan setakat dapat C aje.... Aku dapat A-  tu......

Oh! Buat masa ni, aku masih lagi duduk kat rumah mak ayah, sambil menghadap komputer setiap hari. Hari tu, pergi kerja partnership dekat WD. Masa tu, memang aku tak raya lah... Sejak dari hari tu, aku ada masalah untuk tidur. Masalah ni berlanjutan sampai sekarang... Setiap malam aku cuma boleh tido antara 2 hingga 3 jam sahaja, kemudian aku akan tido sampai 4 jam pada waktu siang... Huh.. Susah hidup aku macam ni... Aku dah cuba betulkan waktu tido aku, tapi masih tak betul lagi..

Setiap hari, aku akan surf internet untuk beberapa perkara:
1. tengok kartun/anime
2. baca komik
3. cari kerja kat jobstreet
4. cari kursus kemahiran

Aku buat benda tu hari-hari sampai aku dah buntu untuk taip keyword company... Aku nak melukis, tapi idea untuk melukis belum sampai... Ada sesetengah perkara, aku tak dapat nak lukis. Sebabnya, aku tak tau nak bagi tahu macam mana. Tapi, benda tu bukan sesuatu yang mudah untuk disampaikan melalui lukisan... 

By the way, aku teringin sangat nak jumpa dengan seseorang. Masa tu aku masih lagi kerja kat WD tu... Kebetulan dia pun duduk kat sana. Memang kami bercadang nak jumpa. Tapi dia kata, dia tak berkesempatan sebab masih ada kerja yang perlu dia siapkan. (=.=)
 .
.
.

Tak apalah. Ada jugak hikmah tak dapat jumpa... Tapi, seriously, aku memang teringin sangat nak jumpa dia... Well, walaupun aku masih tak tahu nak sembang apa dengan dia aku masih rasa nak jumpa dia. Dapat tengok muka pun jadilah... Tapi, bagi aku.. Aku sebagai seorang lelaki, aku perlu utamakan mak ayah aku. So, aku mesti pastikan aku ni lebih kerap jumpa mak aku, daripada pergi jumpa dia... Aku rasa bersalah kalau aku jumpa dan sembang dengan dia, lebih daripada aku sembang dan jumpa dengan mak aku... Sorry, aku masih ada emak untuk aku patuh...

Anyway, kiamat dah dekat sangat dah. Banyak tanda-tanda dah boleh kita tengok. Bencana alam dah makin banyak, perang pun dah kerap kita dengaq, pemimpin-pemimpin pun dah ramai yang tak layak sebenaqnya, ulama-ulama pun dah makin ramai yang tinggalkan kita (meninggal dunia), maksiat pun dah makin banyak... So, janganlah duk enjoy sangat hidup tu... Dunia, dunia lah jugak. Tapi sampai lupa akhirat, itu yang salah...

Tuesday, July 2, 2013

ALHAMDULILLAH...

Assalaamu'alaikum....

Huu... lama dah tak menulis kat sini...
FYP report, dah siap dan viva pun dah settle.... sekarang ni cuma tinggal untuk aku send corrected report dgn technical report. Hati manyak senang.... Alhamdulillah, insyaallah hari ni semuanya settle. for the time being, aku duduk kat umah member aku (still kat kolej kediaman, tapi umah n bilik membe aku. bkn aku punya)... diorang tgh tidur.. maybe sbb smalam diorg tido lambat kot.. huu, nak dakwah ni susah... tambahan lagi klau nak dakwah kat org yang susah bangun pagi... mmg payah lah org macam tu nak bangun pagi...
anyway, hati aku lega...

dalam sebulan dua ni, fahmi ada suggest kat aku ttg apa aku nak buat dgn bakat aku... dua mlm lepas pun, wan panjang suggest kat aku. stay dgn engineering, tapi dalam masa yang sama kembangkan bakat aku... jual lukisan-lukisan aku, amik upah utk design penanda buku, design poster, or something like that... nak buat tak susah. aku cuma perlukan sebuah blog dan sambungan internet... hmm... maybe sesuai dgn aku, sbb aku ni jenis yang keje duduk depan lappy aku je memanjang..

dua mlm lepas jugak, aku tgok kat student-mail aku, ada tawaran untuk sambung blajar buat master. ada 3 options, tapi aku ingat nak  buat master dalam management and bussiness administration.. takkan aku nak keje makan gaji aje, ye tak..?

aku tak tau apa lagi nak tulis... yang aku tahu, hati aku mmg byk lege... rsanya, mmg ALLAH bg petunjuk supaya aku stay dgn engineering.. DIA mmg tahu apa yang terbaik untuk aku, dan setiap hamba2-NYA... dalam masa yang sama, aku boleh jadikan hobi aku sebagai side-income.. so, tgoklah lukisan aku yang tak seberapa...tapi, aku tak pandai lagi dalam seni tulisan ni, so tak berapa lawa lah... komen korg adalah amat digalakkan.. oh ya! sorilah, post yang lepas byk sgt salah ejaan.. mgkn sbb otak aku terlampau serabut masa tu... XD



Tuesday, May 28, 2013

MY TODAY, AND MY FUTURE....

Assalaamu'alaikum....

Hari ni...
Esok dah kena hantar draf report FYP...
tapi banyak lagi tak siap..
projek pun tergendala kejap sbb partner masih kat perak dan barang2 pun masih kat dia..
aku pulak. . .

