Friday, July 2, 2010

Loghat Kedah...

“Hang kena ingat, walau banyak mana hang usaha sekalipun, kalau tak ingat kat Allah, hang takkan berjaya…”

“Orang kafir hanya ada dunia sebagai penolong depa. Tapi, kita orang Islam ada Allah sebagai penolong. Kalau dunia pun di bawah kekuasaan Allah, maka tak ada apa lagi yang perlu kita takutkan…”

“Ilmu ni macam air dalam perigi. Kita usaha duk semayang, duk mengaji Al-Quran, berzikir, bertasbih, munajat, semayang sunat, tahajud, hajat… Tapi, kalau kita tak usaha untuk timba ilmu tu keluar dari perigi, kita takkan dapat…”

“Hang semayanglah, istighfarlah, semayang taubat, tapi kalau hang duk buat dosa, tak guna juga. Payah Allah nak terima…”

“Hang ada mak ayah, jangan hang lupa kat depa. Buat baik dengan depa. Selalu talipon depa. Hang usaha tara mana pun untuk dapat baguih dalam pelajaran, kalau depa marah kat hang, geram kat hang, tak redha kat hang, hidup hang takkan aman jugak…”

“Hang hidup atas dunia ni, jangan lupa yang hang tu ada Tuhan. Dia sentiasa perhatikan hang. Hang tak boleh lupa kat Dia walaupun sekali. Sekali hang lupa kat Dia, Dia pun akan lupa kat hang. Bila Dia lupa kat hang, habihlah hang. Dunia tak ke mana, akhirat duk neraka. Kalau hang dapat dunia pun, apa guna? Akhirat tetap neraka kalau hang duk lupa, buat tak tau kat Dia…”

“Kita orang Islam. Ada peraturan yang kita kena ikut. Peraturan tu dipanggil sebagai, syariat. Sapa buat syariat untuk kita? Bukan orang, Tuhan!. Tapi, tuhan kita bukan dunia atau orang lain. Bukan jugak pemimpin. Tapi, tuhan kita Allah. Bila kata Dia buat peraturan, kita kena ikut, tok sah duk pertikai lagi dah…”

“Orang selalu cakap, ‘Aku semayang, bukan tak semayang!’… Tapi, kalau dia semayang pun masih buat maksiat, tu tandanya Allah tak terima semayang dia. Dia semayang sia-sia ja…”

“Orang duk mengadu masalah kat kawan, teman wanita, teman laki, dengan harapan masalah depa boleh selesai dengan sebab orang yang depa pi mengadu tu akan tolong depa. Tapi, kita kena ingat! Kawan tu pun, orang jugak. Depa pun ada masalah jugak. Silap-silap, pi mengadu kat depa pun tak boleh nak selesai masalah. Kita ada Tuhan. Tuhan kita Allah. Dia Maha Bijaksana, Maha Cerdik, Maha Pandai, segala macam maha ada kat Dia. Pi mengadu kat Dia, insyaallah Dia akan bantu kalau hang mintak sungguh-sungguh…”

“Hang remaja, aku pun remaja… Orang lain yang sebaya dengan kita pun remaja. Memang dah Allah jadikan kita ni tertarik kat orang pompuan dan orang pompuan tertarik kat kita, orang laki. Tapi, ingat! Kita nak bercinta sekarang, nak buat apa? Setakat pi jalan-jalan, pegang tangan, minum-minum, makan-makan? Ramai orang tak pikiaq, semua hak depa duk buat tu dosa, bukan ada apa-apa faedah pun. Nak bercinta, boleh! Allah tak larang! Tapi, Allah dah bagi syarat. Syarat, Allah buat ada sebab. Apa syarat Dia? Menikah! Nak bercinta, boleh! Menikah dulu, baru bercinta… Bukan bercinta dengan girlfriend atau boyfriend, tapi dengan bini atau suami! Baru boleh..!”

“Kita duk tengok, waktu dekat-dekat periksa baru orang reti nak pi buat semayang hajat. Masa periksa duk jauh lagi, langsung tak ingat kat Allah. Semayang wajib lima kali sehari pun tinggal. Bila dah dekat periksa baru nak reti buat yang wajib, lepas tu nak tambah hak sunat pulak! Ada ka Allah nak terima macam ni? Bohong ja kalau kata Allah terima. Tu semayang sebab nak luluih periksa, bukan sebab Allah…”

“Orang duk kalut baca novel, majalah hiburan, majalah fesyen. Lepas tu, nak ikut pulak apa yang ditulih dalam majalah tu. Tapi, depa lupa! Al-Quran hak duk ada segala macam ilmu kat dalam tu tak mau nak baca. Tengok pun dak, apatah lagi sentuh! Yang orang buta tu, tak kata lah, depa tak boleh nampak. Ni aku duk kata kat yang celik duk nampak dunia ni… Nak amalkan benda yang ada kat dalam Al-Quran, jauh sekali lah…”

“Laa ni, kita duk tengok hari-hari, dalam surat khabaq, boleh kata banyak dah berita bayi kena buang. Tu kes lupa kat Allah lah tu! Dah tau buat dosa berzina, duk pi tambah dosa buang anak sendiri, bunuh anak sendiri… depa duk pikiaq malu kat dunia, kat akhirat, azab tak pikiaq pulak… Dah tu, tau kata kalau mengandung sebab berzina, malu! Duk pi buat jugak…”

“Cuba hang pikiaq! Binatang pun, kalau anak depa sakit, depa menangis. Mati, lagi lah lah depa sedih… Tak ada binatang yang saja-saja pi buang anak seniri. Tu, depa bukan ada akai pun. Ni, nama manusia! Sebab ada akailah depa pi buang anak haram yang depa buat tu.sebab apa?! Sebab nak tutup malu. Tak sayang langsung anak tu… Jadi, depa tu binatang ka manusia? Hmh!! Dua-dua pun bukan. Lebih teruk dari binatang…!”

“”Saudaraku! Hang kena pesan kat orang-orang pompuan yang hang kenal. Pesan kat depa, kalau ada teman laki depa mintak nak ‘rasa’ badan depa sebelum depa menikah, tampar laki tu, pukul, maki, sepak ka, terajang ka, ikut depa lah… Tapi, tok sah duk bagi badan depa kat laki yang bukan suami depa… Suruh depa tinggal teruih laki tu…”

“Selalu kita duk singgah rumah kawan-kawan kita, kita tengok depa duk dengar lagu ja… Setakat aku duk pi singgah, tak ada lagi yang bila aku masuk, duk dengar ayat-ayat Al-Quran. Selalu kalau kita balik kampung, maka kita, adik kita, kakak kita, duk tengok Mentor lah, AF lah, Malaysian Idol lah. Kalau kata ada iklan nak buat konsert, beria-ria nak pi. Tapi, bila ada iklan majlis baca Al-Quran, ada tak sapa-sapa yang terus kata nak pi? Buat tak tau ada lah… Tok sah hang jadi macam depa tu. Rugi dunia, akhirat pun x ada apa…”

“Hang kena ingat! Dunia ni sat ja… pejam, celik, pejam, celik, dah jadi tua dah… Harta kat dunia ni, tok sah hang duk kejar sangat. Bukan tak bagi langsung! Tapi jangan sampai lupa Allah. Kalau hang duk kumpul harta pun, bila mati bukan boleh bawa pi akhirat…”

“Kita sama-sama manusia. Tok sah duk sombong dengan orang lain. Kalau hang pandai dalam satu perkara, jangan hang duk perlekeh orang lain sebab depa tak reti buat. Memang depa tak boleh buat benda yang hang boleh buat, tapi, hang tak semestinya hang boleh buat benda yang depa boleh buat…”

“Kita tengok orang miskin, jangan ingat kita ni baguih sebab kita lebih kaya dari depa… Silap-silap, kita msuk neraka, depa pi syurga… Jangan kita duk pi hina depa, caci depa, maki depa. Depa pun manusia…”

“Saudaraku! katakanlah satu lagu ada dua puluh ayat. Kita tengok orang boleh hafal berpuluh lagu macam tu. Dah berapa ayat depa hafal? Tapi, cuba kita suruh depa hafal satu ja surah tiga puluh ayat? Macam-macam alasan depa bagi. Kalau berpulu ayat-ayat lagu boleh hafal, kenapa tak boleh hafal satu ja surah?”

Saudaraku! Kita mengaku kita orang Islam. Bila mengaku Islam, maknanya kita kena buat lima perkara. Mengucap, kita dah buat dah, sekali ja kena. Tinggal lagi empat ja kita kena buat. Solat, puasa, zakat dengan haji. Empat benda ni, kita jangan tinggal. Kalau tak, tak layak panggil diri kita Islam…”

“Saudaraku! Dalam kita duk berdoa seharian, agak-agak, kita buat khusyuk atau sambil lewa ja? Kalau kita khusyuk, insyaallah akan ditunaikan. Tapi, kalau kita buat khalid ja, memang Allah takkan tunaikan…”

“Saudaraku! kita kata kita hamba Allah. Maka, bila kita cakap macam tu, kita kena buat apa Allah suruh buat. Dah memang itu yang hamba kena buat! Kalau tak, bukan hamba namanya…!”

Saudaraku!, dalam kehidupan seharian hang, jangan lupakan Allah, taat perintah Allah. Allah suruh, jangan persoalkan suruhan tu. Buat sahaja! Kita ada tuhan. Tuhan kita Allah… Jadi, taat perintah Dia. Jangan sekali-kali hang mensyirikkan Dia. Dalam apa sekalipun, jangan putus asa. Usaha dulu, yang selebihnya, serah kat Dia…”

“Saudaraku! hang kena ingat mati selalu. Kubur bukan tempat berehat kalau kita ingkar kepada Allah. Malah, tempat untuk kita terseksa. Tapi, bukannya cukup kalau hang setakat ingat mati ja. Hang kena buat juga amal untuk mati. Kalau hang tak ada amal soleh, dalam kubur tetap akan kena seksa. Yang penting, jangan hang menduakan Allah…”