Tuesday, March 2, 2010

Huuh....

habisnya cuti pertengahan semester ni menjanjikan seribu macam kesibukan yang melanda hidup bujang aku... aku mulai disibukkan dengan pelbagai perkara yang aku sendiri tidak sangka... 
bermula daripada satu perkara, ditambah pula dengan satu perkara yang lain... 
hidup aku kini bagaikan dunia yang sudah kucar-kacir, menjadikan aku tidak banyak masa untuk diluangkan bersama sahabat-sahabat, malah roomate sendiri pun susah nak tegur.....
menjadikan aku tidak punya masa rehat sebanyak masa rehat sebelum ini...

Kem Wajadiri Cekak
kem ni bermula dari 19 - 21 februari. dalam kem ni, kami diajar banyak perkara tentang silat cekak, macam,
sejarah penubuhan,
guru yang mengasaskan Persatuan Silat Cekak Malaysia,
dan ilmu makrifat....
tapi aku langsung tak fham tentang ilmu makrifat ni... mungkin belum sampai tahap untuk aku memahaminya lagi..

kem ini juga menjanjikan satu lagi pengalaman berharga apabila diberi peluang untuk memasuki sebuah gua (x ingat nama gua tu) di Wang Kelian... macam-macam dapat aku lihat, stalagtit, stalagmit, batu kapur, ikan, udang, batu karang...
knapa ada batu karang atas permukaan bumi..? sebab, dulu gua tu di bawah dasar laut dan terbina lantainya dengan  batu karang..
banyak input tambahan dalam aktiviti ni...

Program i....
program ni UniMAP yang buat... semua student kena buat dalam group....
kami kena buat satu alat yang mengikut tema yang diberi....
aduh.... nasib baik tahun 2 baru kena bentangkan....

Training Silat Olahraga
26 feb hari tu, aku ada training silat olahraga, jumaat malam sabtu.... kami berjalan kaki dari semarak ke kampung wai, dalam gelap hanya bersulukan lampu suluh... malam tu, kami train memang keras betul... tapi tak sangka, kesungguhan aku mengundang malang apabila aku hampir pitam.. (=_+)!...
nasib baik lepas tu, training tu dah kurang kerasnya.. tapi, malam tu, sakitlah kaki kami....
habis latihan pukul 12 malam, kami pergi makan, sebab masing-masing dah lapar....
habis makan, kami pulang, dan tidur... tapi, memang aku tidur lambatlah, pukul 2 pagi...

senang cakap, kami memang letih bagaikan aktiviti 2 hari lamanya....

Explorace Remaja di Kuala Perlis
pukul 5 pagi, aku dah terjaga dan tak dapat tidur... ingat nak bangun 6 pagi... cukup resah bila memikirkan aku tak dapat tidur masa tu... macam mana lah aku nak ikut program explorace siang nanti..?
dengan izin ALLAH, akhirnya aku bangunlah jugak walaupun mata ingin dipejam lena.. namun apakan daya, tiada izin dari ALLAH untuk terus melelapkan mata....
pukul 8.30 pagi, aku bersama Pali dan Fahmi bertolak ke Kuala Perlis, ditumpangkan oleh En Zuki, lecturer math kami yang secara sukarelanya menjalankan program ini dan mengajak kami ikut bersama....

tiba di sana, kami dijamu dengan nasi lemak sebagai sarapan dan turut berkenal-kenalan dengan sahabat-sahabat lain dari uitm Arau dan juga Insititut Perguruan Perlis... malah turut dikenalkan dengan peserta-peserta dari sekolah-sekolah di sekitar Perlis... tapi, aku bukan peserta, aku adalah fasi bagi program ni...
aku menjaga salah satu chckpoint bersama dengan seorang lagi fasi yg sedang menunggu result spm dia...

jangan terkejut, ni adalah di bawah anjuran Jemaah Islah Malaysia (JIM).... aku tak pernah berniat pun nk masuk jemaah ni memandangkan aku dah ikut satu jemaah lain.. macam manalah aku nak uruskan hal ni...?

program berjalan lancar meskipun berlaku kesilapan teknikal yang kecil (dapat diselesaikan dalam masa yang singkat).....jam 3.45, aku bertolak ke Kangar kerana perlu mengambil laptop aku yang rosak OSnya....
lepas tu juga, aku kena bertolak ke Kubang Gajah untuk latihan silat cekak.....

malang tetapi nasib baik, aku diserang gastrik... jika tidak, pastinya aku perlu ke majlis yang amat-amat membosankan dan tak berfaedah di Dewan 2020... majlis apa entah, siap NC menari-nari atas pentas lagi...
aduh... memalukan.... tapi, aku masih ada kerja yang perlu disiapkan... maka, aku sekali lagi terpaksa tidur lambat, tak dapat nak qadakan tidur aku semalam.... pukul 12 baru tidur...