.
.
.

otak hampir tak betul..
aku rasa macam dah hilang minat terhadap engineering nih..
ya, org boleh kata,
"ini yang ALLAH tetapkan, terimalah dan usahalah sungguh2..."
tapi, mcm mana kalau perkara yang berlaku skrg ni sbnarnya adalah petunjuk dari ALLAH bahawa haluan kita dah salah dan perlu mengikut haluan lain...

aku tak tau nak tulis mcm mana, harap korg paham...
mcm mana klau apa yg aku rasa ni sbnarnya, sbg permulaan untuk something lbh baik yang ALLAH tetapkan utk aku...

dalam hati aku, mcm ada rasa nak bukak perniagaan sendiri..
just, aku tak tau nak meniaga apa...
aku ada fikir, klau aku bukak perniagaan, aku nak bukak kedai buku...
sbb aku minat dgn buku...
klau boleh aku nak kmpul byk buku, tak kira buku jenis apa pun...
malah, buku tulis pun aku minat utk kumpul...
dan klau boleh, kat kedai buku aku tu jugak ada tempat utk org baca buku...

but, aku cuma tau meluks aja...
lepas 4 tahun aku belajar engineering ni,
aku rasa macam aku tak tahu amende pun...
bila aku nak buat project, aku blur...
then, bila aku start sketch utk buat project aku,
imej lain pulka yang keluar..
dalam kpala aku penuh lukisan...
terlalu byk lukisan..
macam nak jadi pelukis komik pun ada...
tapi, aku tak ada jalan cerita,
dan aku jugak tak pandai buat jalan cerita..

aku serabut....
nak jumpa supervisor aku pun rasa malu...
mana tak nya, project terlalu kauh dari nak siap,...
then, kat bilik apa aku buat..?
melukis..
aku tak tau brapa banyak dah aku melukis..
terlalu banyak...
ada yang aku simpan, ada yang aku buang..

tadi, pergi tengok requirement utk kerja kat animonsta studio...
of cos, melalui internet..
surprisingly, aku tak ada semua requirement dia...
diploma or degree, mesti dalam bidang animasi, IT or yg related to animasi...
aduh....
mcm jauh lagi utk aku jadi, at least character designer...

yeah, aku tak mampu mlukis komik..
aku hanya mampu melukis satu-satu watak, then aku lukis watak yang lain...
komik yg aku lukis pun simple ja....
jalan cerita yang sangat pendek...
apa pun, aku rasa mcm nak lukis komik dakwah...

but, ideas not always coming into my head...
dia datang skali skala ja...
plg aku takleh tahan, time lcturer bagi kuliah,
time tu jugaklah mcm2 idea mai kat kpala aku...
then bila aku sedar, kuliah dah habis...
jadinya, aku tak tau apa yang lcturer tu ajaq...
masa tu, jem pala otak....

nmpak mcm aku tak layak jadi pelukis komik, kan....?
tapi, aku sniri tak rasa aku layak jadi engineer...
mana taknya, programming pun dah sangkut...

bila aku pikir balik, aku tak tau apa aku buat dalam 4 tahun ni...
dalam sbulan dua ni,
slalu jugak aku teringat kata2 ayah aku...
"gheja makan gaji ni, tak leh pi mana... nak keja gheja sniri baru senang..."


yeap, aku agree.....
totally agree....
tapi aku tak tau nak buat gheja apa kalau nak gheja sniri...
aku ada pikir utk bukak kedai alat tulis kat tanah ayah aku dekat2 dgn sintok...
pelan2, aku besarkan jadi kedai buku dan akus sediakan ruang utk org baca buku kat sana...
ruang tu mungkin free, mungkin bayar sikit....
then, aku nak bukak pulak cawangan kat tempat lain..
but that means, aku mungkin kahwin lmbat...
sbb ayah aku bg 4 syarat utk kawen...
1. tamat mengaji
2. ada kereta sniri
3. ada umah sniri
4. pendapatan tetap.

(=_____=")

yg no 1, dah tak lama dah....
tapi, yg lagi 3 tu...
entah bila baru aku boleh kawen klau mcm ni...
tambahan lagi bila aku pikir syarat no 4 tu....

(T____T " )

K A W E N . . . .

ni satu lagi masalah...
bila aku pikir, aku rasa mcm aku ni dah jatuh tahap wajib dah...
nampak budak kecik, ingat nak kawen...
nmpak org tua, ingat nak kawen...
nmpak org2 muda, ingat nak kawen...
even drama kat TV pun aku tak sanggup nak tgok...
so, cerita ygn aku tgok hanyalah RunnnigMan, Fairy Tail, Kamen Rider....
3 crita ni lah yang aku tgok kat internet tiap2 minggu...
ye lah, dalam smua crita ni, mana ada bnda yang boleh ingatkan aku pasal kawen....
klau drama kat TV, mmg tak lepas pikir pasal kawen....
tak kiralah drama negara apa, bahasa mana pun..
smuanya bg efek yang sama kat aku...

huh....
bila aku tgok balik, mmg 3 crita ni ja yang aku tgok...
menyedihkan betui aku ni...
x ada crita lain ka nak tgok...?
ada jugaklah, skali skala member bukak movie...
aku pi tumpang tgok....
harap aku nak cari sniri, mmg taklah...

engineering...?
aku rasa mcm nak lempaq jauh-jauh....

dakwah..
komik...
seni...
motivasi...
aku rasa mcm nak libatkan diri aku dgn smua ni...

tapi, motivasi...?
aku sniri mcm dah tak ada motivasi, mcm mana aku nak memotivasikan org...?

tapi, itulah yang aku minat...

aku tak tau....
aku penin....

tiap2 mlm, masa, hari, minggu, bulan...
aku hanya mampu doa supaya ALLAH bagi aku kekuatan utk hbiskan mengaji ni...
supaya ALLAH bagi aku rezeki yang paling baik...
supaya ALLAH bagi aku, masa depan yang plg baik bg aku dan agama aku...

tu ja kot, hanyalah sbhgian dari apa yang ada dalam pala aku...
aku dah tak tau nak habaq mcm mana....





Saturday, May 25, 2013

Tuesday, April 30, 2013

Pesanan Syeikh Solah Al-Budair; Imam Masjid Nabawi


Selasa; 30 April 2013

                Alhamdulillah, ALLAH telah kurniakan kepada aku masa yang sungguh bermanfaat. DIA telah takdirkan aku untuk melihat pengumuman tentang program tadi. Syeikh Solah Al-Budair, imam Masjid Nabawi datang ke Masjid Terapung Al-Hussein Kuala Perlis untuk meberikan tazkirah. Masyaallah, kata-kata yang ringkas tetapi penuh berisi. Beginilah kata-kata orang yang berilmu, lebih-lebih lagi para ulama.

                Kata-kata beliau yang disampaikan dalam bahasa Arab kedengaran sungguh indah meskipun aku tidak benar-benar memahami maksudnya. Diterjemahkan pula oleh imam Masjid Terapung Al-Hussein, Ustaz Hafiz membuatkan hatiku terkesan. Kata-kata Syeikh Solah memang memberi makna yang sangat mendalam setelah diterjemah. Allahuakbar, ringkas tetapi sangat padat.

                Aku tak dapat mencatat kesemua pesanan beliau. Hanya sebahagian sahaja yang sempat aku catatkan. Terdapat juga sebahagian yang sahabat-sahabat aku catatkan ketika aku menghantar seorang sahabat yang lain ke stesen bas. Antara pesanan beliau:

1.       Peliharalah solat 5 waktu dalam waktunya dan secara berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w;
“Barangsiapa yang memelihara solat, ALLAH akan memberi kesenangan dan cahaya di hari akhirat.”
Sesiapa yang tinggal solat berjemaah samalah seperti meninggalkan sunnah Rasulullah s.aw.
2.       Jangan putuskan silaturrahim. Sesungguhnya seorang muslim itu bersaudara kepada muslim yang lain.
3.       Peliharalah ister-isteri dan wanita-wanita kamu dengan baik.
4.       Hendaklah kasih-mengasihani sesama manusia; yang kaya mengasihani yang miskin, yang kuat mengasihani yang lemah.
5.       Barang siapa yang bersumpah, bersumpahlah dengan nama ALLAH.
6.       Janganlah memakai tangkal kerana ia perkara syirik.
7.       Jauhilah perkara-perkara sihir atau tukang tilik.
8.       Jika ingin berdakwah, berdakwahlah dengan kelembutan. Sampaikanlah ilmu dengan penuh kelembutan dan kasih sayang kerana hasil dari kelembutan itu lebih banyak dari kekerasan.
9.       2 perkara yang kalau kita pegang, tidak akan sesat selamanya; iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Ya ALLAH, jadikanlah kami orang yang kuat untuk mengikut perintah-MU.



Friday, April 19, 2013

sibuk ni..

Assalaamu'alaikum....
skrg tgh sibuk, tapi bnda ni kena siapkan jugak....
__________________________________


Assalaamu'alaikum....
skrg tgh sibuk, tapi bnda ni kena siapkan jugak....
__________________________________


Monday, January 21, 2013

HELLO, HELLO MY NEW WORLD

Assalaamu'alaikum...
Subarashiki sekai ===>> wonderful world....
___________________________________________

OO?  wonderful world? of cos lah syurga kan.... well.. aku tak rasa mcm nak tulis gunakan bahasa yg btul, mlm ni, aku nak jugak guna bahasa rojak & bhsa SMS... XD

hari ni, last day utk sem ni... hari ni jugaklah aku kena present untuk mid viva.. dan, presentation tu tak lah berjalan dgn baik... well... hahaha, cnfomlah stdnt mcm aku ni kena "tembak" dgn ahli panel... ilmu ttg design blum cukup, walau pun dah belajar.. (0_____________________0)  kitorang krg dlm bab2 nak apply kat dalam hidup... lepas ni, prgram 3P pulak, Program Pentauliahan Professional... 2 minggu lebih jugaklah.. tapi, sbg final year stdnt, bukannya boleh cuti sgt slagi fyp tak siap...


(O____O")     wait, apa bnda "subarashiki sekai" tu....?

the words that come after that, show the meaning...
mana aku dapat bnda ni.? well, one day, kawan aku sruh aku dgr satu lagu, masa tu kami duk dlm kreta dia... so, dia pun pasanglah lagu yg dua nk kami dgr tu... guest what? i like the song... lagu tu lagu apa? apa yg aku minat...? well, subarashiki sekai tu, tajuk lagu tu dan YES! lagu tu adalah lagu jepun.. walaupun tak faham apa mksd lagu tu, tp bila dgr lagu tu, dpt merasakan yg lagu tu adalah lagu yg positif...

haaaa...... tang ni lah yg aku nak komen pasai lagu melayu zaman skrg ni... mana tak nya... lbh byk lagu pasai cinta, byk sgt yg hanya skadar luah prasaan kat buah hati.. well, aku tak kata itu salah... cuma aku nak kata smua tu tak guna... bayangkanlah, ada satu lagu ni, "baby baby baby jgn kau marah, sbb kutolak.."  hah!!!.. apa ni....? then, ada pulak lagu yg mcm ni, "mmg, x ada lelaki, seseksi aku.. tp yg lbh, seksi, byk..."
oohh...... buat aku teringat kat video mat luthfi yg berkisar ttg lagu malaysia ni.. pi lah cari sniri, dan aku mmg stuju dgn dia.. nk tulis kat sini, aku tak larat lah...

seriously, aku lbh suka lagu2 lama... dah lah tak menjerit2 mcm lagu2 skrg, ada unsur2 nasihat pulak tu... ini baru lah seni namanya.... lagu2 skrg ni, bg aku, smpah ja.... mcm lagu jepun ni, kalau tgok mksud dia, pergh.... dlm lagu tu ada pgharapan, ada kata2 smgt... lagu malaysia yg skrg ni, pi lah tgok sniri.... then nilailah... ada ka kata2 smgt, ada kta2 nasihat tak...? ni lah yg buat anak2 muda makin lalai... lagu2 pun dh buat depa lalai... lirik2 lagu pun ajak org jadi lalai, lupa akhrat, lupa dunia, buang adab2 dan tatasusila...

so, jgn tnya knapa aku suka lagu2 lama mcm lagu2 ramli sarip dan sm salim, dan jugak lagu2 jepun....

