Monday, December 20, 2010

Luar Kebiasaan Ku....

Assalamualaikum.....
Ok, kali ni, berlainan dari post-post yang sebelum ini.......... Kebiasaannya, pada setiap pagi, aku akan "on"kan laptop aku dan melayari internet sehinggakan aku terlalu bosan. Kemudian, video games yang terdapat dalam lappy (laptop) aku ni menjadi satu perkara untuk membuang masa sepanjang hari (maklumlah, cuti semester...).

TAPI! Pada hari ni, kebiasaan itu lari entah ke mana... Selepas melihat e-mail dan notifications dalam facebook, aku menjelajah Portal Islami Murabbi dan Portal Islami ILUVISLAM.com.... Hahaa.... dah lama tak melawat kedua-dua portal ni, lagipun portal universiti dah tak ada apa untuk dilihat...

Masa tengah membaca senarai artikel, aku tertarik pulak untuk baca artikel tentang CINTA ni... Haha.. Aku nak jugak tahu pandangan orang-orang yang arif tentang CINTA ni... Lagipun, aku masih remaja normal yang juga mempunyai gelora jiwa (dalam hal ni laah.....)

Aku teringatkan seorang kawan aku yang kini berada di Matrikulai Perlis... Huhu... Dia pernah mengadu masalah cinta kawan sebilik dia kat aku... Pening kepala aku dibuatnya untuk selesaikan masalah tu.... Tapi, biarlah, bukan itu yang aku nak letakkan dalam post aku kali ni...

Balik kepada artikel dalam ILUVISLAM tadi... Aku ada terbaca sebuah cerpen yang menyentuh hati aku....
Tajuknya : Mana Satu Pilihan Hati...?
Haha... (^__^)... Agaknya berapa ramailah yang yang sedar tentang ni ye....? Kalau lah aku boleh terangkan kat kawan yang bermasalah tadi ni, kan mudah..... Aduih....! (==")q



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."
"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

" lu sapa nak nasihat gua..? " (O.O")?




kerana dah bosan, maka ikon-ikon kat Mozilla ni aku klik... Setelah beberapa lama aku klik, aku klik pulak ikon Portal Murabbi, iaitu salah satu portal islami.... Dan selepas meninjau beberapa lama, aku terbaca artikel ini dan ingin berkongsi..... Selamat membaca... (^_^)P

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lu Saper Nak Nasihat Kat Wa?
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : arjunasetia
Editor: KAKLONG



1. Lu sapa nak nasihat kat gua?

(lu dan gua adalah sama sahaja, pewaris Nabi, penyambung risalah)


2. Aku sendiri perlu dakwahkan diri aku sebelum aku berdakwah

(tapi bila la agaknya masa yang kau nak dakwah kat diri kau tu?)


3. Kubur asing-asing beb, jgn sibuk hal orangla...

(sebab kubur asing-asing tu la orang risau, kalau kubur sama-sama, lu boleh tolong gua, gua boleh tolong lu masa dalam kubur nanti)


4. Aku tak cukup ilmu, tak sempurna lagi


(How does you define 'sempurna'? and when can you declare that you're already 'sempurna' enough to take action?)


5. Saya bukan ustazah/ ustaz, tentang hal-hal ugama ni tolong tanya yang lebih ariff

(Kenapa tak pernah nak bagi peluang pada diri sendiri? sedangkan inilah peluang untuk anda menilai sejauh mana kefahaman dan penghayatan yang selama ini anda praktikkan dan peluang menambah ilmu dari persoalan yang ingin ditanyakan, mana tahu ini adalah peluang dari Allah untuk memberikan sesuatu pada diri anda, tapi anda tolak)


Rata-rata survey yang telah dijalankan memberikan kesimpulan bahawa 75% dari umat islam di Malaysia MENGANGGAP atau MEMAHAMI bahawa:


Benar, aku percaya pada Allah, aku Islam, ibu bapa ku Islam, dan aku bertanggung jawab pada ugamaku, aku wajib melakukan amalan-amalan yang diperintahkan, menjauhi segala larangan dan mengikuti segala apa jua yang ditetapkan dalam Islam dan sebagai manusia kita memang tak dapat lari dari berbuat dosa dan kesalahan, dan kita wajib bertaubat dari masa ke semasa. TETAPI, tugas berdakwah/menyampaikan/tabligh bukan kerja aku, itu adalah tugas para Ulamak, Ustaz, Mufti dan yang sewaktu dengannya. Bukan tugas kita umat Islam awam.


JAWAPANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT INI:


1. Dari Anas RA :

Kami para sahabat RA bertanya “Ya Rasullullah SAW kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran.” Maka Nabi SAW bersabda, “ Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya.”
(HR Thabrani)


2. “Balighul Anni Walau Ayyat”

Ertinya : “ Sampaikanlah kepada mereka walaupun hanya satu ayat ”


Amacam kita sekarang? masih nak berdolak dalik atau yang sebenarnya:

(bak kata orang negeri sembilan): SOBONAR EH, DEN NI POMALEH!!



by: arjunasetia

Monday, December 13, 2010

Ke Hadapan, Bakal Isteriku...? (O.O")

semuanya disebabkan bosan..... hinggakan aku dah tahu nak buat apa... sekarang, masih dalam latihan untuk kejohanan silat seni di johor nanti... tapi, duduk di kolej ni, tak ada banyak perkara yang dapat aku buat.....

sedang dalam bosan yang amat sangat ni, aku sajalah menyemak folder aku untuk dikemaskini... memang perkara yang biasa aku buat bila cuti..... tiba-tiba, ada satu fail yang menarik perhatian aku.... entah dari mana aku salin folder ni, aku pun dah tak ingat.....
 

haha..... lantaklah korang nak fikir apa pun, bagi aku, yang penting beberapa mesej kat dalam fail tu.....
bila aku baca, kelakar pun ada jugak.......

hahahaha.... selamat membaca......

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

Monday, December 6, 2010

GEJALA ATAU JENAYAH.?

Budaya Couple
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : musafir
Editor: KAKLONG






Mutakhir ini , saya dikejutkan dengan ramainya sahabat- sahabat kita mula terjebak dengan gejala "COUPLE" . Tidak pasti saya untuk menamakan ia sebagai GEJALA mahupun JENAYAH. Bercouple itu sendiri menyalahi hukum undang- undang islam sendiri . Kita diajar supaya menjaga setiap batasan kita dengan kaum yang bukan sejenis.


LARANGAN BERCINTA SEBELUM NIKAH


“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai KECUALI NIKAH .” (Hadith Riwayat Ibnu Majah)


Oleh itu , mungkin ini bisa menjadi motivasi dan ransangan buat sahabat-sahabat yang teringin bercouple ,mahupun sudah bercouple. Kalau cinta itu terjalin antara lelaki dan perempuan yang belum diikat oleh tali perkahwinan, maka mereka tidak perlu berjumpa, bercanda atau memerlukan apa saja ‘medium’ yang bertentangan dengan kehendak Allah.


Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melanggar syariat. Sebaiknya cinta itu bertaut pada rasa yang suci. Ingin sama-sama berganding bahu, bersatu rasa, untuk mentaati Allah s.w.t. Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal atau baru berkenalan, tapi hati mereka sudah rasa sayang dan kasih. Masing-masing memendam rasa.


Menunggu saat bahagia – sambil gigih melaksanakan tanggung-jawab masing-masing. Tidak ada unsur ‘mabuk’ cinta yang mengkhayalkan. Atau pembaziran masa tanpa arah tujuan. Atau ada air mata yang dialirkan sebab-sebab yang murahan.Tidak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tidak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa. Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri, maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya kepada suami datang dari cintanya kepada Allah s.w.t..

Wednesday, November 10, 2010

study oh study.......... (=_=")!

baru je lepas solat isya setelah makan di Kuala Perlis... Aduh, bila balik rumah ni, rasa penat pulak memikirkan untuk study..... entah macam mana lah aku nak buat.... setiap kali memikirkan study, aku rasa berat, penat, tak larat, letih, lemah semangat, lesu, huh! macam-macam lagilah....!

sejak habis kuliah ni, aku tak tahu lagi macam mana nak buat dengan satu subjek ni... signal theory & application..... sepanjang semester ni, aku selalu sangat tidur dalam kuliah, setiap kali masuk kuliah mesti akan tidur..... ujian dulu, dah fail.... sekarang, final plak.... aduh.... sekarang, tengah stress fikir pasal subjek ni sahaja... tak tahu apa nak study, tak tahu macam mana nak study, tak faham bila study.... nak pergi jumpa lecturer, takkanlah nak tanya semua sekali yang tak tahu...? banyak tu.... hampir keseluruhan silibus aku tak tahu....

bila nak study, cepat sangat rasa bosan.... ya! orang kata, "cuba jugak lawan rasa bosan tu.. lama-lama akan rasa mudah untuk study..."
memanglah aku cuba.... tapi, masa tengah cuba ni lah, aku makin stress... makin aku cuba, makin tambah stress aku... penat melawan "bosan" ni.....

nak tanya kawan yang tahu, masa sekarang ni sedang raya deepavali, minggu depan raya haji... habis je raya haji, terus paper signal ni..... so, sekarang ni, kawan-kawan yang tahu semuanya dah balik ke kampung masing-masing...

lecturer cakap, study apa yang dia bagi masa tutorial.... macam mana aku nak study kalau aku asyik tidur je dan tak salin langsung apa dia bagi masa tu...? aduh.. ada rasa menyesal jugak aku tidur dalam kuliah dia.. tapi aku bukannya sengaja, aku dah cuba lawan mengantuk tu, tapi akhirnya, dengan suhu yang sejuk sehingga membekukan jari-jemari aku yang sedang menulis, aku tetap terlena....
bukannya niat aku untuk tidur dalam kuliah....

kejap lagi, rakan bilik aku akan pulang ke sini dari kampung dia.... awal-awal lagi dah ajak main dota... aku nak study, tengah stress sekarang ni... entah apa aku nak buat.... mata makin kabur setiap kali study.... adakah aku makin rabun? takkanlah rabun dekat kot...? menghadap laptop dalam jarak dekat macam sekarang pun, dah buat aku sakit kepala..... tulisan laptop pun dah nampak macam kabur... kalau letak jauh-jauh, nampak elok ja... jelas dan terang......

study oh study......
kenapa susah sangat untuk aku mengamalkan kau?
jika orang katakan, kemas rumah itu menyampahkan
aku katakan aku senang hati buat benda tu....
kalau orang katakan melukis itu sesuatu yang susah,
mudah saja aku lakukan....
jika orang katakan susah untuk mengarang,
cepat saja aku siapkan sebuah cerita....
jika orang katakan, mudah untuk study,
ianya sesuatu yang susah bagi aku....

study oh study....
aku lemah bila memikirkan tentang kamu....
entah macam, bagaimana, dan apa yang dikatakan study itu....

aku terlalu cepat bosan untuk study...
oh fadhli, kenapa engkau mudah sangat study....?
terseksa merana jiwa aku melihat engkau study betul-betul di belakang aku....

entahlah...!
sukar untuk aku katakan perkara yang sedang menghantui diri aku sekarang ni..... study ni, seolah-olah puntianak yang senantiasa dahagakan darah aku, menghisap darahku sehingga badan aku rasa lemah dan tak berdaya untuk melawan...

setakat ini saja lah.... doakanlah agar mudah untuk aku study dan berjaya dalam final exam ni.....
(=_="")...............    salam...........

Sunday, October 10, 2010

Melihat Bintang


Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun


Bila mentari menyinar,
kurasa bahangnya membakar.

Bila mentari tunduk ke bumi,
kurasa diri ini sunyi...
tiada teman seorang diri.

Dalam kepekatan malam,
kulihat ada bintang-bintang kecil,
turut bersama.

CHORUS:
Oh...indahnya ciptaan Tuhan,
pada yang mau memikirkan,
rahsia s'gala yang tercipta,
tersembunyi pada kurniaan rahmat-Nya...

REPEAT THE LYRIC ABOVE

Di sebalik terang sinar surya,
ada yang buta melihat dunia.
Namun pada malam yang gelita,
ada insan yang terus berdoa...

BACK TO CHORUS

Sunday, September 19, 2010

Is He satisfied....?

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied
--------------------------------------------------------------------


Barisan bait demi bait lagu yang bertajuk awaken dari seorang penyanyi yang sedang meningkat namanya ini dimainkan di dalam gedung beli-belah Aneka di Kangar. Disebabkan lagu ini, fikiranku terganggu untuk seketika dan tidak dapat menumpukan untuk memilih barangan. Aku menikmati setiap baris katanya dengan begitu teliti. Begitu mendalam sekali maksudnya.

Usai membeli barangan. Lagu Awaken tadi baru sahaja tamat, namun masih tetap terus bermain-main di kotak mindaku. Bersama sahabat, kami sama-sama mencari sebuah kedai untuk mengisi perut kosong yang belum diisi makanan ruji di Malaysia ini, nasi. Maka, kami melalui celahan hutan konkrit binaan manusia di bumi Kangar, mencari kedai makan. Awaken masih di mindaku.

Tidak lama kemudian, kami tiba di sebuah kedai. Barisan meja dan kerusi banyak yang telah dipenuhi. Kami mencari satu meja untuk kami. Mataku meliar kiri dan kanan mencari meja kosong. Jumpa. Kami duduk di situ. Fikiranku yang sepatutnya ditumpukan untuk memilih lauk, diisi perkara lain.

Pencarian meja kosong menyebabkan aku melihat jasad dan tubuh manusia yang masih diisi nyawa. Ketika aku mencari, aku ternampak seorang wanita muda. Berambut panjang, berkulit putih dan berbaju hijau duduk bersama seorang wanita yang agak berusia, bertudung. Mungkin emaknya. "Mungkin Melayu...." bisik hatiku berdasarkan penampilannya.

