Thursday, March 31, 2011

Keperluan vs Kehendak = Iman vs Nafsu

Assalaamualaikum....

Haha, baru beberapa hari lepas aku poskan satu entri dan kali ni aku poskan lagi entri baru... Sekarang aku masih lagi dengar lagu Allah Ya Allah Kiakaro.... Haha, best lah lagu ni....
Ok! Kali ni tentang apa pulak...? Jeng jeng jeng...... HUTANG......

Sebab apa? Mudah je. Baru-baru ni, ada seorang yang sanggup meminjam wang semata-mata untuk beli barang yang tidak penting. Hah! Sanggup? Memang sanggup. Duit PTPTN dia dah nak habis, nak makan pun dengar kata pinjam dari orang. Ok, mungkin masa nak makan tu tak ada duit memandangkan sekarang ni hujan 24 jam sehari jadi tak dapat amik duit kat ATM. Itu tak kisah sangatlah sebab makanan secara logiknya keperluan manusia untuk hidup. Bagi aku, tak kisahlah kalau dah terdesak...

Mungkin ada yang akan kata, "Kalau ALLAH nak matikan kita, kita akan mati jugak". Tapi kena ingat, secara logiknya kita kena makan untuk hidup dan ALLAH ada kata kita kena usaha, kalau tak DIA tak akan bantu. Jadi, kita kenalah makan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kalau tak kita mati sebab kebuluran semata-mata yakin ALLAH tak akan matikan kita dengan "KEBULURAN"... Tapi ini bab lain, mungkin masa yang lain aku cerita...

Ok! Masuk balik topik asal, HUTANG! Kita semua tahu hutang itu adalah meminjam wang dari seseorang dan perlu dipulangkan dengan jumlah yang sama tanpa kurang atau lebih sedikit pun. Kalau tak bayar balik, bukan hutang namanya.

Ok! Semua dah tahu makna hutang, jadi aku tak perlu terangkan dengan panjang lebar. Apa aku nak katakan di sini adalah, hutang ini memang diizinkan oleh ALLAH tetapi tidak pula digalakkan. Kenapa? Sebabnya mudah. Kalau kita jadikan berhutang sebagai satu amalan yang biasa, diri kita jugak yang akan merasa kesan sampingannya. Kesan sampingannya bukanlah kesan yang baik, tetapi lebih banyak kesan buruk. Nak tahu kesan-kesannya? Teruskan membaca....

Ok! Kesan yang paling mudah untuk kita terima adalah, jika sikap berhutang ini tidak dikawal kita akan terjebak dalam jumlah hutang yang terlampau besar sehinggakan kita tak mampu nak bayar. Tak usahlah aku ceritakan tentang balasan di akhirat, kat dunia ni pun kita dah boleh nampak impaknya. Huhu, susah sikit aku nak terangkan dalam bentuk ayat tentang ni. Sebelum ni, ramai yang dah bankrap disebabkan hutang yang terlampau besar. Tapi diorang ni ahli perniagaan, memang itu risikonya.

Ok! Tadi ahli perniagaan. Kita pernah dengar istilah "kad kredit". Apa itu kat kredit? Senang cakap, kad hutang. Pergi beli-belah kat shopping mall, tak bayar. Haha, ramai yang dah bankrap gara-gara kad ni sebab diorang tak reti nak kawal nafsu membeli diorang. Ok, itu kita cerita hari lain....

Balik kepada topik asal, Hutang. Adui haih, beli sesuatu yang tidak penting sedangkan wang dah tak ada. Pinjam duit dari orang pulak tu. Bukan sikit, banyak. Aku sebenarnya agak marahlah. Aku tahu kalau aku nasihat dia tak nak dengar, jadi aku sekadar tulis ajelah kat sini. Kalau dia baca, dia fahamlah kot (harap-harap dia faham). Siapa makan gula dia yang rasa manisnya, siapa yang makan asam, dia terasa masamnya,  dan siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. Haha......

Bukannya apa. Kita kena tengok jugak keadaan kita, mampu atau tak sekiranya kita nak beli benda-benda yang tak penting ni. Kalau kita mampu nak tampung perbelanjaan sementara tak jejaskan perbelanjaan untuk keperluan, tak apa lah. Tapi kalau kita tahu perkara asas pun dah susah nak tanggung, janganlah beli sesuatu yang sekadar kehendak.

Oh! Sekarang ada dua istilah berbeza, kerpeluan & kehendak. Mula-mula, definisi KEPERLUAN. Keperluan merupakan sesuatu perkara yang menjadi perkara yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Contoh paling mudah adalah makanan,pakaian dan tempat tinggal. Manakala kehendak adalah sesuatu perkara yang tidak menjadi keperluan dan jika tidak ada, tidak akan menjadi masalah kepada kehidupan seharian. Sebagai contoh, rumah yang terlampau besar, kereta yang terlampau mahal, motosikal yang terlampau mahal dan makanan mewah.