_____________________________________________________


well.... aku sbnrnya.. ada lagi satu bnda nak tulis... mmm... welll..... basicaly.... tahun ni... umur aku dah 23 tahun... wlaupun ada lagi hmpir 9 bulan utk cukup 23 tahun... dan... aku... tak nak kawen lewat.. ooh.... kawen... oghang kata, kalau nk kawen, simpanlah duit.. yeah, easier to say then done, for me lah.... mana taknya, duit ptptn dapat sparuh je.. bayar yuran unimap ni, tggl RM 200 je utk spjg satu semester... sah2 lah ayah aku kna tolong tanggung.. well, ok jugak.. x adelah aku tanggung beban hutang lpas hbis blajar nnti... wait, pasal kawen... simpan duit, yeah.. simpan duit.. mcm mana aku nak simpan...? bila duit poket dah nak habih, aku akan bukak dompet... then, tgok isi, brapa byk duit yg tinggal... then pkir... "duit nk hbih.. tp, syglah pulak nk mintak kat ayah.. adik2 ramai lagi nk guna duit tu..." so aku pun gunalah duit yg masih berbaki tu, walaupun asalnya nak simpan sikit.. mknanya, duit yg aku nk simpan tu, aku guna jugak utk blanja seharian, akhirnya.. tak jadi simpan... 

yaaa... ada org kata, dapat2 tu, simpanlah dlm bank siap2.. aku prnh buat, dan cuba teka apa jadi..?   bila duit nk habih, aku kluarkan balik and prkara ni jadi bukan skali-2.. tapi dah byk kali...

huhu.. kawan aku dapat kata, dia punya supervisor tawarkn sapa2 aja utk smbung buat master under supervisor tu... wui.... bkn snang nk dapat tawaran mcm tu... dia siap nk bg elaun lagi... elaun pulak dalam bulanan... sapa2 pun boleh, tnpa mengira pointer... tp, kerja knalah siap, dan memuaskan hati dia... well... still tu tawaran yg sgt baik...

mak ayah aku harap aku smbung master... tp aku nk kawen cepat... (#________#")

Saturday, November 24, 2012

Forum Keberkatan Hidup

Assalaamu'alaikum...

Aku tak tau beghapa ghamai yang mai tengok-tengok blog aku ni... Aku tak tau beghapa ghamai yang mai duk jenguih pala depa, bukak mata depa luah-luah untuk baca tulisan aku kat sini... Entah-entah ada pa yang duk pelik, "awatlah mamat ni tulih macam ni? tah bahasa apa dia pakai...?"

Ni bahasa kedah, bahasa melayu macam hangpa semua duk pakai, cuma guna loghat utagha ja... Aku pulak tak tau beghapa ghamai mai baca tulisan aku sebab, last time aku tulih, dalam masa bebeghapa jam ja dah dekat 20 oghang yang baca atau sekadar view aja... Aku pun tak tau sapa depa ni hat yang duk baca... 

Ok, malam ni aku nak kongsi satu benda. Benda apa? Teghuihkan baca dan cuba-cubalah pahamkan tulisan aku ni sebab dia dalam loghat utagha...

Tadi, lepaih isya ada forum hal ehwal islam kat kawasan perindustrian mara kola peghelih. Ghupa-ghupanya anjuran MARA. Maka ghamailah oghang yang duk belajaq kat MARA pi sekali. Tajuk forum tu, "Keberkatan Hidup".

Moderator forum ni aku tak ingatlah, tapi dia oghang jabatan agama peghelih. Ahli panel pulak, Dr Ahmad Bashir b Aziz daghi UUM dan Tuan Syeikh Abdullah Awang Sa daghi jabatan agama kedah. Mmmm... Aku ghasa aku teghuih pi kat isi yang aku dapatlah. Sepatutnya aku ni ada gheja len kena buat, dan sepatutnya aku tak dak masa nak tulih kat sini... Jadi, nak ringkaihkan masa supaya aku boleh tidoq aku akan bagi isi dia ja. Lagipun, dah dekat pukui 12 dah ni...

Kat bawah ni adalah apa yang aku dapat kat forum tu:

1. Oghang yahudi cemburukan oghang Islam dalam dua perkara iaitu:
  •      salam
  •      amin yang diaminkan oleh imam ngan makmum
2. Rahmat akan sampai kat kita lepaih kita buat sunnah nabi. Lepaih tu pulak baghu sampai barakah.
3. Ilmu hat dok ada kat kita ni, toksah duk kedekut. Apatah lagi kedekut piang (kedekut sangat-sangat).
4. Kelebihan oghang yang mencaghi rezeki halai:
  • ALLAH kasihkan depa dan ampunkan puak-puak ni.
  • Oghang yang tidoq dalam letih sbb caghi rezeki halai, maka ALLAH ampunka dosa dia sepanjang masa dia lena.
  • ALLAH akan mencahayakan hati depa ni.
  • ALLAH mudahkan bagi depa ni untuk beribadat.
  • Insyaallah, bini patuh suami, anak patuh mak ayah.
5. Harta hat yang dok ada kat kita ni, jangan kita letakkan kan hati kita, tapi letaklah kat tangan kita.
6. Ni ada "vitamin-vitamin" untuk depa hat yang nak jadi usahawan:
  • Tanamkan dalam dighi yang dunia keusahawanan bukan dunia untuk bersenang-lenang.
  • Usahawan adalah oghang yang berdikari.
  • Hidupan sebagai ushawan bukan untuk duk dalam keadaan selesa.
  • Puak-puak usahawan ni adalah depa hat yang duk pikiaq siang malam, tak pernah cemuih.
  • Kita akan berjaya bila kita dah cemuih duk rugi ja.
  • Rugi adalah pengalaman berharga hat yang kita boleh bawak pi mana-mana pun.

Itu je lah... Sori, malam ni tak ada lukisan macam yang lepaih.. lagipun dah tengah malam ni, aku sangat mengantuk... Assalaamu'alaikum...

Monday, November 12, 2012

lakaran hidup...

assalaamu'alaikum semua pembaca sekalian...

aa.... ada ka yg bca..? tak kisah, yg pnting lepas lama dah aku tak nulih kat sini aku nak nulih balik! aaaa, bukan tulis lah, cuma aku nak letakkan lakaran hidup aku kat dalam blog ni....

apa pun, sblm aku letakkan lakaran hidup aku, aku nak buat satu pengakuan... aku tak tau apa nak jadi ngan aku... otak segheba seghabut... kat smua pmbaca, sorilah kalau bahasa kali ni mmg lintang pukang.. saja nak tulih loghat kedah kat dalam entri kali ni...

tgh haghi tadi, buah hati call. tapi, aku..... adei... apsallah aku snyap ja...? aku pun tak tau sbb apa... kpd buah hatiku, jgn lah kamu meghajuk.. sori sgt2.. mungkn sbb aku ghasa segan kot.. hoho, kpd yg bukan oghang kedah, segan yang aku tulih ni bukan maksud pemalas, tapi malu yg bukan tahap malu biasa... malu ni, malu yang malu, tapi bukan malu... (==) mksud aku, mcm malu yg bukan kerana keaiban atau salah laku.. segan kat sini mcm... aaaa..... mcm..... mcm....  aaaa....... knapalah perkataan tu tak keluaq... adui... segan kat sini mcm, kira.... mcm... huhuhu... aku tak ingat perkataan tu...

kalau tak paham, pi tanya oghang belah utagha selain aku sbb belum tntu aku ingat perkataan tu...

kesian dia... sori yea.... jap, aku bukan nak cerita pasal tu... tapi sbb malas padam, biar ajelah... OK! lepas beberapa lama, ghasanya dalam 2 bulan kot aku tak nulih baru skrg ghasa nak nulih balik... tapi, bukan nulih yg jadi objektif utama aku... aku cuma nak masukkan "life sketch" aku kat dalam ni.... entah knapa, bla masuk kuliah ja ada aja lukisan yg duk keluaq daghi pala pi kat ghetaih....

petang tadi gak, aku dah tau mcm mana nak tukaq lukisan pensel jadi mcm pen... yeah... lepaih ni mgkn lagi byk masa aku habih kat bnda ni... oit, jap... FYP aku tak leh lupa jugak. nak kena buat jugak FYP ni....

aku tak mau cakap banyak, tgoklah "life sketches" aku ni.....




Wednesday, September 12, 2012

UNTUK CALON ISTERIKU...

Assalaamu'alaikum...

Tidaklah aku tahu keadaan kamu di sana saat kumenulis di sini. Tetapi aku berharap agar iman kamu sentiasa dalam keadaan yang terbaik.

Tidak ada banyak yang ingin aku katakan di sini, cuma aku ingin memberikan sepatah dua kata kepada kamu.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sebagai orang lelaki, adalah menjadi tanggungjawab aku untuk mematuhi ibu bapa aku daripada mematuhi kata-kata kamu. Hal ini kerana keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa. Malah kamu sendiri apabila telah menjadi isteri kepada aku, kamu perlu patuhi aku selagi aku patuh kepada ALLAH.

Maka, jika kamu tidak sanggup aku mengutamakan ibu bapa aku, janganlah kamu memilih aku sebagai suami...



That's all...

Assalaamu'alaikum....

Saturday, June 16, 2012

Akhir Semester 6...

Assalaamu'laikum....

Alhamdulillah, segalanya dalam semester 6 ini dah tamat. Dah lama tak tulis kat blog ni... Maklumlah, setiap semester baru mesti lebih sibuk dari semester sebelumnya. Semester ni pun macam tu jugak, lagi sibuk. Apatah lagi bila test midterm, aku fail untuk 3 subjek teras (subjek engineering)... Mulanya menggelabah jugaklah. Mana tak nye, isi dalam subjek rasa macam senang, tapi nak jawab tu, ya ALLAH, perlukan kemahiran yang tinggi... Bila aku dah fail, seorang pensyarah ni pulak asyik bagi kerja berlambak-lambak hinggakan aku rasa sepanjang semester ni aku cuma belajar subjek dia aje. Yang lain, aku abaikan... Banyak jugak aku nak komen pasal pensyarah ni, tapi biarlah... Aduih....

Alhamdulillah, bila dah masuk final rasa macam boleh jawab banyak soalan. Sedangkan hati ini hampir dah putus asa untuk usaha... Nasib baik ALLAH masih bagi petunjuk... Masa tengah rasa lemah semangat dalam diri aku ni, ada pulak seseorang yang "repost" kat facebook tentang kiriman aku yang sebelum ni dalam blog ni jugak. Bila aku tengok gambar tu, naiklah sikit semangat ni... Adoi bilal, kenapalah mudah sangat ko lemah semanagat...? Naik semangat? Gambar yang dia tunjuk tu, aku yang lukis dan aku jadikan sebagai wallpaper laptop aku. Yang bestnya, aku tengok gambar tu setiap hari, tak naik semangat pulak...

O_O"    Mungkin jugak sebab tengok gambar tu, at least semangat aku tak turun mendadak macam semester lepas.. Hahaha, bilal.. Apa nak jadi dengan ko ni..?


Tapi, semua tu hal yang sudah berlalu... Sekarang, aku dah mula cuti kuliah... Habis tu, apa aku akan buat? Tak betul-betul cuti... Aku perlu pergi latihan industri (LI) di Penang... Huh, tinggal rumah sewalah aku... LI ni, 3 bulan je, tak lama... Masa minggu exam hari tu pun, dah tak ada mood untuk amik exam. Rasa excited nak pergi LI. Tak sabar ni... Apa pun ni lah masa yang aku tunggu-tunggu... Esok aku akan bertolak ke Penang, lusa dah mula praktikal... Oleh itu, selama aku di sana aku takkan dapat menulis apa-apa, baik di blog mahupun facebook. Jadi jangan gatal-gatal tangan nak bagi komen kat mana-mana melalui internet sebab confirm, aku takkan baca dan bila aku balik aku takkan pedulikan semua tu... XD

Kadang-kadang, terfikir jugak nak jadi kartunis, character designer, atau pelukis komik yang buat komik-komik islami... Tapi, bukankah penentuan ALLAH itu yang lebih baik...? Jadi, kenalah aku berusah sebaik mungkin dalam bidang kejuruteraan kat sini...

Ya ALLAH, ENGKAU berkatilah pekerjaan aku di sana nanti. Rahmatilah aku, dan peliahralah aku ketika di sana. Sungguh, tidak ada perlindungan yang lebih baik selain dari perlindungan-MU. Berikanlah apa yang terbaik bagi aku dan hindarkanlah perkara yang buruk bagiku....

Sebelum aku mengundur diri, terimlah lukisan aku yang terakhir masa minggu exam hari tu.... (^_^)b




Monday, February 27, 2012

TERIMALAH...





Assalaamu'alaikum...

Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas dah selesai "mewarna" gambar yang aku lukis kat atas ni....
Susah jugaklah nak siapkan, maklumlah semester ke-6 ni dah bermula. Jadi, mahu tak mahu kena aturkan masa dengan baik antara hobi dan kelas...

Macam mana dengan gambar di atas ni? 
Gambar ni, asalnya dilukis menggunakan pensel yang kemudiannya diterangkan dengan pen hitam. Setelah itu di-"scan" pulak masuk ke dalam laptop...