Fikiranku masih merawang. Di sebelah kanan mejaku, sebuah meja empat segi sama diisi tiga remaja perempuan dan seorang remaja lelaki. Remaja lelaki berkenaan duduk di sebelah seorang remaja perempuan di meja yang sama. Maka terdapat kekosongan di salah satu sisi meja tersebut. "Kekasih, mungkin...."

Tidak jauh dari mereka, terdapat beberapa remaja lelaki yang pada pandangan aku masih bersekolah. Berambut pacak seperti balung ayam, dan berbaju ketat yang pastinya memanaskan badan di bandar kecil yang sememangnya panas ini. Begitulah penampilan salah seorang dari mereka. Berdekatan mereka, sebuah surau kecil yang dibina untuk kemudahan umat Islam yang singgah di situ. "Mereka Islam..." monolog hatiku.

Berhampiran mereka, merupakan sebuah stesen bas utama di bandar Kangar ini. Namun, stesen ini hanyalah sebuah stesen yang kecil. Begitu ramai yang sedang menunggu bas mereka. Barangkali untuk pulang ke tempat pengajian masing-masing. Kebanyakan mereka orang muda, sama seperti aku.

Lelaki dan perempuan, pastinya destinasi mereka sama sahaja. Menuju tempat pengajian. Berambut pacak, berpakaian ketat menampakan otot-otot lelaki, berseluar pendek yang hampir menyembunyikan lutut begitulah kebanyakan mereka yang lelaki. Bertudung, berbaju ketat yang menampakkan kulit lengan, disertakan seluar jeans ketat yang menampakkan bentuk tubuh mereka dan pstinya mengiurkan setiap lelaki beriman lemah. Awaken masih kedengaran dalam kotak mindaku.

Aku mengalihkan pandanganku ke hadapan. Sebuah bas dua tingkat menanti penumpang. Aku tidak dapat melihat tingkat bawah, namun di sebalik kepingan kaca fiber tingkapnya, jelas kelihatan keadaan di dalam tingkat atas bas tersebut. Beberapa remaja perempuan bermain-main di dalam bas. Pakaian mereka sama seperti mereka yang berada di stesen bas tadi. Tiba-tiba, seorang wanita kafir menghalang pandanganku terhadap bas tersebut kerana ingin membayar di kaunter, dan pada masa yang sama lirik Awaken menarik perhatian aku.....

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

----------------------------------------------

Begitulah hakikatnya para kaafirun. Harta, pitih, fulus, duit dan wang menjadi sesuatu yang sentiasa dikejar-kejar dan dibangga-banggakan. Inilah dia dikatakan Al-Wahhan, satu penyakit yang cintakan dunia. Kini, di dalam dunia moden berteknologi, umat Islam juga telah diserang virus Al-Wahhan ini tanpa mereka sedari. Mencelikkan biji mata terhadap dunia dan membutakan mata hati, inilah simptom yang terdapat pada para pesakit.

Aku kembali merujuk kepada setiap insan yang aku lihat tadi. Benar. Dalam zaman ini, kebanyakan umat Islam hanya mengejar dunia fana yang sementara ini tanpa menghiraukan akhirat. Bahkan, telah ramai yang kufur terhadap ALLAH, murtad dan meragui ALLAH. Dalam hidup seharian, mata mereka hanya tertumpu kepada barang pinjaman ALLAH ini sahaja, iaitu DUNIA. Mereka merasa puas dengan kejayaan mereka, sedangkan mereka lupa, kepuasan yang hakiki adalah kepuasan ALLAH terhadap amalan hamba-hambaNYA berupa keberkatan dan keredhaan, iaitu dengan mematuhi perintah-NYA.

Aku kembali merujuk kepada setiap insan yang telah aku lihat tadi. Benar. Saat ini, banyak pihak yang menuduh barat. Jika terjadi kekejaman, barat menuduh umat Islam. Ketika ini, setiap umat Islam berasa marah, terhina memprotes kenyataan barat. Tetapi, mereka sendiri senantiasa mengikut telunjuk barat dalam kehidupan harian mereka sedangkan mereka semakin meninggalkan Islam yang sebenar. Hukum-hakam Islam, dipandang ringan dan tidak diendahkan.

Lihatlah pakaian umat Islam sekarang ini sebagai contoh paling mudah. Bukankah ALLAH telah menggariskan perturan-NYA? Tetapi, umat Islam mengabaikannya. Lihatlah, bagaimana solat diabaikan? Biasanya selalu, bukan?
Mereka mengabaikan ALLAH, kerana itu, virus Al-Wahhan dengan mudah menjangkiti mereka biarpun tanpa kemahuan barat. Terlalu sukar untuk kuungkapkan melalui barisan ayat dalam laman sesawang ini dan juga sukar untuk kuucapkan melalui gerakan lidah dan bibirku. Akhir sekali, kuingin berpesan kepada pembaca, hayatilah setiap bait kata lagu Awaken oleh Maher Zain ini dan ingatlah persoalan yang is nyatakan, "Is He satisfied? Is ALLAH satisfied? Is ALLAH satisfied? Is ALLAH satisfied?" Tanyalah pada imanmu....


AWAKEN

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Friday, September 3, 2010

SEMALAM.....

Jumaat : 3 September 2010

        Sirna rembulan malam, terpancar bilahan-bilahan cahaya Sang Suria di balik gumpalan awan tebal yang menutupi langit Kuala Perlis. Gelap. Suasana sepi tanpa sebarang kata dari insan-insan yang masih berada di sini. Dingin angin subuh berserta deruman guruh seakan-akan memberi petanda, hari akan hujan.

8.45 pagi
        Fal demi fail yang kelihatan pada skrin komputer ribaku diklik. Mencari. akhirnya aku berhenti apabila hanya ikon "Winamp" sahaja yang keluar. Banyak. aku perhatikan satu persatu. Mencari. Sesekali aku klik pada fail-fail yang ada di hadapanku kini. Aku pilih dengan teliti.

       Akhirnya, bait-bait irama yang kurasakan enak untuk kudengar bermain-main di udara. Bosan.....

       Saaat ini, beberapa sahabatku telah menghadirkan diri mereka di kelas sementara ramai yang lain telah pun pulang ke kampung halaman, bertemu ibu dan ayah yang telah lama mereka tinggalkan. Aku keseorangan di bilik kecil yang hanya mampu memuatkan dua orang. Internet perlahan. Sukar untuk aku melayari dunia digital itu. Terdetik di hatiku untuk mengarang, tetapi apakah tajuk seterusnya?
(O.o")?.......  Mindaku sepi tanpa idea....   (=.=")

        Aku masih di hadapan skrin. Jari-jemariku pantas mengklik pada setiap ikon yang ada pada skrin. Mencari. Mungkin masih ada sesuatu yang dapat aku lakukan sementara menunggu kedatangan ayahku untuk membawaku pulang dalam tiga jam lagi. Halwa telinga masih menghiburkan aku.

