
Setiap hari Malaikat Maut akan menyeru: "Hai orang yang telah mencecah usia empat puluhan, ini waktunya untuk kamu membuat perbekalan. Fikiranmu masih cergas dan tubuhmu masih kuat. Hai orang yang telah mencecah usia lima puluhan, telah hampir waktu pengambilan dan penuaian. Hai orang yang mencecah usia enam puluhan, kamu lupa kepada balasan seksa dan kamu lalai menyahut seruanku padahal kamu tidak mempunyai penolong."
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:
"Allah telah memberi peluang kepada seorang yang dilewatkan ajalnya sehingga usianya mencapai enam puluh tahun."
Diriwayatkan bahawa Malaikat Maut telah datang kepada Nabi Daud a.s, lalu Nabi Daud a.s bertanya: " Siapa kamu?" Malaikat Maut menjawab: "Aku adalah yang tidak takut kepada raja-raja, yang tidak boleh dihalang oleh mahligai dan yang tidak boleh dirasuah." Nabi Daud a.s berkata: "Jadi, engkau adalah Malaikat Maut." Dia menjawab: "Ya." Kata Nabi Daud: "Kamu datang kepadaku padahal aku belum bersedia lagi." Malaikat Maut menjawab: "Wahai Daud, di manakah si polan saudara maramu itu, di manakah si polan jiran tetanggamu itu?" Nabi Daud a.s menjawab: "Mereka telah mati." Malaikat Maut menjawab: "Tidakkah kamu mengambil iktibar pada mereka sebagai persediaan?"
No comments:
Post a Comment