Wednesday, June 8, 2011

PENGARAH..? (o.O")?

Assalaamualaikum...

buat pembaca sekalian, hari ini merupakan antara hari yang sangat memenatkan bagi aku. Diberikan tanggungjawab sebagai pengarah Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal, aku merasai pelbagai bebanan yang masih baru dan sukar untuk aku tangani. 

Hari pertama, segalanya berjalan lancar. Pendaftaran yang sangat dikhuatiri akan gagal, berakhir dengan jayanya walaupun "flow" pendaftaran itu belum pernah digunakan lagi oleh pihak universiti apatah lagi disusun oleh pelajar. Tahniah kepada Sumeshini atas kejayaan kamu merancangnya. Walaupun pada mulanya pihak universiti sukat untuk menerimanya tetapi kamu berjaya membuktikan kejayaan perancangan kamu... Tahniah!

Orang kata, "Apa yang pengarah itu fikirkan, itulah yang berlaku..." Ternyata apa yang dikatakan itu adalah benar. Aku hanya menumpukan sepenuh perhatian pada hari pendaftaran sehingga mengabaikan minggu suaikenal itu. Sejak hari kedua, huru-hara kami PPMS. Pelbagai kejadian yang tidak dirancang berlaku. Aduh, akhirnya, aku jugak yang merasa bersalah meskipun pihak atasan tidak berkata saya yang bersalah.

Ini adalah pengalaman yang baru. Pagi tadi, aku dipanggil oleh "Pak Guard" kerana tertinggal walkie-talkie di dewan. Huhu, kenalah marah sebentar dengan dia... Tapi, masa tak dapat diulang. Selepas ini, tak boleh buat macam tu lagi.

Hari ini, ketika orang lain ke Program Bersama PPK, aku pulak tidur di bilik. Aku sangat letih, kepala sangat sakit dan mata sangat sukar untuk dicelikkan. Tapi tidurku tak lena. Hampir setiap setengah jam aku dikejutkan dengan nada dering telefon bimbit aku. Aduh, sukar nak tidur lena.

Masih lagi berbaki 2 hari. Tak tahulah macam mana 2 hari lagi ini. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar semula.

Adakalanya aku tertanya-tanya, "Kenapa aku ditakdirkan untuk memikul tanggungjawab ini?" Huh, soalan yang sukar untuk dijawab kerana ALLAH sahajalah yang tahu. Mungkin suatu hari nanti di masa hadapan aku akan diberikan tanggungjawab seperti ini? Huh! Persoalan yang hanya tinggal persoalan.

Todak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk menerima jawatan seperti ini... Nampaknya aku kena belajar untuk merancang, sesuatu yang dah sangat lama aku tak buat.....