        Sedang aku klik, aku melihat satu ikon, "Google Chrome". Pantas aku klik pada ikon tersebut. Ya! Aku akan menulis, aku akan menulis dalam blog aku ini. Maka dengan pantas aku membuka laman blogku dan mula menulis posting yang baru, dan inilah ia.

       Semalam sudah berlalu. Hari ini telah menggantikan hari semalam dan hari-hari yang sebelumnya. Masa terus berjalan tanpa henti walau sejenak. Hari ini hari terakhirku di Kuala Perlis pada Bulan Keberkatan ini, Ramadhan. Bulan yang mempunyai ribuan rahmat dari Ilahi untuk hamba-hambaNYA yang taat dan ikhlas.

       Semalam sudah berlalu. Begitulah juga hari-hari sebelumnya. Sedang pantas jari-jariku menaip papan kekunci, aku terkenangkan satu perkara. Ketika ini, timbul kembali persoalan yang telah tertimbul sebelum ini.... "Mungkinkah aku patut melibatkan diri dalam bidang psikologi?". Namun, bukan ini yang ingin kukongsikan.

        Semalam sudah berlalu dan sama sahaja seperti hari-hari sebelum itu. Semalam, aku melawat bazar ramadhan yang disediakan di Kuala Perlis, negeri yang kecil ini. Ramai. Sesak. Lelaki dan perempuan berasak-asak di tengah laluan yang kecil untuk membeli juadah berbuka. Setiap orang cuba untuk menyelit-nyelit bagi memboloskan diri mereka di tengah-tengah ramai. Suara-suara peniaga lantang kedengaran, cuba menarik pelanggan. Kedua mataku menjeling-jeling sekeliling.

           Aku melihat dan aku memerhati.
       Berasak-asak di tengah laluan yang sempit, lelaki dan perempuan. Masing-masing seolah-olah tidak peduli perkara yang sedang mereka lakukan. Berada di tengah-tengah laluan yang sempit, lelaki dan perempuan sudah pastinya bakal menyebabkan persentuhan yang tidak disengajakan. Namun, mereka tidak menghiraukan semua itu dan terus mencari juadah yang mereka inginkan.

            Aku terus melihat dan terus memerhati.
        Beraneka juadah yang dihidangkan kepada mataku, dan begitulah juga beraneka ragam yang dipertontonkan kepada aku sebagaimana halnya juga beraneka pakaian dipersembahkan buat tatapan mata liarku. Sudah pastinya semua ini tidak pernah membuatkanku jemu dari terus berfikir. Aku semakin tertarik untuk terus berfikir.

           Aku melihat, orang tua, para pemuda dan pemudi, remaja, kanak-kanak dan bayi-bayi kecil. Aku melihat setiap satu jasad yang terlintas pada pandangan mata liarku dan aku terfikir. Hadirnya orang-orang yang sudah berumah tangga, adalah untuk mencari juadah berbuka buat keluarga. Bagi suami, dibelikannya untuk isteri dan anak-anaknya. Bagi isteri, dicarinya juadah buat anak-anak dan suami tersayang.

             Aku melihat setiap yang melintas. Bagaimanakah pula halnya dengan muda-mudi yang masih belum mendirikan rumah tangga. Aku terus memerhati. Sesekali terlintas di hadapanku pasangan-pasangan. Aku tidak mengetahui, apakah mereka sudah berkahwin? Sesekali, persoalanku terjawab apabila aku melihat beberapa orang yang aku kenali, berjalan beriringan bersama pasangan mereka.. Masih belum berkahwin. Maka tertimbul persoalan.

              Apakah sebenarnya tujuan mereka berpasangan tanppa akad yang sah? Adakah hanya sekadar untuk keluar bersama dan berpisah apabila tiba masa untuk pulang? Apakah, tujuan mereka hanya untuk keluar makna bersama dan kemudian berpisah untuk pulang? Apakah tujuan mereka hanya untuk berjalan-jalan, bersembang, kemudian berpisah lagi?

(+___+ " )................ tiada jawapan...

           Jika hanya untuk itu, ternyata hidup mereka itu amat membosankan. kebahagian yang mereka nikmati ketika bersama itu hanyalah sementara, tidak kekal walau untuk sehari pun. Maka, apakah nikmatnya, berpasangan dengan cara begitu? Tiada.

                Aku terus melihat dan memerhati.
             Melintas di pandangan mata liarku, remaja-remaja perempuan kebanyakannya. Masih muda dan lebih muda dariku yang sudah hampir 20 tahun ini. Aku melihat kepada penampilan mereka. Bajunya, mukanya, kepalanya dan kakinya. Bukan tujuanku untuk melayan nafsu, namun aku hanya terfikir.

              Singkatnya baju mereka, lebih singkat dari bajuku yang labuh melebih punggung. Ketatnya baju nmereka, lebih ketat dari baju laki-laki, sehingga menampakkan bentuk tubuh mereka. Dipertontonkan rambut mereka sebagaimana lelaki. Pendeknya seluar mereka yang perempuan, sedangkan lelaki berseluar pangjang. Tidakkah mereka malu, mempertontokan perhiasan mereka yang telah ALLAH suruh mereka menutupinya? Sedangkan aku sendiri yang lelaki ini, malu untuk keluar bertemu wanita, tanpa memakai baju sedangkan dadaku bukanlah aurat...............

   Bait-bait lagu Destinasi Cinta, dimainkan oleh komputer ribaku. Fikirkanlah, di manakah rasa malu kalian? Sedangkan malu itu sebahagian dari iman. Jika tidak kamu malu kepada manusia, malulah kamu kepada Sang Pencipta yang senantiasa memerintah alam dunia fana ini.

Sunday, August 15, 2010

KALA SUBUH

"... berseorangan. mereka semua berada jauh di hadapanku. di manakah aku sekarang ini? mengapa mereka begitu jauh sekali dari aku? aku telah cuba sedaya-upaya untuk mendekati mereka, tapi kenapa aku tidak dapat sampai kepada mereka? kenapa? kenapa? kenapa...? "
_____________________________________________________________________________ 

   Terdengar ketukan pintu bilikku. Aku masih mamai. Aku memicit punat di telefon bimbitku untuk melihat waktu. 4. 36... Pastinya yang mengetuk pintu tadi itu adalah sahabatku. Aku bingkas bangun dan bersiap untuk bersahur.

   Al-kisah, kami berdua menjamah makan yang dibeli dari kedai Pak Mat sebagai isi perut untuk menahan lapar di waktu siang nanti. Selesai bersahur, masih ada masa sementara menanti azan subuh dikumandangkan. Kami berbual...

   "Apa yang ada pada hang?" sahabatku bertanya dalam loghat utaranya.
   "Apa saja yang hang boleh nampak pada aku..." jawabku ringkas.
   "Bukan fizikal yang aku maksudkan..."
   "Habis tu?" aku bertanya pula.
   "Apa kelebihan hang?"

   Aku tidak dapat menjawab. Aku sendiri ada ketikanya menanyakan soalan ini pada diriku sendiri. Namun, sehingga kini aku msih belum menemui jawapan yang pasti. Lalu dia bercerita...

   "Aku bermimpi. Sudah tiga kali. Aku jauh ketinggalan di belakang sebuah kumpulan manusia. Hang adalah sala seorang dari mereka..."

   Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaanku. Sukar untuk diungkapkan melalui barisan ayat-ayat yang tersusu. Hanya ALLAH sahajalah yang memahamiku ketika itu.

   Azan subuh dikumandangkan dari Surau Ibnu Khuldun. Seluruh Taman Semarak ini dapat mendengarnmya. Aku terjaga dari tidurku yang hanyalah tidur-tidur ayam. Pantas berwudhuk dan menukar pakaian, kami berdua melangkah ke surau. Dingin. Sebaik menjejakkan kaki di surau, muadzin melaungkan iqamat dan solat diimamkan oleh Abang Din.

   Selesai bersolat, sahabatku itu pantas kembali ke rumah meninggalkan aku bersama penduduk awam Taman Semarak ini. Selesai bersalaman, aku mulakan langkah untuk pulang.

   "Bilal nampak sihat sekarang. Sakit dah tak ada dah?" tegur seorang lelaki. Rambutnya sudah beruban menandakan dia sudah mula melangkah ke usia tua.

   "Sekarang ni sihat ja..." aku membalas.
   "Gastrik duk ada lagi?"
   "Setakat ni belum ada. Tapi tak tahulah akan sakit lagi atau tak..."

   Perbualan kami berdua diteruskan. Dia bertanyakan perihal diri dan keluargaku. Tak banyak yang mampu aku ceritakan. Namun, sebahagian kata-katanya telah menyentuh dasar hatiku.

   "Baguslah, Bilal. Mak ayah Bilal berjaya mendidik Bilal menjadi orang yang hebat..."

   Mendengar ucapan itu membuatkan aku terkedu seketika. Aku tersedar akan satu perkara. Tetapi, aku letakkan perkara itu di tepi untuk seketika dan meneruskan perbualan kami.

   Dalam perjalanan pulang, aku kembali memikirkan kata-kata pak cik tadi.
   
   Soalan yang diajukan oelh sahabatku tadi berkait rapat dengan kata-kata pak cik tadi. Aku tersedar dari lenaku yang sebentar setelah sekian lama tidak mengaktifkan diri dalam mana-mana persatuan.

   Selama ini, aku menganggap diri aku serba kekurangan. Aku menganggap, lebih ramai lagi orang lain yang lebih berkebolehan dari aku. Namun, hari ini aku kembali sedar.

   Setiap insan mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Tidak semua manusia itu handal dalam perkara yang sama. Aku juga begitu. Aku juga mempunyai sesuatu yang tidak ada pada orang lain. Hari ini, aku merasakan bahawa aku cuba menafikan kelebihan yang ada pada aku selama ini. Hari ini jugalah aku tersedar, bahawa kelebihan akan tetap terlakar pada diri kita dan akan tetap terlihat pada mata orang lain meskipun kita cuba menyembunyikannya.

   Aku mempunyai kelebihanku yang tersendiri. Begitu juga sahabat aku. Walaupun aku tidak memahami maksud sebenar kata-kata pak cik itu, namun aku tahu bahawa aku juga hebat sebagaimana orang lain. Begitu juga sahabatku ini. Dia juga mempunyai kelebihan yang tidak ada pada diri aku.

   Walau bagaimanapun, aku msih tidak tahu kelebihan diri aku sendiri. Selama ini aku hanya nampak kelebihan pada diri orang lain. Hari ini aku sedar, aku juga ada kelebihanku. Cuma aku sendiri tidakpasti apakah ia? Kini, aku sudah mula menerima hakikat bahawa aku adalah antara orang yang hebat.

    Ya ALLAH! Aku memohon segala yang terbaik bagi diriku. Sesungguhnya, hanya ENGKAU sahajalah yang mengetahui, segala yang terbaik bagi diriku dan ENGKAU jualah yan menentukan segala-galanya...

Friday, July 2, 2010

Loghat Kedah...

“Hang kena ingat, walau banyak mana hang usaha sekalipun, kalau tak ingat kat Allah, hang takkan berjaya…”

“Orang kafir hanya ada dunia sebagai penolong depa. Tapi, kita orang Islam ada Allah sebagai penolong. Kalau dunia pun di bawah kekuasaan Allah, maka tak ada apa lagi yang perlu kita takutkan…”

“Ilmu ni macam air dalam perigi. Kita usaha duk semayang, duk mengaji Al-Quran, berzikir, bertasbih, munajat, semayang sunat, tahajud, hajat… Tapi, kalau kita tak usaha untuk timba ilmu tu keluar dari perigi, kita takkan dapat…”

“Hang semayanglah, istighfarlah, semayang taubat, tapi kalau hang duk buat dosa, tak guna juga. Payah Allah nak terima…”

“Hang ada mak ayah, jangan hang lupa kat depa. Buat baik dengan depa. Selalu talipon depa. Hang usaha tara mana pun untuk dapat baguih dalam pelajaran, kalau depa marah kat hang, geram kat hang, tak redha kat hang, hidup hang takkan aman jugak…”

“Hang hidup atas dunia ni, jangan lupa yang hang tu ada Tuhan. Dia sentiasa perhatikan hang. Hang tak boleh lupa kat Dia walaupun sekali. Sekali hang lupa kat Dia, Dia pun akan lupa kat hang. Bila Dia lupa kat hang, habihlah hang. Dunia tak ke mana, akhirat duk neraka. Kalau hang dapat dunia pun, apa guna? Akhirat tetap neraka kalau hang duk lupa, buat tak tau kat Dia…”

“Kita orang Islam. Ada peraturan yang kita kena ikut. Peraturan tu dipanggil sebagai, syariat. Sapa buat syariat untuk kita? Bukan orang, Tuhan!. Tapi, tuhan kita bukan dunia atau orang lain. Bukan jugak pemimpin. Tapi, tuhan kita Allah. Bila kata Dia buat peraturan, kita kena ikut, tok sah duk pertikai lagi dah…”

“Orang selalu cakap, ‘Aku semayang, bukan tak semayang!’… Tapi, kalau dia semayang pun masih buat maksiat, tu tandanya Allah tak terima semayang dia. Dia semayang sia-sia ja…”

“Orang duk mengadu masalah kat kawan, teman wanita, teman laki, dengan harapan masalah depa boleh selesai dengan sebab orang yang depa pi mengadu tu akan tolong depa. Tapi, kita kena ingat! Kawan tu pun, orang jugak. Depa pun ada masalah jugak. Silap-silap, pi mengadu kat depa pun tak boleh nak selesai masalah. Kita ada Tuhan. Tuhan kita Allah. Dia Maha Bijaksana, Maha Cerdik, Maha Pandai, segala macam maha ada kat Dia. Pi mengadu kat Dia, insyaallah Dia akan bantu kalau hang mintak sungguh-sungguh…”

“Hang remaja, aku pun remaja… Orang lain yang sebaya dengan kita pun remaja. Memang dah Allah jadikan kita ni tertarik kat orang pompuan dan orang pompuan tertarik kat kita, orang laki. Tapi, ingat! Kita nak bercinta sekarang, nak buat apa? Setakat pi jalan-jalan, pegang tangan, minum-minum, makan-makan? Ramai orang tak pikiaq, semua hak depa duk buat tu dosa, bukan ada apa-apa faedah pun. Nak bercinta, boleh! Allah tak larang! Tapi, Allah dah bagi syarat. Syarat, Allah buat ada sebab. Apa syarat Dia? Menikah! Nak bercinta, boleh! Menikah dulu, baru bercinta… Bukan bercinta dengan girlfriend atau boyfriend, tapi dengan bini atau suami! Baru boleh..!”