Untuk mewarnakan gambar ni, aplikasi daripada google chrome digunakan iaitu deviantart muro. Masih perlukan masa untuk mahir. Dah beberapa kali mencuba, akhirnya menjadi jugak... XD

Kenapa saya lukis gambar ni, sebab ayat yang saya masukkan tu diberikan oleh seseorang. (^_^)
Masa tu, saya lemah semangat dengan segala benda yang saya tak suka diberikan kepada saya. Tapi, bila dia berikan kata-kata tu, alhamdulillah hati saya sedikit tenang. Hingga sekarang, dan insyaallah untuk selamanya saya akan ingat kata-kata ini.

Ya khairusyifa, syukran....




Friday, February 17, 2012

"ar-rijal" dan "nisa"


ada kalanya, "ar-rijal" itu cuma mampu berjalan utk smpai ke destinasinya... "nisa" itu sebagai sayap membantu "ar-rijal" terbang ke destinasi...

ketika sayap itu sudah mula lemah tak bertenaga, maka "ar-rijal" memandunya turun ke bumi untuk berehat memulihkan tenaga "nisa", si sayapnya.... ketika ini, "ar-rijal" pula akan menjaga sayapnya, "nisa" itu sebaiknya. Setelah si "nisa" itu kmbali pulih, maka ia berkata kepada nakhoda nya,

"wahai ar-rijal, kembalilah teruskan perjalanan kita. pandulah aku ke sana..."

maka, ar-rijal itu bersama nisa kembali terbang setelah rehat mereka...

---------------------------------------------------------------------------

disebabkan tenaga "nisa" itu kurang berbandi "ar-rijal" maka "ar-rijal" jugak dapat berehat sebelum dia sendiri kelesuan....

namun, "ar-rijal" pula begtu berterima kasih kepada "nisa", maka tidaklah ia berehat sepenuhnya lalu tetap terus menjaga "-nisa" nya....

aku harap utk menjadi "ar-rijal" ini......

Ya ALLAH, kuatkanlah hatiku...
tetap dekatkan hatiku pada-MU.....

Wednesday, February 1, 2012

PEREMPUAN == GULA-GULA

Assalaamu'alaikum.....

Ok, sila rujuk balik tajuk entri kali ni....

PEREMPUAN   ==  GULA-GULA

kenapa...?
kenapa...?
kenapa...?

Ok, sekarang ikuti keterangan saya kali ni....

1. ada 2 gula-gula atas lantai yang dipenuhi debu. satu berbungkus dan satu lagi "bogel" tak berbungkus....
2. Antara kedua-dua tu, yang mana kamu akan amik untuk makan....?

Jawapan, konfem amik yang berbungkus.. Kalau kamu kata kamu akan amik yang tak berbungkus tu, kamu memang nak main-main dengan saya.... XD


Sebab....?

Sebab apa ye....? Mudah je... Kalau yang tak berbungkus tu, dah kotor terkena habuk atas lantai... Sebaliknya yang berbungkus tu kan masih bersih? Mestilah amik yang bersih untuk makan....


Analoginya, apa yang kita lihat di sini adalah, gula-gula yang tidak berbalut atas lantai itu tidak ada nilainya lagi. Sebaliknya yang masih berbungkus itu maih tinggi nilainya.. Begitulah wanita.... Kerana meninggikan darjat wanita, ALLAH mewajibkan para wanita menutup aurat mereka dengan sempurna. Bukannya dengan mendedahkan tubuh mereka untuk dipertontonkan sewenang-wenangnya seperti yang didoktrinkan oleh pihak barat.

Dari sini kita dapat lihat satu perumpamaan mudah iaitu, nilai wanita yang menutup auratnya lebih tinggi dari wanita yang ingkar sehinggakan wanita yang ingkar itu diabaikan sebagaimana gula-gula tak berbungkus itu diabaikan oleh kamu...

Maka, pilihlah oleh kamu (para wanita sekalian), nak "berbungkus" atau "berbogel".....?

Dari sini juga, kita dapat melihat buat kesimpulan mengenai satu perkara yang lain iaitu, kenapa lelaki lebih suka mencari wanita muslimah sebagai isteri?

Jawapannya dapat kita lihat dari perumpamaan ini. Pada pandangan lelaki, wanita yang menutup aurat ini, menjaga dirinya dengan baik dari membiarkan lelaki lain menyentuh dia. Dalam erti kata lain, perempuan seperti ini tidak mencari publisiti murahan dengan mendedahkan tubuhnya...

debu = lelaki
gula-gula = wanita

Gula-gula yang telah terkena debu itu dilihat sebagai kotor. Begitulah wanita di mata lelaki, biarpun orang tetap mengatakan, "yang tutup aurat sempurna belum tentu baik hati..." Memang benar, tapi soal hati ini serahkanlah kepada ALLAH.... Terus-terang, di mata lelaki, setiap yang menutup aurat itu sangat tinggi nilainya.... Lelaki, mestilah tak nak cari perempuan yang telah diselediki, diperhatikan tubuhnya oleh lelaki lain... Lelaki cemburu bila orang lain tengok kecantikan isteri dia... Saya lelaki, saya tahu.... Sebab itu lelaki lebih cenderung mengambil wanita menutup aurat sebagai isteri... Antara sebabnya termasuklah, isteri yang memang menutup aurat ni, meredupkan pandangan suami dan mendamaikan hati suami...

Dalam contoh di atas, kenapa tak amik yang dah kena debu tu makan? Sebab kamu tahu, kekotoran yang dah terlekat pada gula-gula tu berkemungkinan mendatangkan masalah kesihatan kepada kamu. Kamu mungkin akan keracunan makanan. Begitulah juga lelaki, tak mahu wanita yang mendatangkan kesusahan kepada dia di kemudian hari. Debu itu seperti lelaki lain dalam kehidupan seorang suami, dia tak mahu lelaki lain melekat pada isterinya, sebab itu dia cari yang tutup aurat. Kalau jadi macam tu, dia akan jealous...

Tapi, gula-gula ni pun sama jugak dengan lelaki... 

Ok! Cuba lempar lagi 2 biji gula-gula, satu berbungkus, satu lagi tak. Mesti kamu akan amik yang berbungkus itu untuk makan.

