Thursday, February 11, 2010

USRAH...

Apabila menyebut tentang "USRAH", ada antara kita yang menganggap bahawa usrah ini hanyalah bagi mereka yang kuat agamanya. Agak menyedihkan apabila ada pihak yang turut menganggap usrah sebagai satu cabang keganasan. Sebenarnya tidak! Sebaliknya, konsep usrah merupakan satu konsep perbincangan secara berkumpulan yang membincangkan tentang Islam dan berusaha menerapkan Islam dalam kehidupan seharian. Usrah juga sebenarnya merupakan satu usaha bagi menerangkan kefahaman tentang Islam dalam kehidupan. Tidak seperti kebanyakan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang lain, Usrah boleh dilakukan di mana-mana sahaja hatta di kedai kopi sekalipun. Malah, bila-bila masa sahaja juga sesuai memandangkan ia adalah satu aktiviti berkumpulan dalam bilangan ahli yang sedikit dan dapat dilakukan juga di masa terluang.

Ta'aruf
Dalam mengikuti usrah, sesi ta'aruf, atau sesi berkenalan merupakan satu aspek penting bagi mengenali setiap ahli usrah. Hal ini adalah bagi memastikan hubungan yang terjalin itu dapat dieratkan, bersesuaian dengan pepatah Melayu, "tak kenal maka tak cinta"... Segala macam benda yang terasa ingin dikongsi, boleh diceritakan semasa sesi ta'aruf ini, contohnya, kenangan pahit, manis, masam, cabaran hidup, kesenangan hidup, hobi, kegemaran, perkara yang dibenci, dan sebagainya. Itu pun jika ingin orang lain mengetahui akannya. walau bagaimanapun, tidak ada paksaan dalam berkongsi maklumat atau perihal peribadi jika tidak ingin berkongsi bersama mereka yang lain.

Tafahum
Bermaksud, persefahaman, maka adalah satu tindakan yang wajar setelah melalui sesi perkenalan bagi memupuk persefahaman antara ahli usrah. Namun, pesefahaman yang dimaksudkan bukanlah persefahaman dari aspek kehidupan yang pelbagai. Sebaliknya, konsep usrah merupakan satu usaha dakwah bagi mengukuhkan pemahaman mengenai Islam yang sebenar dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.Bahkan, segala bentuk persoalan boleh dibincangkan bagi menjawab persoalan-persoalan yang terbuku di dalam hati. Persefahaman yang dimaksudkan merupakan pemahaman tentang Islam yang sebenar agar tidak terpesong dari akidah yang sebenar. Perlu diingat, dalam usrah, tidak ada persefahaman mengenai bola, muzik, sastera, politik, dan lain-lain hal keduniaan. Hanya perbincangan mengenai Islam sahaja seperti tauhid, feqah, ussuluddin, tasawuf dan sebagainya mengenai Islam.

Takaful
Takaful bermaksud bantuan, pertolongan dan yang seumpama dengannya. Dalam hal ini, merujuk kepada sikap bantu-membantu dalam ahli usrah terutamanya, dan sesama manusia juga tidak diketepikan. apabila telah mengenali antara satu sama lain, mempunyai fahaman yang sama, maka secara tidak langsung dapat memupuk sikap saling membantu antara satu sama lain... Oleh itu, marilah sahabat-sahabat sekalian, kita berusrah...


Triple T Training
Merupakan satu usaha dakwah bentuk baru, menjadi satu kaedah baru dalam menjalankan usaha dakwah sesama ahli usrah bersama usrah-usrah yang lain. Menggunakan efek bunyi audio dan video, insyaallah akan menjadi satu kaedah baru bagi mendakwah para remaja dan pemuda agar lebih menghayati dan mengamalkan  Islam dalam kehidupan mereka. Untuk maklmat lanjut, sila layari blog Triple T Training...

2 comments:

Anonymous said...

basmalah...

salam...

nk tye sal triple t training tu ape...
usrah ke

Unknown said...

salam...
maaflah, sbb baru balas...
akhir2 ni, agak sibuk...
3T training tu, merupakan tanzim moden yg mggabungkan kumplan2 usrah....