Haha, dah cukuplah setakat definisi, kita balik kepada perasaan marah aku tadi. Orang yang aku maksudkan tadi, bukanlah dari kalangan keluarga yang berkemampuan, bahkan kehidupan seharian keluarga dia pun dah susah. Rasanya aku tak perlu ceritakan lebih lanjut tentang keluarga dia, nanti membuka aib dia pulak. Aku tak kisah kalau keluarga dia kaya macam kawan kami sorang lagi. Kawan kami tu, duit PTPTN tak amik, duit belanja, PA MA tanggung. Jadi, kalau keluarga dia macam tu, aku pun tak kisah. Tapi hakikat sebenarnya keluarga dia adalah sebaliknya.

Ayah aku seorang guru yang boleh dikatakan golongan pertengahan. Maksudnya tak susah tapi tak kaya. Biasa je... Tapi, aku sendiri tahu nak bezakan keperluan dan kehendak. Ayah aku selalu kata, "Benda yang kita perlu kita beli, benda yang tak perlu toksah beli..."

YA! Aku tahu kita memang nak macam-macam. Aku pun ada benda yang aku nak sangat. Contohnya, handset yang ada mp3, kamera, bluetooth, radio, dan segala macam aplikasi lagilah. Tapi, aku tak beli walaupun secara teorinya keluarga aku mampu nak support. Itu keluarga aku, bukan aku. Aku tak ada duit nak beli telefon bimbit semahal tu, ayah aku yang berduit. Aku nak jugak telefon macam tu. Tapi, benda tu semua bukan keperluan aku, jadi aku tak beli pun. Buat masa sekarang aku cuma gunakan telefon NOKIA yang entah apa modelnya aku pun tak tahu. Aku cuma tahu, tak ada mp3, tak ada kamera, tak ada aplikasi-aplikasi yang pelbagai macam telefon orang yang aku tengah marah ni.

Jadi, kenapa nak ikut nafsu? Tak payahlah.... Nanti diri sendiri yang merana. Buat masa sekarang memang kita seronok tapi bila sampai masa hadapan nanti kita tak mampu nak bayar balik, kita merana. Dia pinjam sekarang untuk beli benda mahal tu, aku risau nanti bila masuk semester-semester depan, dia tak cukup duit untuk makan sebab kena bayar hutang. Lepas tu hutang lagi untuk makan pulak. Masuk semester seterusnya, hutang lagi...

Hello...!!! Fikirlah jugak untuk masa depan, bukan masa sekarang je.... Dahlah, aku rasa cukuplah setakat tu, malas aku nak tulis panjang-panjang lagi....

Assalaamualaikum...........

Tuesday, March 29, 2011

Dia Dah Makin Dekat..!!!! (^___^)P

Allah Ya Alllah Kiakaro....... Lalala.... aku pun tak tahu apa maksud "kiakaro" tu.... Masa ni saja-saja dengar lagu ni..... Sebenarnya, entri kali ini tak akan ada kena mengna pun dengan lagu ni, tapi, saja nak masukkan jugak... Haha.....

Ok! Dah agak lama jugak aku tak "update" blog aku ni. Entah lah dah berapa lama, tapi memang lama. Bukan apa, aku sebenarnya banyak perkara untuk ditulis, tapi entah macam mana tersekat dalam kepala disebabkan terlalu banyak kerja yang perlu aku fikirkan. Jadi, kepada para pembaca, aku minta maaf lah. "Gomennasai.."

Ok! Cukuplah kot mengarut setakat tu. Sekarang kita masuk isi yang sebenar. Buat masa sekarang, sudah lebih 24 jam hujan tanpa henti sejak petang semalam. Tapi, petang semalam memang dah rasa lain dah. Bayangkanlah, masa tengah balik dari Pauh (tempat belajar aku di UniMAP), aku dapat tengok awan yang amat gelap sedang menutup langit Kuala Perlis. Huhu, masa tu memang dah agak ada kelainan kat awan kali ni. Bila sampai kat Kuala Perlis, terus hujan turun dengan lebatnya. Hanya sekali-sekala saja hujan renyai, tapi hujan tetap tak berhenti.

Sekarang masih hujan renyai, tetap tak berhenti. Dalam menghadapi hari hujan ni, aku teringat akan satu perkara. Jika kita lihat, sekarang dah banyak gempa bumi. Bahkan, kawasan punca gempa semakin menghampiri Malaysia yang kita tahu tidak sepatutnya menghadapi gempa bumi. Baru-baru ini, Jepun teruk dilanda tsunami yang diakibatkan oleh gempa bumi. tak cukup dengan tu, digandakan pulak bencana kat sana dengan kerosakan loji nuklear. FUH...!!! Kesian diorang....

Itu cerita kat Jepun. Kalau kita tengok, kat tempat lain pun jadi jugak tapi aku dah tak ingat kat mana. Ok!, itu gempa bumi, tsunami dengan nuklear. Kalau kita tengok pulak kat Asia Barat, lain bencananya. Rasanya semua orang dah tahu kot, diorang tu tengah berlawan sesama sendiri. Atau istilah yang lebih tepat, "PERANG"..... Haha... PERANG. Dengar kata, pihak Amerika pun akan melancarkan serangan. Mestilah diorang tu ada motif disebaliknya. Tapi, aku tak nak mengulas panjang sebab bukan itu topik sebenar yang aku nak cakap.

Jadi, apa bendanya yang aku nak cakap sebenarnya ni? Haha... Sabar......
Ok! Baru tadi aku tengok berita, ada pegawai kanan kastam yang dituduh menerima rasuah. Huhu, entah bila lah kes rasuah ni nak habis. Rasanya tak habis kot. Mesti ada yang akan kena tangkap dan perbuatan macam ni akan berterusan sampai ke suatu masa nanti.

Ok! Itu pasal rasuah. Kita masuk pulak hal yang seterusnya iaitu tentang masa. Kalau kita tengok sekarang, manusia zaman ni macam tak cukup masa. Sebagai contoh, pelajar lah senang. Aku sendiri sebagai pelajar merasakan bahawa masa sekarang ni cepat sangat blah. Pagi bukak mata, tau tau, malam dah kena lena. Kadang-kadang, kena korbankan pulak waktu tidur malam semata-mata untuk siapkan kerja. Hal ni bukan jadi kat aku sorang, kawan-kawan aku pun kena jugak. Tapi, aku lebih pentingkan tidur. Walaupun kerja tak siap, aku tidur jugak. Dah lah  sekarang ni, macam-macam nak kena buat. Jadi, masa dirasakan tak cukup... Huhuhu...

Ok! Itu tentang masa. Kita masuk pulak bahagian lain. Petang tadi, aku berjalan naik bukit semata-mata nak naik bas. Dah memang macam tu, tak ada pilihan lain. Masa tengah daki bukit tu, aku ikut belakang seorang perempuan. Huhu... Rezeki kot... Dia punya rambut boleh kulihat dari belakang, warna perang. Haha, kantoi dia dye rambut. Tak kisah sangatlah tentang tu, lagipun dia tu jenis yang pakai tudung = tak pakai. Boleh nampak jugak rambut dia yang panjang sampai ke pinggang tu. Lagi pulak, dia biasanya pakai baju yang bagi aku, baju ketat tapi tak lah sendat. Sememangnya dia tu "free hair", jadi aku tak banyak sangat komen lah. Tapi, apa yang aku nak katakan, benarlah sabda baginda yang maksudnya membawa isi ini, "Perempuan berpakaian tapi telanjang". Haha, maknanya dia pakai baju, tapi masih nampak aurat. Samalah macam cerita aku kat perenggan ni.

Ok! Itu tentang perempuan. Sekarang kita masuk pulak benda lain. Kalau kita tengok sekarang ni, dah banyak dah gejala sosial yag berlaku. Haha, saja nak masukkan jugak pasal ni walaupun isu ni dah lama dah dan tak pernah sudah. Sebab tak pernah sudah lah aku masukkan jugak. Huh, ni aku susah nak bagi komen kat dalam ni. Kalau nak tahu, tanya aku terus. Telefon ka, hantar surat ka, mana-mana lah korang nak.

Ok! Itu satu isu yang memang dah lama. Sekarang ni satu lagi isu yang dah lama, iaitu isu buang bayi. Ini, memang aku angin satu badan kalau aku dapat tahu ada bayi kena buang. Ini pun aku tak nak komen banyak, kalau nak tahu jugak terus tanya aku.

Ok! itu tentang buang bayi. Sekarang kita masuk pulak bahagian lain. Dalam satu bulan yang lepas, aku dipertontonkan sebuah filem bertajuk, "Aku Masih Dara". Jangan tanya cerita tentang apa, aku tengok sekerat je sebab dah tak tahan tengok heroin cerita tu kena buli. Dalam filem ni, orang Islam sendiri dah tak kenal Islam. Tak solat, tak tahu baca Al-Quran, minum arak, seks bebas, pesta. Huh, semuanya benda yang Islam laranglah. Tapi, filem ni boleh dikatakan Islamik jugaklah. Inilah yang dikatakan oleh Baginda s.a.w dulu, umat Islam akan jadi seperti buih di lautan, banyak tapi kosong... Haha, aku malas nak ulas banyak pasal ni kat dalam entri ni. Kalau nak tahu jugak, tanya terus aku.

OK! Dah banyak aku cakap, tapi apa yang aku nak cakap sebenarnnya? Hahaha.... Mudah je, Perkara yang aku nak cakap sebenarnya pendek ja, iaitu, "Kiamat Makin Dekat dan Ia Sangat Dekat Sekarang Ni..." Itu je... Semuanya yang aku tulis panjang sangat tu, adalah hujah-hujah aku yang menyokong kata-kata aku. Semua yang aku kata tadi tu, petanda bahawa kiamat sudah dekat....

Jadi, sebelum aku undur diri untuk buat quiz yang Pn Marhainis bagi tadi, aku nak pesan supaya korang waspadalah. Persiapkan diri korang untuk hadapi hari kiamat nanti.

Ok! Assalaamualaikum.....