Sebabnya, kalau wanita nak amik lelaki sebagai suami, mestilah nak yang baik. Yang akan memimpin dia masuk ke dalam kebahagiaan. Perempuan cukup jeles kalau suami dia mesra dengan perempuan lain. Kadang-kadang SMS kerja pun dah diburuk sangka oleh isteri... 

Malah, wanita jugak nak lelaki yang mampu menjaga mereka, membawa kebaikan untuk mereka. Lelaki pun nak perempuan yang mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka, bukan bala bencana. Gula-gula yang telah dicemari debu, sama seperti lelaki yang membiarkan perempuan lain menghampirinya dengan mudah. Perempuan mestilah jealous jugak.

Kalau kamu betul-betul buat apa yang saya tulis tentang gula-gula tu, kamu akan dapati bahawa yang tinggal di lantai hanyalah sepasang gula-gula bogel. Betul kan...? Bila seorang lelaki meminang seorang perempuan, perempuan itu melihak pada akhlak lelaki itu dan ketaatan lelaki itu kepada ALLAH. Disebabkan wanita muslimah bergelar ustazah tak mahu yang tidak taat kepada ALLAH, maka dia menjadi isteri kepada yang taat ALLAH...

Akhirnya tinggallah lelaki dan perempuan yang tidak taat ALLAH bersama. Disebabkan tiada insan alim yang berkenan dengan mereka, mereka berpasanganlah dengan yang sama seperti mereka. Sama seperti gula-gula berbungkus, tinggal bersama-sama dalam perut kamu, sedangkan yang dah kotor berdebu itu di atas lantai....

Harap kamu faham, susah betui nak tulis dalam ni... Rasanya kalau cakap lagi senang..... XD

Pengajarannya, kalau nak pasangan yang baik, jadilah orang yang baik. Nak pasangan yang taat perintah ALLAH, jadilah orang yang taat perintah ALLAH. Tak kiralah lelaki atau perempuan.

Thursday, January 26, 2012

DATING LAGI.............

Assalaamu'alaikum....

Dah baca tajuk di atas? " D A T I N G "..... XD
Seronok kan kalau dating? Boleh jalan sama-sama, pegang-pegang tangan, berpeluk-pelukan, belikan barangan untuk si kekasih hati, dan berbual mesra. Tambah romantik lagi bila duduk dalam kereta, BERDUA... Wah... Seronokkan...?

Seronok kan bila berdating? Dapat dengar suara si kekasih yang merdu, di depan mata kita hanya ada si kekasih. Orang ramai, tak usah peduli. Lantaklah kalau diorang nak tengok pun, diorang cemburu tengok kita yang sedang asyik dibuai cinta indah bersama kekasih. Tak kisahlah apa diorang nak kata, yang penting kekasih hati ada di sisi.

Seronok kan bila berdating? Depan mata kita hanya ada kekasih kita, dan depan mata dia hanya ada kita. Tak perlu risau kalau-kalau dia tengok orang lain pulak sebab, kalau dia buat macam tu, kita boleh tahu. Nahaslah kena marah, ye tak...?

Seronok kan.........?

Wah! Kenapa pulak cerita pasal dating kat sini? Aku gi dating ke...? Bila....? Dengan sapa.....? Kat mana....?
Lah... Bukan aku yang gi dating... Tapi, mak & ayah aku....     MAK   &   AYAH   aku....... Haha, mak ayah gi dating pun nak cerita....? Apa punya anak...

Biarlah... Walaupun aku jeles jugak sbb aku tak dapat dating, tapi aku bersyukur. Ini menunjukkan bahawa masih ada kemesraan pada mak ayah aku. Berbeza dengan waktu aku masih kecik dulu. Dulu, ayah jarang bawa ibu pegi jalan-jalan. Hatta, pegi beli barang pun ayah akan pegi sorang-sorang... Tapi sekarang dah lain. Kalau boleh, setiap kali nak keluar pegi beli barang ayah akan ajak ibu... Lepas tu, shopping sakanlah diorang... Bile balik je, penuh makanan kat umah...

Kenapa macam tu,...? Kenapa apa...? Kenapa dulu ayah suka keluar sorang-sorang....?
Sebab, dulu aku dan adik-adik aku yang lain masih kecik lagi. Kami pulak, kalau pegi shopping, buas, bukan tahu duduk diam... Kalau mak ayah aje yang pergi, sapa nak jaga kami adik-beradik...? Risau ayah... Jadi, ayah tinggalkanlah ibu dengan kami kat rumah.

Habis tu, kenapa sekarang lain?
Sebab, 4 daripada anak-anak ayah dah besar, tinggal di asrama. Aku, dah tahun ke-3 di universiti, sorang lagi adik, dah tahun 2, sorang dah masuk matrikulasi dan sorang lagi akan amik SPM hujung tahun ni... So, bila mak ayah nak keluar, dia suruh kami 4 beradik yang dah besar ni jaga adik-adik yang lain kat rumah. " Along... Jaga adik di rumah, ibu ayah nak 'gi beli barang'...." Diorang? Pegi datinglah....

Jeles?
Mestilah, aku tak sendiri tak dapat nak pegi dating... Ye, mudah je orang akan soal macam ni, " kenapa tak pegi keluar dengan dia? ajaklah dia keluar pegi jalan-jalan..." Mudah je korang cakap, tapi korang tak tahu, betapa jauhnya kami nak berjumpa... Jangan katakan seminggu sekali, bahkan sebulan sekali pun susah. Malah, nak jumpa 1/2 tahun sekali pun susah...

Mana taknya, aku dah tinggal di hujung utara, belajar pun di hujung utara... Dia pulak, tinggal di hujung selatan, belajar pun di hujung selatan... Duit untuk tiket bas pun tak ada, apatah lagi nak sewa bilik untuk bermalam... Rumah saudara...? Mana aku ada saudara dekat negeri paling selatan tu.... Lagipun, kalau aku pegi sana semata-mata untuk jumpa dengan dia, konfem kena marah....

" Alah... Demi kekasih, takkan tak sanggup..."

(=________= " )

Bukan tak sanggup, tapi keredhaan mak ayah itu adalah lebih penting bagi aku... Kalaulah dia isteri aku, takpelah jugak, ini kami masih belum menikah lagi.. Belum bergelar suami isteri... Oh, bercakap tentang menikah, ada jugak rasa nak menikah....