“Kita duk tengok, waktu dekat-dekat periksa baru orang reti nak pi buat semayang hajat. Masa periksa duk jauh lagi, langsung tak ingat kat Allah. Semayang wajib lima kali sehari pun tinggal. Bila dah dekat periksa baru nak reti buat yang wajib, lepas tu nak tambah hak sunat pulak! Ada ka Allah nak terima macam ni? Bohong ja kalau kata Allah terima. Tu semayang sebab nak luluih periksa, bukan sebab Allah…”

“Orang duk kalut baca novel, majalah hiburan, majalah fesyen. Lepas tu, nak ikut pulak apa yang ditulih dalam majalah tu. Tapi, depa lupa! Al-Quran hak duk ada segala macam ilmu kat dalam tu tak mau nak baca. Tengok pun dak, apatah lagi sentuh! Yang orang buta tu, tak kata lah, depa tak boleh nampak. Ni aku duk kata kat yang celik duk nampak dunia ni… Nak amalkan benda yang ada kat dalam Al-Quran, jauh sekali lah…”

“Laa ni, kita duk tengok hari-hari, dalam surat khabaq, boleh kata banyak dah berita bayi kena buang. Tu kes lupa kat Allah lah tu! Dah tau buat dosa berzina, duk pi tambah dosa buang anak sendiri, bunuh anak sendiri… depa duk pikiaq malu kat dunia, kat akhirat, azab tak pikiaq pulak… Dah tu, tau kata kalau mengandung sebab berzina, malu! Duk pi buat jugak…”

“Cuba hang pikiaq! Binatang pun, kalau anak depa sakit, depa menangis. Mati, lagi lah lah depa sedih… Tak ada binatang yang saja-saja pi buang anak seniri. Tu, depa bukan ada akai pun. Ni, nama manusia! Sebab ada akailah depa pi buang anak haram yang depa buat tu.sebab apa?! Sebab nak tutup malu. Tak sayang langsung anak tu… Jadi, depa tu binatang ka manusia? Hmh!! Dua-dua pun bukan. Lebih teruk dari binatang…!”

“”Saudaraku! Hang kena pesan kat orang-orang pompuan yang hang kenal. Pesan kat depa, kalau ada teman laki depa mintak nak ‘rasa’ badan depa sebelum depa menikah, tampar laki tu, pukul, maki, sepak ka, terajang ka, ikut depa lah… Tapi, tok sah duk bagi badan depa kat laki yang bukan suami depa… Suruh depa tinggal teruih laki tu…”

“Selalu kita duk singgah rumah kawan-kawan kita, kita tengok depa duk dengar lagu ja… Setakat aku duk pi singgah, tak ada lagi yang bila aku masuk, duk dengar ayat-ayat Al-Quran. Selalu kalau kita balik kampung, maka kita, adik kita, kakak kita, duk tengok Mentor lah, AF lah, Malaysian Idol lah. Kalau kata ada iklan nak buat konsert, beria-ria nak pi. Tapi, bila ada iklan majlis baca Al-Quran, ada tak sapa-sapa yang terus kata nak pi? Buat tak tau ada lah… Tok sah hang jadi macam depa tu. Rugi dunia, akhirat pun x ada apa…”

“Hang kena ingat! Dunia ni sat ja… pejam, celik, pejam, celik, dah jadi tua dah… Harta kat dunia ni, tok sah hang duk kejar sangat. Bukan tak bagi langsung! Tapi jangan sampai lupa Allah. Kalau hang duk kumpul harta pun, bila mati bukan boleh bawa pi akhirat…”

“Kita sama-sama manusia. Tok sah duk sombong dengan orang lain. Kalau hang pandai dalam satu perkara, jangan hang duk perlekeh orang lain sebab depa tak reti buat. Memang depa tak boleh buat benda yang hang boleh buat, tapi, hang tak semestinya hang boleh buat benda yang depa boleh buat…”

“Kita tengok orang miskin, jangan ingat kita ni baguih sebab kita lebih kaya dari depa… Silap-silap, kita msuk neraka, depa pi syurga… Jangan kita duk pi hina depa, caci depa, maki depa. Depa pun manusia…”

“Saudaraku! katakanlah satu lagu ada dua puluh ayat. Kita tengok orang boleh hafal berpuluh lagu macam tu. Dah berapa ayat depa hafal? Tapi, cuba kita suruh depa hafal satu ja surah tiga puluh ayat? Macam-macam alasan depa bagi. Kalau berpulu ayat-ayat lagu boleh hafal, kenapa tak boleh hafal satu ja surah?”

Saudaraku! Kita mengaku kita orang Islam. Bila mengaku Islam, maknanya kita kena buat lima perkara. Mengucap, kita dah buat dah, sekali ja kena. Tinggal lagi empat ja kita kena buat. Solat, puasa, zakat dengan haji. Empat benda ni, kita jangan tinggal. Kalau tak, tak layak panggil diri kita Islam…”

“Saudaraku! Dalam kita duk berdoa seharian, agak-agak, kita buat khusyuk atau sambil lewa ja? Kalau kita khusyuk, insyaallah akan ditunaikan. Tapi, kalau kita buat khalid ja, memang Allah takkan tunaikan…”

“Saudaraku! kita kata kita hamba Allah. Maka, bila kita cakap macam tu, kita kena buat apa Allah suruh buat. Dah memang itu yang hamba kena buat! Kalau tak, bukan hamba namanya…!”

Saudaraku!, dalam kehidupan seharian hang, jangan lupakan Allah, taat perintah Allah. Allah suruh, jangan persoalkan suruhan tu. Buat sahaja! Kita ada tuhan. Tuhan kita Allah… Jadi, taat perintah Dia. Jangan sekali-kali hang mensyirikkan Dia. Dalam apa sekalipun, jangan putus asa. Usaha dulu, yang selebihnya, serah kat Dia…”

“Saudaraku! hang kena ingat mati selalu. Kubur bukan tempat berehat kalau kita ingkar kepada Allah. Malah, tempat untuk kita terseksa. Tapi, bukannya cukup kalau hang setakat ingat mati ja. Hang kena buat juga amal untuk mati. Kalau hang tak ada amal soleh, dalam kubur tetap akan kena seksa. Yang penting, jangan hang menduakan Allah…”

Saturday, June 26, 2010

Yahudi Atau Nasrani Kah Umat Islam Akhir Zaman?

www.iluvislam.com
Oleh: KuHamba
Editor: nazir_dinie
Dalam sebuah hadith:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikuti mereka.”

