Monday, February 27, 2012

TERIMALAH...





Assalaamu'alaikum...

Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas dah selesai "mewarna" gambar yang aku lukis kat atas ni....
Susah jugaklah nak siapkan, maklumlah semester ke-6 ni dah bermula. Jadi, mahu tak mahu kena aturkan masa dengan baik antara hobi dan kelas...

Macam mana dengan gambar di atas ni? 
Gambar ni, asalnya dilukis menggunakan pensel yang kemudiannya diterangkan dengan pen hitam. Setelah itu di-"scan" pulak masuk ke dalam laptop...

Untuk mewarnakan gambar ni, aplikasi daripada google chrome digunakan iaitu deviantart muro. Masih perlukan masa untuk mahir. Dah beberapa kali mencuba, akhirnya menjadi jugak... XD

Kenapa saya lukis gambar ni, sebab ayat yang saya masukkan tu diberikan oleh seseorang. (^_^)
Masa tu, saya lemah semangat dengan segala benda yang saya tak suka diberikan kepada saya. Tapi, bila dia berikan kata-kata tu, alhamdulillah hati saya sedikit tenang. Hingga sekarang, dan insyaallah untuk selamanya saya akan ingat kata-kata ini.

Ya khairusyifa, syukran....




No comments: