Aduh... Bosannya dudduk di rumah cuti-cuti ni... itulah, masa tengah belajar nak sangat cuti, tapi bila dah cuti, bosan pulak kan..? dalam aku cuba untuk menyiapkan cerpen sendiri, aku terfikir-fikir, "apa yang aku nak letak lagi kat dalam cerita ni...?"
memang susah nak dapat jawapan ni... ye lah... jalan cerita di pertengahan dah ada, tapi yang awalnya belum ada... serabut jugak memikirkan macam mana nak bagi menarik.....
sekarang ni, sampai satu plot di mana aku nak letakkan doa... agak panjang... tapi, memandangkan dah malam macam ni, aku agak malas nak cari doa, edit dan masukkan pulak kat dalam cerita tu...
so, aku tulis kat sini.... mana tahu, kalau-kalau aku boleh dapat idea dari sini...
apa pun, doa bukanlah sesuatu yang kita boleh pandang ringan.... kenapa? sebab doa adalah senjata orang mukmin sebagaimana sabda Baginda s.a.w. :
"Doa itu adalah senjata orang mukmin,
tiang agama dan cahaya di langit dan di bumi."
riwayat Abu Ya'la dan Hakim
Lagi pulak, ALLAH telah berfirman :
"Dan Tuhan kamu berfirman : 'Berdoalah kepada-Ku,
nescaya Aku kabulkan doa kamu itu. Sesungguhnya,
orang-orang yang enggan dari menyembah-Ku akan
masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
Surah Ghafir : 60
Nah! ini perintah ALLAH... ALLAH yang suruh kita berdoa, malah berdoa merupakan satu ibadah... malah digalakkan lagi oleh Rasulullah s.a.w.... Jadi, kenapa kita nak tinggalkan doa....
cuba kita lihat, berapa ramaikah manusia sekarang yang kurang berdoa sedangkan dalam kehidupan kita seharian, kita disuruh berdoa.... malah, setiap pekerjaan yang hendak dilakukan kita perlu berdoa terlebih dahulu....
namun, pengalaman saya sendiri sebagai seorang pelajar : saya banyak melihat mereka yang bergelar pelajar kebanyakannya mula berdoa apabila waktu exam telah menjelang tiba. Apa ni.....?
janganlah kita amalkan sikap seperti ini.... bila dah datang waktu susah baru nak doa.... masa tak exam, punya tak ingat ALLAH... bila dah exam, baru sedar yang ALLAH jua lah yang akan menentukan result diorang.... jangan, jangan macam tu wahai sahabat-sahabatku sekalian...
biarlah kita berdoa dari awal-awal lagi, supaya ALLAH sentiasa tahu, kita mengharapkan pertolongan-NYA... Baru lah DIA akan mudah mengabulkan permintaan kita....
jadi, kawan-kawan... mulai daripada sekarang ubahlah sikap kita.... biarlah kita dalam keadaan senang atau susah, kita sentiasa berdoa kepada-NYA... tapi, kena ingat.... ALLAH menyuruh kita mendoakan perkara-perkara yang baik-baik sahaja... dan kita juga kena ingat, bahawa hidayah ALLAH itu adalah penting... maka, marilah kita sama-sama berdoa kepada-NYA....
DOA 1 : Al-Fatihah
ramai yang ak sedar bahawa surah Al-Fatihah merupakan satu doa... kalau tak percaya, cubalah ambik terjemahan Al-Quran dan baca.... kan ada doa kat dalam tu....
DOA 2 : Mohon Kesejahteraan Dunia & Akhirat
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia
dan kebaikan di akhiratdan peliharalah kami
dari seksa neraka"
Surah Al-Baqarah : 201
DOA 3 : Diringankan Beban
"Ya Tuhan kami, jangan Engkau hukum kami jika kami terlupa atau tersalah.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat
sebagaimana Engkau bebankan kepadaorang-orang yang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak sanggup
kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami.
Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"
Suraah Al-Baqarah : 286
DOA 4 : Ditetakan Hati Pada Islam
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong
kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada
kami, dan anugerahkanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau,
kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi"
Surah Ali-Imran : 8
DOA 5 : Memohon Perlindungan Daripada Godaan Syaitan
"Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-MU dari bisikan-bisikan
syaitan. Dan aku berlindung kepada-MU ya Tuhanku, dari
kedatangan mereka kepadaku."
Surah Al-Mukminun : 97 - 98
hahah..
itu aje kot....
insyaallah kalau ada lagi idea untuk menulis (atau pun x ada idea untuk mengarang...) saya akan tambahkan lagi pengisian blog ini...
mudah-mudah anda yang membaca ini dilindungi ALLAH dan sentiasa dalam hidayah-NYA...
SALAM.......
No comments:
Post a Comment