Iyelah, duduk di kolej, walaupun ada kawan-kawan, roomate yang dah 3 tahun tak pernah tertukar atau ditukar, still, dalam hati ni masih rasa kesunyian... Kadang-kadang, ada jugaklah rasa nak bermanja-manja dengan perempuan... Sembang-sembang, dengar cerita dari si kekasih hati... Aku kan lelaki, dah 21 tahun, 3 bulan dan 20 hari... Bila tengok couple-couple lalu depan mata, " urrgghh... alangkah romantiknya diorang, bahagia dengan kekasih hati...."

(#__# " )

Boleh belah semua couple tu... Romantik apenye kalau setiap saat duduk sekali, dosa mengalir masuk dalam poket amal kita.... Sebab tu nak kawen... Hehe... Oh, cakap pasal kawen, ayah tak bagi aku kawen awal... Dia dah bagi 4 syarat.... Syarat pertama, belum lagi cukup, iaitu lepas study....

Huh, wahai bakal isteriku, tunggulah kira-kira 1 tahun 6 bulan lagi... Itu pun paling cepat... Oh! Kenapa ayah aku tak bagi kawen awal ye...?

(~___~ ? )
Mungkin sebab dia sendiri kawen lambat... Umur 33 tahun baru menikah... Apa kaitannya...? Entah, mungkin ada kaitan kot... Ayah selalu pesan, kalau nak nikah ni, kena tau tanggungjawab, berat... Anak bini, kena bagi makan, masa depan ni, tak tau lah macam mana... Harga barang makin naik, minyak makin naik... Rumah makin mahal... Kena bayaq bil letrik, ayaq... Tu belum masuk duit ansuran kereta, kalau bayar ansuran....

Nikah ni, kena kawal emosi jugak... Walaupun ada masalah, tak boleh lepas kat bini.. Hati bini kena jaga... Pergaulan dah kena kawal, tak boleh sama macam bujang.. Kalau tak bini jeles... Bila ada masalah, kongsilah dengan bini, jangan pendam sorang-sorang... Sebab bini tu teman paling rapat kita bila mak ayah tak ada dekat kita.... Tambah pulak, bila mak ayah dah tak ada, bini ajelah pendamping, penghibur hati yang kesunyian...

Allahuakbar... Tulis benda ni pun dah buat airmata aku bergelinangan... Pesan ayah lagi, lagi susah bila dah ada anak... Lampin, susu, sekolah, buku-buku, dan alat tulis... Kita kena tanggung... Anak-anak kena jaga, ajaq supaya elok perangai depa... Kalau tak kat akhirat kita yang tanggung... Sudahlah lelaki ni kena tanggungjawab atas amal mak, adik-beradik pompuan... Tambah pulak bini punya amal pun kita kena bertanggungjawab, belum masuk anak pompuan lagi....

Nanti, bila nikah, makan minum depa pun kita kena tanggung... Pakaian, tempat tinggal....

Huh........... Banyak kan pesan ayah.... Itu belum lagi yang aku belajar sendiri... Bila nikah, kita jadi pemimpin untuk anak bini... Bini buat salah, kena tegur... Tegur pulak, ada cara, tak boleh hentam ikut suka hati.... Bini mengadu masalah, kita kena dengar walaupun kita sendiri ada masalah... Bini merungut, kita kena dengar... Layan bini kena dengan baik... Bukan sekadar perkataan yang kita guna, malah nada, pandangan mata, senda gurau, hilai tawa, semuanya kita kena amik kira....

Aduh, begitu berat tanggungjawab seorang lelaki... Tapi still aku inginkan seorang wanita sebagai teman di sisi.... Aku tak mengharapkan banyak... Buat bakal isteriku, cukuplah kamu menjadi penenang hati bagi aku... Yang dapat membuatkan aku sentiasa rasa bersyukur kepada ALLAH S.W.T....

Cuma, ada beberapa perkara yang perlu kamu tahu tentang aku... Aku bukanlah seorang yang kemas... Barang-barang aku biasanya berselerak, bahkan walaupun aku kemaskan, masih aku rasakan berselerak... Hinggakan aku sendiri buntu untuk menyusun barang-baranag aku... Akhirnya aku 'end up' dengan membiarkan barang-barangku berselerak... Wahai bakal isteriku, harap kamu dapat bersabar dengan sikap aku ini...

Aku juga bukanlah seorang yang teratur.. Bahkan, kehidupan aku sendiri pun tidak teratur... Kamu akan faham bila kamu bersamaku nanti...

Tapi, kamu jangan bimbang... Apabila kamu ada masalah, luahkanlah pada aku... Kamu ingin mengadu, aku sudi mendengar... Kamu inginkan tempat bersandar, sandarlah pada bahu aku... Kamu inginkan masa dariku, aku akan berikan masaku untuk kamu... Aku akan sentiasa bersedia untuk kamu....

Rasanya cukuplah sampai setakat ni, aku tak mahu menulis dengan lebih lanjut lagi sebab dia hanya akan buat aku makin sebak... Sepatutnya aku hanya nak tulis tentang ibu dan ayah aku....

Ya ALLAH,
sediakanlah diriku untuk menjadi pemimpin yang paling baik bagi isteri dan anak-anakku.....




Sunday, January 15, 2012

Surat Terbuka Kepada Datin Seri Rosmah Mansor


( surat ini disalin daripada sebuah laman dan bukan dari saya sendiri... )

_______________________________________________________________________


Assalamualaikum Datin Seri…
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. Usia saya 2012 ini hampir mencecah 20 tahun beberapa bulan lagi (Julai).
Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.
Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!
Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!
Datin Seri Rosmah Mansur yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT
Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.
Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.
Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!
Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?
Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!
Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?
Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.
Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!
Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.
Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.
Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.
Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.
IFF dan Islam
Datin Seri yang dihormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakanlangsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!
Kalimah Nabi terbalik
Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!
Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!
Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!
Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali API NERAKA!
Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!
RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!
Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!
Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!
Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”
Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?
Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!
Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!
Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.
KUASA
Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.
Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?
Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.
Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!
Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.
Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak! (edisi Weblog M@RHAEN)
Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!
Oleh: Muhammad Muizzuddin Bin Zaini