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang engkau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".


(H.R. Muslim)

Salah Satu Petanda Kita Berada di Akhir Zaman

Umat-umat Nabi Muhammad s.a.w diakhir zaman, ramai di kalangan mereka menjadi pengikut Yahudi dan Nasrani secara sedar ataupun tidak.

Walaupun tidak menganuti agama Yahudi dan Nasrani (Kristian) tetapi amalan mereka lebih mirip kepada Yahudi dan Nasrani dalam kehidupan mereka seharian.

Kita boleh lihat kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w pada hari ini. Kebanyakan kita mengikut cara kehidupan Yahudi dan Nasrani sekalipun dalam urusan kecil dan perkara yang tak munasabah.

Untuk pengetahuan sekalian, Yahudi adalah musuh utama Islam. Kuasa-kuasa besar seperti Amerika yang kebanyakannya penganut Kristian berjaya dipengaruhi oleh Yahudi yang jumlahnya sedikit sahaja. Bayangkan betapa bijaknya Yahudi hinggakan mampu menjadi penasihat kepada Amerika. Orang-orang Kristian sememangnya sejak dahulu digunakan oleh bangsa Yahudi untuk memerangi Islam. Jadi tidak hairanlah kenapa mereka turut sama bersekongkol menzalimi umat Islam.

Kedua-dua golongan ini sudah lama mengatur rancangan untuk membinasakan negara-negara Islam termasuk Malaysia ini.

Kajian mereka mendapati bahawa keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap agama mereka adalah begitu teguh dan mantap sekali.

Mereka mengakui bahawa umat Islam ialah penganut agama yang paling sukar dimurtadkan. Kajian mereka juga merumuskan bahawa formula baru untuk memusnahkan umat islam bukanlah dengan cara menggunakan senjata, kereta kebal atau peluru, tetapi cukuplah sekadar menjauhkan dan memesongkan mereka dari ajaran Islam itu sendiri. Strategi yang digunakan ialah dengan memberikan umat Islam hiburan sebaik-baiknya.

Betapa bijaknya dan kuatnya dakyah Yahudi dan Kristian untuk memesongkan akhidah umat Islam. Jelas pada hari ini rata-rata dari kita sebenarnya telah hanyut dan terus lalai dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Sampai urusan kecil-kecil pun kita nak ikut Yahudi. Hal inilah yang dimaksudkan oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Kita lebih suka meniru secara membabi buta tanpa kita sedar kita telah meletakkan amalan Yahudi mengatasi amalan Islam itu sendiri.

Sambutan hari lahir contohnya: Tidak mahu mengikut saranan Islam (tahlil/doa selamat), malah
mahu juga ikut cara Yahudi seperti upacara potong kek dan tiup lilin dengan iringan nanyian lagu selamat harijadi. Inilah antara benda-benda remeh yang menjadi ikutan umat akhir zaman yang sudah sebati dalam amalan kehidupan kita.

Dalam majlis kahwin contohnya: Dengan band jemputan, DJ, karaoke dll.. penuh dengan suka-ria hiburan yang melalaikan. Itupun kononnya mahu majlis itu mendapat keberkatan dari Allah s.w.t…? Bermimpi di siang hari lah nampaknya mahu dapat keredhaan Allah dengan anjuran majlis sebegitu yang jelas tidak mengikut tuntutan Islam.

Tidak menjadi masalah kalau mahu bersuka ria, asalkan mengikut landasan yang ditetapkan syariat. Jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara.

Namun harus diingat, kita sebagai muslim harus mengutamakan apa yang dianjurkan oleh Islam. Sesungguhnya amalan Islam tidak sama dengan orang-orang kafir.

Kalau sudah tahu orang kafir amalannya begitu, kenapa harus diikut?

Allah s.w.t berfirman :

“Tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu ikut jejak langkah mereka itu.”


Allah s.w.t telah berpesan pada kita dalam Al-Quran bahawa, “Orang yang bersangatan memusuhi orang-orang yang beriman ialah Yahudi.”
Maka, jelaslah dan WAJIB  kita sebagai umat Islam berusaha menentang kaum Yahudi laknatullah yang senantiasa mencari jalan menghapuskan umat Islam.

Bangsa Yahudi dan Nasrani sentiasa berusaha keras untuk menyesatkan umat Islam kerana hasad dengki yang sentiasa berpanjangan dari dahulu hingga sekarang.

Terutama sekali bangsa Yahudi kerana mereka yang paling kuat memusuhi Islam. Kejahatan mereka bahkan sampai ke tahap membunuh nabi-nabi pada satu ketika dahulu. Nabi Yahya dan Nabi Zakaria dibunuh, Nabi Isa pula hampir dibunuh, dan beberapa orang nabi lagi.

Cuba kita fikir bersama, mengapa Nabi Muhammad s.a.w membuat contoh " Sehinggakan ke lubang Biawak pun kamu akan ikut jejak langkah Yahudi Nasrani "?

Menggambarkan betapa bodohnya umat akhir zaman akibat hilang panduan dari berpegang pada prinsip Islam. Sudah tentulah kerana lalai dari mengerjakan tuntutan Islam disamping ceteknya ilmu agama. Akhirnya, terhakis sedikit demi sedikit aqidah dan akhlak Islamiah yang harus ada dalam diri seorang muslim. Jadi tidak hairan lah mengapa masyarakat kita mudah terpengaruh dengan pengaruh Yahudi. Bukan sahaja di Malaysia bahkan di segenap negara Islam juga sedemikian.

Kenapa pentingnya memelihara akidah?

Akidah adalah asas tunggak ketaqwaan seseorang itu dalam Islam. Sekiranya ibadahnya baik tetapi akidahnya runtuh maka sia-sialah amalannya. Jadi tidak hairan lah walaupun seseorang itu solat lima waktu, namun masih cenderung berkelakuan buruk akibat dari tidak mendalami akidah Islamiah itu sendiri. Jadi sama-samalah kita memelihara akidah dari segi peradaban dalam Islam agar tidak sia-sia ibadah yang kita lakukan.

Hari ini jelaslah apa yang disabdakan Nabi Muhammad s.a.w telahpun berlaku. Dimana-mana saja telah meresap budaya-budaya Yahudi Nasrani dalam kehidupan dan gaya hidup umat Islam kini. Apa yang datang dari Barat semuanya elok dan molek belaka. Umat Islam mengagung-agungkan tamadun Barat.

Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Mahukah melihat anak kita esok juga mengikuti jejak langkah kaum Yahudi Nasrani ini? Bukan masanya kita mengambil remeh perkara ini. Mungkin di kalangan kita masih memandang remeh dan bersikap lepas tangan serta selesa dengan kehidupan masing-masing. Ingatlah, setiap kita akan dipersoal kelak di padang Masyar. Apa yang kamu lakukan semasa didunia dalam menegakkan dan mempertahankan Islam?

Antara pengaruh-pengaruh Yahudi dan Nasrani yang jelas dapat kita lihat hari ini

Melalui hiburan yang melampau dan jelas tidak mengikut syariat Islam.

Lagu, filem, iklan, majalah dan pelbagai lagi, semuanya diterapkan dengan unsur-unsur kelalaian yang menjauhkan diri dari mengingati janji Tuhan di akhirat kelak.

Yang kita ingat cuma mahu berhibur, sibuk mengumpul harta dunia yang tak pernah cukup, sibuk melempiaskan nafsu mengikut keinginan sendiri.

Salah satu kejayaan agenda Yahudi adalah melihat umat Islam sesat daripada matlamat yang berteraskan Islam.

Kalau kita lihat fesyen, lagilah terang-terangan ikut jejak kafir terutamanya cara pemakaian muda-mudi hari ini. Pakaian terdedah sana sini, sendat dan ketat bagi yang wanita. Lelaki pula dengan seluar pendek paras lututnya, subang, rantai, rambut terpacak dll.

Tidak kurang juga dengan yang taksub pada barangan jenama-jenama Barat. Seolah-olah semua yang terbaik dari Barat. Gambaran sebeginilah yang Yahudi mahukan.

Pakaian yang berlandaskan sunnah dipandang jelek. Sehinggakan mula timbul rasa malu untuk berpakaian sopan dan menutup aurat.

Bila ditegur, dijawab dengan bermacam-macam alasan.

"Rilek la.. zaman moden..open minded sikit..""Kena ikut perkembangan fesyen terkini, kita bukan dizaman unta.."

p/s : “Esok mati jawab begitu”

Alasan begini kah hingga sanggup mengenepikan hukum Islam?


24 jam propaganda mereka tersebar dengan misi menyesatkan umat Islam dari pegangan Islam itu sendiri. Sedarkah kita? Kita sendiri juga yang menyokong perlaksanaan program-program yang sudah pun meruntuhkan akhlak muda-mudi kita. Siaran tv yang penuh dengan hiburan melampau. Majalah-majalah yang hanya menceritakan tentang artis-artis dan gosip-gosip yang melalaikan sehingga meresapkan budaya hipokrit dan fitnah dalam masyarakat hari ini.

Kita renung pula sejak kebelakangan ini telah beberapa kali siri penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Dengan iklan dan karikatur yang jelas menghina Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai, bukankah ini kerja Yahudi dan sekongkolnya?

Dimana kita waktu itu? Apa yang kita lakukan dalam mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w?


Begitu juga tatkala saudara seagama kita merana derita kerana dizalimi di Palestin/Gaza.

Apa yang kita lakukan? Sekadar mencaci dan mengutuk untuk seketika?


Adakah kita memberi sesuatu sumbangan yang terdaya kita lakukan untuk saudara-saudara Islam kita disana?

Kita bukan lemah sangat sehinggakan hanya mampu mengutuk dan sumpah seranah. Tetapi memang betul, orang kita bab sumpah seranah memang nombor satu lah.

Di sana-sini orang berjuang dan berjihad untuk Islam, sedangkan kita leka menikmati hidup dengan selesa tanpa ada rasa tanggungjawab. Mungkin juga ramai yang masih lena dengan keselesaan hidup masing-masing. Hanya sibuk menurut nafsu serakah dalam mengumpul harta dan kemewahan. Mencari keseronokan duniawi yang tidak sudah tanpa menoleh pada kesengsaraan orang lain hatta saudara seagama sekalipun.

Apabila ada pihak menyatakan kita perlu boikot barangan yang jelas memberi sumber pada kafir-kafir laknatullah yang menindas umat Islam, ramai yang mengeluh “takut hilang kerja” “kempunan tak dapat makan” “ini strategi pihak-pihak yang dengki pada syarikat berkenaan, jadi tak mengapa abaikan saja”

Dengan alasan yang begitu jijik yang mana mencerminkan betapa rendahnya semangat ukhuwah dalam Islam yang diletakkan dalam diri masyarakat hari ini.

Sudah tiada inisiatif lain kah? Kenapa susah sangat nak tinggalkan produk Amerika / Yahudi?


Tak perlu semua produk kita aim untuk boikot. Yang menjadi sasaran boikot ialah syarikat yang bekerjasama dengan Israel.

Empat syarikat besar dunia iaitu Nestle, McDonaldL'Oreal dan Coca-Cola antara penyumbang dalam dana ketenteraan Zionis Israel yang menganiaya saudara seagama kita di Palestin. Tahu bukan? Atau buat-buat tak tahu? Atau tak mahu ambil kisah? Kita cuma mahu memberi tekanan ekonomi (economic pressure) supaya syarikat induknya tidak menyokong Israel. Itupun susah? Ketepikanlah keinginan hawa nafsu semata-mata untuk dunia. Berkorbanlah untuk Islam dengan memberi sokongan pada saudara-saudara Islam kita yang ditindas dengan bantuan kewangan atau apa saja mengikut kemampuan masing-masing.

Sekarang ini sudah banyak produk-produk Islam di pasaran. Produk-produk yang sudah pasti terjamin halal yang diusahakan oleh usahawan muslim kita.

Tiada alasan lagi kita tidak menyokong usaha-usaha murni golongan yang berpandangan jauh dalam memperjuangkan Islam ini.

Demi kesejahteraan ummah, kita harus berganding bahu untuk merealisasikan impian untuk melihat pembangunan sekaligus kemenangan buat Islam.

Tunjukkan pada mereka masih ada orang-orang Islam yang kuat supaya mereka gerun untuk melakukan sebarangan terhadap Islam.

Semoga terbit sedikit kesedaran dalam diri kita untuk berbuat sesuatu untuk Islam yang dicintai.

Beringatlah sesama kita saudara seagama.


Hapuskan sifat yang secara jelas terbukti menyebabkan kita berbalah sesama saudara seperti :

  • sombong,riak(tinggi diri),dengki,dendam,suka mengumpat, amalan fitnah, suka menghukum sesama manusia, pentingkan diri sendiri dan membezakan darjat serta pangkat


  • sebaliknya terapkan amalan saling bermaafan, saling berpesan pada kebaikan, rendah diri dan jauhi dari menabur fitnah, mengumpat dan hasad dengki yang jelas mengundang  perbalahan yang berpanjangan.

Semoga kita terpelihara selagi mana berpegang teguh pada Al-quran dan hadis. Semoga jauh dari tergolong dalam golongan yang sesat.

Mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Insyaallah.. Semoga kita kembali padaNya dalam keadaan beriman..

Yang baik datangnya dari Allah s.w.t. Segala kekurangan dan kelemahan datang dari kelemahan diri saya sendiri.