Program Lasak Jalan Kaki....
satu lagi program tak berfaedah bagiku yang dianjurkan oleh UniMAP ni.... pagi-pagi lagi kena pergi ke Wang Ulu untuk berkumpul... sarapan yang diberi adalah bihun yang pedas.. aduh... sakit lah perut kalau aku makan, jadi, aku berlapar ja....
dimulakan dengan aktiviti senam aerobik yang aku benci, seterusnya nyanyian yang bosan, kami pun dilepaskan untuk berjalan sehingga ke stadium Kangar..... aku bersama 3 lagi sahabat berjalan bersama... 2 antara kami memang dah cedera... seorang kena infection pada kaki, seorang lagi terseliuh, maka kami pun berjalan di hujung barisan (belakang sekali) depan ambulans..... kami berbual-bual, merapu-rapu... akhirnya, yang kena infection tu disuruh naik kereta, maka dia pergi meninggalkan kami... semuanya sebab diorang nk majlis ni habis cepat...

apa lagi, kami yang sihat ni pun, pecutlah... memang fitrah kami jalan laju... yang terseliuh kaki tu, pun nak pecut... dah dia bertegas, biarlah..... jadi, kami jalan dengan lajunya, memotong setiap insan di hadapan kami, memintas mereka yang berlenggang dan memecut selaju yang boleh... semuanya sebab kami nak cepat sampai supaya boleh berehat cepat.... biarpun kami laju, memotong orang lain, kami tak sempat berada di hadapan sekali.. dah terlambat untuk tu... =_=!

kami pulang lambat,... biasalah, UniMAP ni masalah sikit.... pukul satu sampai rumah... kami rehat....
tapi kejap aja... kena siapkan keja lagi.....

Aku Ada Pengikut...?.
betul! tak main-main.... aku rasa macam aku ni ada pengikut yang setia... apa aku buat, dia nak buat jugak... lepak umah aku, main game dengan aku, kadang-kadang, nak masuk aktiviti apa-apa pun ajak aku...
ada jugak yang melayan aku macam aku ni ketua dia.... apa-apa sikit, aku kena buat... nak jadi imam, tunggu aku, nak buat keputusan pun suruh aku yang buat....

memang aku ni ditakdirkan jadi pemimpin ka....? nak pergi surau pun tunggu aku di rumah aku... hmm...
peliklah diorang ni....

Mengantuklah.....
kerana banyak aktiviti, letihnya pula bagaikan berhari-hari, aku amat, amat mengantuk dalam kuliah hari Isnin tu...sampaikan aku nak buka mata pun susah.. last, aku tidur jugak dalam kuliah.. memang rasa bersalah kat lecterur kat depan tu, tapi aku tak mampu bertahan... dalam bas aku tidur, dalam kelas aku tidur, di rumah pun tidur... malam Isnin tu pun aku ada latihan silat olahraga lagi... nasib baik latihan malam tu tak teruk sangat... latihan silat ni setiap Isnin, Rabu, Jumaat (malam), Sabtu dan Ahad (pagi dan petang)... memang memenatkan dalam seminggu ni...

Assignment....
assigment pun banyak tak siap lagi... terpaksalah aku curi-curi masa....

Alumni KMK batch 05 & 06.....
tak pasal-pasal, aku dapat mesej, ajak aku gi alumni KMK batch 05/06, 6 mac ni..... apa ke hal pulak ni....?
aku batch 08/09.....
mikir punya mikir, bincang punya bincang, (dengan Pali)... insyaallah kami akan pergi.....

Alumni KMK batch 08 &09...
alumni ni, 13 mac pulak.... memang aku tak cuti lah hujung minggu.... tiap-tiap minggu, ade je program.... yang ini, conform pergi... mana boleh tak pergi.....

Macam Mana Ni...?
punya banyak aktiviti yang aku terlibat... aku dah ikut satu jemaah, tiba-tiba masuk lagi satu jemaah....
aku dah ada satu alumni, tiba-tiba ada lagi satu alumni.....
aku dah masuk satu silat, join lagi stu silat....
nk tolak, rasa macam tak elok pulak....
tapi, kalau aku tolak, aku jadi tak sibuk, dan aku tak akan cari masa untuk study...
sebab tu aku terima ja....

Tarbiyah ALLAH Yang Terbaik.....
tak dinafikan, ALLAH mengetahui segala-galanya.... tak dinafikan tarbiyah ALLAH adalah yang terbaik....
al-kisahnya.....
aku ada buat dosa-dosa kecil kebelakangan ni (dosa apa, tak boleh bagi tahu..), dan balasannya aku kena kat dunia ni lagi, tak save sampai kat akhirat.....
laptop aku rosak, kenalah gi baiki... setiap kali aku buat, mesti ada benda buruk yang jadi kat aku....  bila aku mikir, masa aku tak buat, ok ja hidup aku.. tapi bila aku buat dosa kecil sekalipun, aku dah kena balasan....
hmm.... tapi aku tak salahkan ALLAH.... sebab aku tahu, itulah tanda DIA ingin mendidik aku, mentarbiyah aku.... Alhamdulillah.....

ada juga ketikanya aku memikirkan, aku sering dididik dengan kepimpimnan.... guru silat aku terkejut apabila kat kem wajadiri hari tu, aku yang pendiam ni boleh lantang membuat pembentangan....
ada ketikanya aki memikirkan, aku sering dilayan bak seorang ketua...
aku dikatakan mempunyai cir-ciri kepimpinan oleh orang-orang sekeliling aku...
setiap kali perlu bekerja dalam kumpulan, meskipun kumpulan baru. orang-orang baru yang tidak aku kenal, aku akan dipilih secara spontan.....

seringkali terdetik dalam dalam kotak fikiran aku,
"apakah aku bakal jadi seorang pemimpin..? kerana itukah aku dididik sedemikian rupa...?"
"kerana itukah aku dilatih dengan kesibukan yang kian bertambah dari hari ke hari...?"

namun, aku mengerti bahawa ALLAH jualah yang mengetahui aka apa yang terbaik bagi hamba-hambaNYA...
aku kini pasrah dan redha....
andai aku ditakdirkan untuk memimpin, kepada ALLAH jualah aku berserah...

Ya ALLAH.......
aku memohon kepada-MU, berikanlah kepadaku segala yang terbaik bagiku............

No comments: