Saturday, November 24, 2012

Forum Keberkatan Hidup

Assalaamu'alaikum...

Aku tak tau beghapa ghamai yang mai tengok-tengok blog aku ni... Aku tak tau beghapa ghamai yang mai duk jenguih pala depa, bukak mata depa luah-luah untuk baca tulisan aku kat sini... Entah-entah ada pa yang duk pelik, "awatlah mamat ni tulih macam ni? tah bahasa apa dia pakai...?"

Ni bahasa kedah, bahasa melayu macam hangpa semua duk pakai, cuma guna loghat utagha ja... Aku pulak tak tau beghapa ghamai mai baca tulisan aku sebab, last time aku tulih, dalam masa bebeghapa jam ja dah dekat 20 oghang yang baca atau sekadar view aja... Aku pun tak tau sapa depa ni hat yang duk baca... 

Ok, malam ni aku nak kongsi satu benda. Benda apa? Teghuihkan baca dan cuba-cubalah pahamkan tulisan aku ni sebab dia dalam loghat utagha...

Tadi, lepaih isya ada forum hal ehwal islam kat kawasan perindustrian mara kola peghelih. Ghupa-ghupanya anjuran MARA. Maka ghamailah oghang yang duk belajaq kat MARA pi sekali. Tajuk forum tu, "Keberkatan Hidup".

Moderator forum ni aku tak ingatlah, tapi dia oghang jabatan agama peghelih. Ahli panel pulak, Dr Ahmad Bashir b Aziz daghi UUM dan Tuan Syeikh Abdullah Awang Sa daghi jabatan agama kedah. Mmmm... Aku ghasa aku teghuih pi kat isi yang aku dapatlah. Sepatutnya aku ni ada gheja len kena buat, dan sepatutnya aku tak dak masa nak tulih kat sini... Jadi, nak ringkaihkan masa supaya aku boleh tidoq aku akan bagi isi dia ja. Lagipun, dah dekat pukui 12 dah ni...

Kat bawah ni adalah apa yang aku dapat kat forum tu:

1. Oghang yahudi cemburukan oghang Islam dalam dua perkara iaitu:
  •      salam
  •      amin yang diaminkan oleh imam ngan makmum
2. Rahmat akan sampai kat kita lepaih kita buat sunnah nabi. Lepaih tu pulak baghu sampai barakah.
3. Ilmu hat dok ada kat kita ni, toksah duk kedekut. Apatah lagi kedekut piang (kedekut sangat-sangat).
4. Kelebihan oghang yang mencaghi rezeki halai:
  • ALLAH kasihkan depa dan ampunkan puak-puak ni.
  • Oghang yang tidoq dalam letih sbb caghi rezeki halai, maka ALLAH ampunka dosa dia sepanjang masa dia lena.
  • ALLAH akan mencahayakan hati depa ni.
  • ALLAH mudahkan bagi depa ni untuk beribadat.
  • Insyaallah, bini patuh suami, anak patuh mak ayah.
5. Harta hat yang dok ada kat kita ni, jangan kita letakkan kan hati kita, tapi letaklah kat tangan kita.
6. Ni ada "vitamin-vitamin" untuk depa hat yang nak jadi usahawan:
  • Tanamkan dalam dighi yang dunia keusahawanan bukan dunia untuk bersenang-lenang.
  • Usahawan adalah oghang yang berdikari.
  • Hidupan sebagai ushawan bukan untuk duk dalam keadaan selesa.
  • Puak-puak usahawan ni adalah depa hat yang duk pikiaq siang malam, tak pernah cemuih.
  • Kita akan berjaya bila kita dah cemuih duk rugi ja.
  • Rugi adalah pengalaman berharga hat yang kita boleh bawak pi mana-mana pun.

Itu je lah... Sori, malam ni tak ada lukisan macam yang lepaih.. lagipun dah tengah malam ni, aku sangat mengantuk... Assalaamu'alaikum...

No comments: