Wednesday, August 28, 2013

TODAY...

Assalaamu'alaikum...

Hari ni, 28 Ogos 2013: birthday adik pompuan aku.... Haha... tapi, kami satu keluarga tak sambut birthday pun...

Semuanya berkaitan dengan universiti dah selesai. Masa aku tengok kat portal, aku dah dikira sebagai graduan. Alhamdulillah. Dan yang paling aku tak sangka, Projek Tahun Akhir aku dapat gred A-. Seronok woo.... Alah, oghang boleh cakap, "Itu A-, bukan A..." Mana tak seronoknya... Masa aku buat projek tu, rasa macam nak lulus pun dah susah apatah lagi nak dapat A... Toksah nak mimpi pun... Tapi bila aku dapat keputusan untuk semester ni, betapa aku bersyukur kat ALLAH... Aku memang tak sangka, bukan setakat dapat C aje.... Aku dapat A-  tu......

Oh! Buat masa ni, aku masih lagi duduk kat rumah mak ayah, sambil menghadap komputer setiap hari. Hari tu, pergi kerja partnership dekat WD. Masa tu, memang aku tak raya lah... Sejak dari hari tu, aku ada masalah untuk tidur. Masalah ni berlanjutan sampai sekarang... Setiap malam aku cuma boleh tido antara 2 hingga 3 jam sahaja, kemudian aku akan tido sampai 4 jam pada waktu siang... Huh.. Susah hidup aku macam ni... Aku dah cuba betulkan waktu tido aku, tapi masih tak betul lagi..

Setiap hari, aku akan surf internet untuk beberapa perkara:
1. tengok kartun/anime
2. baca komik
3. cari kerja kat jobstreet
4. cari kursus kemahiran

Aku buat benda tu hari-hari sampai aku dah buntu untuk taip keyword company... Aku nak melukis, tapi idea untuk melukis belum sampai... Ada sesetengah perkara, aku tak dapat nak lukis. Sebabnya, aku tak tau nak bagi tahu macam mana. Tapi, benda tu bukan sesuatu yang mudah untuk disampaikan melalui lukisan... 

By the way, aku teringin sangat nak jumpa dengan seseorang. Masa tu aku masih lagi kerja kat WD tu... Kebetulan dia pun duduk kat sana. Memang kami bercadang nak jumpa. Tapi dia kata, dia tak berkesempatan sebab masih ada kerja yang perlu dia siapkan. (=.=)
 .
.
.

Tak apalah. Ada jugak hikmah tak dapat jumpa... Tapi, seriously, aku memang teringin sangat nak jumpa dia... Well, walaupun aku masih tak tahu nak sembang apa dengan dia aku masih rasa nak jumpa dia. Dapat tengok muka pun jadilah... Tapi, bagi aku.. Aku sebagai seorang lelaki, aku perlu utamakan mak ayah aku. So, aku mesti pastikan aku ni lebih kerap jumpa mak aku, daripada pergi jumpa dia... Aku rasa bersalah kalau aku jumpa dan sembang dengan dia, lebih daripada aku sembang dan jumpa dengan mak aku... Sorry, aku masih ada emak untuk aku patuh...

Anyway, kiamat dah dekat sangat dah. Banyak tanda-tanda dah boleh kita tengok. Bencana alam dah makin banyak, perang pun dah kerap kita dengaq, pemimpin-pemimpin pun dah ramai yang tak layak sebenaqnya, ulama-ulama pun dah makin ramai yang tinggalkan kita (meninggal dunia), maksiat pun dah makin banyak... So, janganlah duk enjoy sangat hidup tu... Dunia, dunia lah jugak. Tapi sampai lupa akhirat, itu yang salah...