Saturday, September 17, 2011

PENYESALAN...

Khamis, 15 september 2011 :

Selesai sahaja solat Maghrib, aku dan Fahmi bergegas ke Seberang Ramai untuk mengambil Syah. Tujuan kami adalah untuk menyertai festa konvo UniMAP ke-6. Malam ini, ada sesuatu yang istimewa yang belum lagi pernah berlaku di sini. "Malam Nur Kelestarian Islam"...

Bermula jam 8.45, majlis dimulakan dengan zikir oleh imam muda Ammar yang seterusnya disertakan sesi ceramah bersama beliau yang bertajuk, "Man Ana". Kemudian, Ustaz Azki selaku moderator yang dijemput khas dari KUIN mengambil alih majlis. Persembahan beliau sememangnya tidak pernah mengecewakan dan hebat seperti biasa. Bersama beliau, seorang artis jemputan menjadi tetamu istimewa yang memberikan persembahan, yang pada aku cukup menyentuh jiwa. Artis tersebut, suatu ketika dahulu merupakan seorang penyanyi kumpulan rock, Melissa, kini lebih dikenali sebagai Ustaz Radzi.

Aku cukup tertarik kerana suatu perkara yang pernah terlintas dalam minda aku adalah sama seperti pandangan Ustaz Radzi sekarang ini. Perkara itu adalah, menukarkan lagu-lagu lagho yang ada kepada lagu berunsur kerohanian. Antara lagu yang telah diubah oleh beliau sendiri termasuklah sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Melissa pada 90-an dahulu, Cinta Untuk Nabilah. Tapi, itu dulu. Sekarang tajuk lagu itu adalah Cinta Untuk Nabiku/Nabi lah...

Selain itu, turut disertakan beberapa lagu beliau yang dimuatkan ke dalam album terbaru, Penyesalan. Antara lagu yang beliau bawakan termasuklah yang bertajuk Penyesalan. Aduh, sungguh menusuk jiwa. Kalaulah kalian dapat mendengarya, pasti akan tersentuh juga.

Susah untuk kita temui artis seperti Ustaz Radzi ini. Jumlah mereka tidak ramai. Mendengar lagu-lagu seperti ini, yang telah diubah kadang-kala membuatkan aku sendiri ingin menceburi bidang muzik. Seringkali aku mendengar lagu-lagu yang aku suka rentaknya, malangnya semua lagu itu adalah lagu yang lagho dan tidak mengingatkan kita kepada ALLAH. Sedih jugaklah. Alangkah baiknya kalau lagu yang sedap tu kita gubah untuk mengingatkan kita kepada ALLAH.

Sebab itulah, ada ketikanya aku sendiri ingin mecipta lagu-lagu nasyid. Malangnya aku bukanlah insan yang mahir dan mungkin tidak berbakat dalam mencipta lagu. Namun, aku harap akan hadir lebih ramai insan yang ingin mencipta lagu-lagu atau paling tidak pun mengUBAH lagu-lagu yang sedia ada untuk mengingatkan kita kepada ALLAH...