Sunday, June 20, 2010

MISTERI GADIS A.....

malam tadi : .....
aku boring, boring sangat tahap melampau ni... tak tahu nak buat apa... so, aku pun onlah laptop aku, nak tengok anime... haha, dah memang aku minat anime.. (^^_ ) tp, aku buat 2 keje dalam satu masa, sambil-sambil tengok anime aku jugak melayari laman sosial facebook milik aku... sementara tunggu anime aku tu loading, aku pun menilau dalam laman sosial ni... klik sana, klik sini lalu aku ternampak soerang rakan yang ada dalam laman aku. dia ni gadis, lbh baik aku gelarkan dia A aje... bagi tahu nama sebenar nanti, malu pula dia...

A, seorang gadis yang aku kenal sejak aku menyertai ko-kurikulum di UniMAP... berkaca mata, kecik, happy go lucky, bertudung jarang, rapat dengan kebanyakan lelaki, berpakaian seperti kebanyakan gadis lain yang seusia dengannya ; gadis ini tidak seberapa disukai oleh kebanyakan rakan-rakan lelaki aku yang semua mereka bukanlah jenis yang suka gadis macam dia ni... bg rakan-rakan aku ni, si A ni jenis yang gedik sikit dan itu membuatkan mereka menyampah dengan A...

guest what? dalam orang lain menyampah dengan dia, aku merasakan sebaliknya. "dia seorang yang menarik"... sabar ye, bukanlah bermaksud aku berkenan kat dia... tapi, bagi aku pada diri dia terdapat satu misteri. aku sendiri tidak tahu apakah misteri tu? tapi, yang aku pasti misteri pada si A ini adalah sesuatu yang dia sembunyikan dari orang kat UniMAP ni, dari kebanyakan kawan-kawan di sini....

setahun aku kenal dia, dia terus menerus menerima kecaman dari sahabat-sahabat aku terutamanya yang juga segolongan dengan aku, yang ingin turut menjadi pendakwah... tapi, aku terus menerus merasakan sebaliknya kerana misteri yang ada padanya... huhu... aku ni suka sangat misteri ke..?

malam ini, tiba-tiba aku terpanggil untuk menyiasat serba sedikit tentang diri dia. maka aku pun kliklah untuk melihat laman dia... aku melihat dinding lamannya, biase je... lalu aku klik pada bahagian maklumatnya pulak. mmm tak ada apa yang menarik selain sekolahnya, SMKAS... (= =" ) sekolah apa ni....? biarlah tentang tu, so aku klik pada gambar dia pulak...

maka keluarlah paparan koleksi gambar-gambar dia... huuu... pandangan aku tertarik kepada satu gambar. nampak macam dia bertudung labuh, tapi tak jelaslah sebab sekerat je gambar dia. so, aku teruk belek-belek album dia tu... tiba-tiba aku terhenti pada gambar yang sama macam tadi, tapi lebih jelas lagi...

memang betul dia pakai tudung labuh. adoi, lebih manis dia bertudung labuh dari tudung yang biasa aku tengok kat UniMAP ni...

"huhuhuhu...time sek dulu tudung labuh....kuar pakai tudung bese bali..pastu masuk matrik...sem 2 baru pakai tudung labuh balik...then lpas kuar sampai skrang pakai tudung bese balik"

nah! amik ko bilal!! ni lah misteri yang selama ini menjadi persoalan hang, yang membuatkan hang tertarik kat dia... so, misteri yang selama ini bermain dalam kepala aku kini dah terjawab.. A, rahsia hang dah terbongkar malam ni... kat atas tu adalah sebahagian daripada komen kat gambar dia tu...

tapi, tak pernah pulak aku sedar yang dia satu matrik dengan aku dulu... haaa.. sekali lagi aku dimalukan, dia kenal aku, tapi aku tak kenal dia.. (= + ") byk kali dah jadi mcm ni.... lalu aku pun tebalkan muka letak je komen..

"mmm...
patutlah slama ni aku rasakan ada rhsia dlm diri shbt ni..
rupanya ini dia...
truskan sahaja bertudung lbuh ni...
mcm khairul akmal rahimi kat atas ni kata :

"hidayah Allah akan bagi, taufiq kita kena usaha.. kan perangai boleh baiki.."
mana2 mnusia pun tak smprna..
tp ALLAh sruh mnusia perbaiki diri..
sapa2 yang lbh buruk d smalam, dia mmg truk
sapa2 yg sama ja mcm smalam, dia rugi..
org bruntung adalah yg lbh baik dr smalam...
truskan sahaja bertudung lbuh..."

lpas tu, aku pun terus lagi membelek gambar dia.. haa.. jumpa pun sekolah menengah kebangasaan agama segamat, itulah singkatan bagi SMKAS...(sekolah aku dulu SMTAS. teknik alor star...)... rupa-rupanya dia bekas pelajar sekolah agama... fuuu..... banyak jugak misteri dia terbongkar malam ni...

hal ni membuatkan aku teringatkan satu  pengajaran yang dah lama aku dapat... "kamu boleh belajar agama banyak-banyak, tinggi-tinggi.. tapi, tanpa taufik dan hidayah ALLAH, kamu tetap tak akan mengamalkan ilmu kamu tu..." benarlah ni..

A ni bekas pelajar sekolah agama,tapi kembali menjadi seperti kebanyakan gadis yang lain.. dia tak seperti aku ni yang tak pernah menjejakkan kaki di SMKA untuk belajar... dia pernah, cuma dia tak amalkan apa yang pernah dia belajar dahulu... huu... tapi, tak bermaksud aku lebih baik dari dia....

ini mengingatkan aku pula pada seorang gadis lain... gadis ni sendiri mengaku kat aku yang dia dahulunya pernah masuk sekolah agama tapi kembali ke sekolah lama semula... kata dia, dahulunya dia seorang yang hipokrit... depan mak ayah, baik.. tapi, bila keluar dengan kawan-kawan, pakaiannya seperti orang lain... tudung singkat, jarang... apa lagi entah, banyak jugak dia cerita kat aku dalam keadaan menangisnya tu... aku pulak agak gelabah masa tu.. huuu.. sori ye...

tapi, sekarang dia dah berubah... katanya, dia sayang sangat kat abah dan maknya tu... jadi, dia tak nak kecewakan maka ayah dia. lagipun, mak ayah dia orang yang mengasuhnya dalam didikan agama... sebab kasih sayangnya pada parents dia, dia berubah... sekarang, dah menutup aurat dengan sempurna.. alhamdulillah... 

itulah, taufik dengan hidayah milik ALLAH... tanpanya, walau sebanyak mana ilmu agama kita dalami tetap tak akan menjadi hamba yang soleh...begitulah juga halnya dengan seorang lagi rakan aku...

masa mula perkenalan dulu, aku cukup tak sangka... dia seorang perokok, "dunia" sikit, seluar pun kadang-kadang pendek, solat pun dilambat-lambatkan. tahu-tahu, dia dulunya sekolah agama.. fuuh.. memang benarlah hidayah tu mlik ALLAH sepenuhnya... kalau ALLAH tak kasi, memang takkan soleh....

berlainan pulak seorang lagi rakan aku.. sepanjang hidupnya, tak pernah dia ke sekolah agama... tapi, suatu hari, ia sibuk tanya aku pasal syurga dengan neraka.... huii... sejak dari hari tu, dia terus memperbaiki diri.. sekarang, aku sendiri jeles dengan tahap keimanan dia... (T-T)"....

sayangnya, tanggapan masyarakat sering terpesong. mereka ingat, orang yang di sekolah agama ni sempurna... diorang lupa yang iman manusia ni, ada masanya turun, ada masanya naik... sama seperti halnya dengan gadis A tadi... di sekolah pakai tudung labuh, keluar, tak.. di matrik sem 2 baru tudung labuh, lepas tu dah tudung biasa balik.... masyarakat menganggap pelajar sekolah agama ni, sempurna imannya, tapi sebenarnya tak... tanggapan ini kena ubah.... so, nasihat kepada yang sekolah agama ni, amalkanlah ilmu yang kalian pelajari.. kalau tak rugi, di neraka kena seksa pulak....

kepada para pendakwah khususnya sahabat-sahabat aku, janganlah dinilai seseorang tu berdasarkan rupa luarannya dan perangainya sahaja... dan janganlah letakkan persepsi negatif sepanjang masa dan jangan pulak terlalu membenci, sebab rasulullah s.a.w pun pernah berpesan supaya bila membenci, jangan terlalu membenci. boleh jadi dia lah yang akan kita sayang kelak dan begitulah sebaliknya jika kita menyayangi orang lain... janganlah biarkan perasaan menyampah tu menguasai diri hingga melupakan tugas kamu sebagai khalifah di bumi ini....

dalam diri A dan rakan-rakan aku yang lainnya, masih ada sinar untuk mereka berubah... tugas kita sebagai pendakwah adalah membimbing dan bukannya mengutuk mengeji... insan-insan yang terlalai seperti mereka ni perlu kita bawa pulang ke pangkal jalan...

so, selamat menjalankan tugas... (^^)P

No comments: