malam ini panas. aku di bilik berseorangan menghadap skrin laptop yang ayah aku berikan...
bosanlah....
sedang jari jemari aku pantas menaip papan kekunci, seseorang menghantar mesej kepada aku... dah lama dia tak hantar mesej... (^^)P yeay....
setelah berbual seketika, dia mengundur diri... nak rehat katanya... serta merta aku teringatkan muktamar yang diadakan semalam... best...
berada di sana, telah menyuntik kembali semangat aku yang telah hilang beberapa minggu ini... alhamdulillah...
x tahu apa lagi nak tulis ni....
lagi pun, sekarang ni dah habis idea nak sambung taip novel yang ini aku siapkan... insyaallah, ini adalah karya aku yang asli, tiada copy paste... (kalau ada tu, karya kawan2lah... aku amik ayat2 dirang, masukkan dalam tu)
jgn marah ya kawan2....
pagi tadi aku sakit kepala.... macam2 aku fikir, lemah hati ini, resah jiwa ini memikirkan macam2 masalah aku sepanjang awal tahun ini... al-kisahnya :
1. aku rasa bagaikan diri ni terlalu sibuk sem ni... sampai aku tertekan, rasa malas nak buat segala2nya...
tutorial, latihan silat, stdy punya problem... masalah kawan2, kesempitan wang sikit.... aduh... lemah diri
aku ni... tak laratlah... dahlah nak buat usaha dakwah lagi.... (= =") penat.... dah lah tu, tiap2 bulan aku
dihantar ke hospital sbb gastrik..... sakitnya bukan sminit dua, sampai enam jam...
2. macam2 aku nak buat, tapi disebabkan terlampau byk, aku sniri pening untuk buat.... usrah... adus... aku
rasa macam sukar untuk aku ikuti cara mereka 100%... aku rasa aku tak mampu.... tapi, walau pun
macam tu aku tetap cuba untuk teruskan...... malangnya, makin aku cuba, makin aku tertekan.... aku
semakin lemah....... dan ini menjurus kepada pekara ke-3 di bawah......
3. iman aku, aku rasakan makin lemah.... taqwa aku, aku rasakan makin pudar lantaran stress yang kian
bertambah....
4. sekarang cuti.... ingatkan boleh rileks sikit ja... tapi, adik aku yang beru setahun stgh tu asyik nangis...
mlm2 bangun terus nangis... susah nak tidur... ni lah gangguan tidu setiap malam aku... dah lah tiap2 mlm,
nak lena dah cukup susah... kdg2 sampai satu jam.... jd, hari2 aku sakit kepala.... dan kerap tidur siang..
5. ayah tak izinkan kau terlibat dengan kerja dakwah... tapi aku suka melakukan kerja ni... mcm mana ni...?.
ok.... cukup.... yang kat atas tu semua racun2 dlm hidup aku..... tapi, alhamdulillah.... dlm hdup aku ni, ALLAH masih mengutuskan penyuntik semangat untuk aku teruskan usaha aku di bumi ini, sementara aku ni masih di dunia...
INILAH PENYUNTIK2 UBAT AKU
ubat 1
satu hari, aku terbaca sesuatu dalam blog orang yang aku katakan tadi... dia begitu tekun dalam usaha dakwah, biarpun dia terasa penat.... tidak aku nafikan dia pernah melalui zaman kejahilan, tetapi, dia kini adalah orang yang tetap teguh dalam usaha mengajak manusia kepada mengingati ALLAh.... sesungguhnya aku mengagumi kamu.....
maka, serta merta semangat aku telah melonjak naik... YA! dia melakukan apa yang dia termampu sebagaimana yang dia ceritakan dlam blognya... jadi, mengapa aku harus berputus asa... aku tidk mampu lakukan seperti yang dia lakukan... tetapi aku MAMPU lakukan apa yang dia tidak mampu lakukan....
setiap insan diberi kelebihan masing2... jd, kenapa mesti jadi orang lain... aku tidak diberikan kelebihan untuk berdakwah sebgaimana yang usrah aku anjurkan.... kerana itu, aku telah memutuskan untuk aku tetap di atas satu jalan yang utama... dan inilah keputusan aku....
AKU AKAN MENJADI PENULIS ! ! !!! ! ! ! ! ! !! !......
aku tahu aku merupakan seorang penulis yang baik sejak sekolah lagi... jadi, akan aku gunakan kelebihan aku ni dengan sebaiknya... aku tidak nafikan bahawa cara yang usrah aku anjurkan itu penting, tetapi, dakwah BUKAN SATU CARA...... kerana itu, aku telah memilih jalan ini... dan sekarang, akan aku tulis sebanyak yang mgkn kisah2 teladan seperti novel atau cerpen...
aku tak kisah, nilailah mcm mana pun, aku tak kisah... kritiklah, krn akan aku cari vaksin bagi kritikan itu....
ubat 2
aku bukak skype aku tadi, lalu aku terlihat seorang ustazah di kelas aku sedang online dan terdetik untuk aku melihat blognya pulak.... dan bila aku buka, aku baca beberapa kerat... terus aku teringat sahabat aku yang berminat kat dia... (bg aku dia biasa aja... x mnaruh hati pun..Xp)... sambil aku baca, aku dengar lagu dlm blog dia tu.. best jugak...
perihal sahabat aku ni, dia baru sahaja meninggalkan zaman kegelapannya... dan dia kini merupakan salah soerang yang kuat dalam gerak kerja dakwah ini... bahkan aku merasakan bahawa dia itu adalah lebih baik dari aku....
isi blog, lagu dan sahabat.... semua ini trus menyuntik vaksin bagi kelemahan semangat..... maka serta merta aku kembali excited utk meneruskan jalan yang telah aku pilih.... kalau sahabat aku yang baru sahaja berubah boleh tetap teguh, knapa pulak aku yang lbh lama dari dia boleh jatuh semangat aku...? ini TAK BOLEH JADI...!!!!!!!! aku tak nak kalah dgn sahabt aku tu.....
ok.... tu je kot....
cukuplah dengan semua tu... sekarang, aku dh tetapkan hati aku untuk menjadikan bidang penulisan sbg jln utama aku.... kerana aku ada penyuntik, aku masih akan teruskan... insyaallah sehingga ke nafas aku yang terakhir...
YA..!!!! AKU AKAN USAHA....!!!!
kamu pegang kata2 aku ni, dan ingatkanlah aku kembali bila aku kembali lemah....
aku nk keredhaan ALLAH, bukan kesenangan semata-mata...
bukan senang dunia, dan bukan senang akhirat..
tetapi aku nak ALLAh redha dengan aku....
itu yang paling utama...
AKU AKAN USAHA...!!!!
AKU AKAN USAHA...!!!!!
AKU AKAN USAHA...!!!!!
AKU AKAN USAHA...!!!!!
AKU AKAN USAHA ...!!!!
AKU AKAN USAHA...!!!!!
AKU AKAN USAHA....!!!!!
ya khairusyifa'
kamulah penyuntikku yang kedua selepas ALLAH dan Rasul...
sesungguhnya aku mengagumi kamu...
ingatkanlah aku tatkala aku kian lemah dalam mengharungi badai dugaan yang merempuh bahtera hidupku...
No comments:
Post a Comment