Sunday, December 20, 2009

SALAM...

Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali." 

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi) 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


penat lelah, letih lesu, mengantuk, sejuk, panas, lapar dahaga....
inilah antara dugaan dan ujian yang dihadapi oleh insan bernama pelajar...
insan ini merantau jauh, dari kampung halaman, adik-beradik dan keluarga,
demi secubit ilmu kepunyaan ALLAH di dunia ni....


perjalanan yang ditempuhi oleh insan bergelar pelajar,
tidak pernah sunyi....
dugaan, ujian dan cubaan sering kali datang bertali arus,
bagaikan sungai yang mengalir sehinggalah ia sampai ke destinasi terakhirnya, laut...
atau perjalanannya terhenti kerana halangan....


penyakit, sentiasa menjangkiti diri insan ini,
ia tidak pernah jemu dan tidak pernah bosan,
berulang kali ia pergi, berulang kali ia datang...
penawarnya begitu mudah sekali untuk dicari,
namun penyakit ini terlalu kuat untuk ditangani...
hanya semangat insan itu sendiri,
menjadi suntikan untuk insan bergelar pelajar ini...
malas itulah penyakit,
rajin itu penawar....


besar sungguh pahala diberi Ilahi,
namun iman sering ditangani nafsu sendiri,
ditambah kekuatan bisikan syaitani,
maka tersungkurlah sendiri...
di medan perjuangan mencari redha Ilahi..


mulia sungguh mereka ini, hingga ALLAH meredhai...
di doakan pula makhluk di langit,
di doakan juga oleh makhluk di bumi,
pengampunan untuk insan ini....


namun kini, perjalanan air di sungai kerap terhenti...
kerana banyaknya rintangan di beri....
dibinakan empangan, akhirmnya ia terhenti
hingga sampai masa ia mengalir kembali....
begitulah kisah insan zaman ini...
dugaan hidup kian banyak,
syaitan mula bermaharaja,
bertakhta di hati, lemahlah diri,
tersungkur di lembah berduri,
ditusuk pula racun duniawi....


kerana bisikan, nafsu semakin kuat..
kerana bisikan, iman mulai lemah...
kerana bisikan, hal berat dianggap ringan..
kerana bisikan, nafsu dituruti...


pergaulan hilang batasan,
mata kian meliar,
ditepikan syariat,
disanjung maksiat,
diangkat kemungkaran,
dibuang kema'rufan,
dijunjung perasaan,
dipijaknya akal,
akhirnya pudar cahaya keimanan.....


Ya ALLAH...
janganllah KAU biarkan..
jangan KAU biarkan kami tersungkur,
tunjukkanlah jalan,
jalan menuju cahaya MU,
jangan biarkan diri ini terus,
berterusan dalam gelita...


ruang hati, kian sepi dari cahaya ILAHI,
berganti, sifat syaitani,
dikuasai nafsu berahi,
terpaling dari cinta hakiki
yang pasti abadi,
Ya ALLAH, janganlah kau biarkan ini terjadi.....


suluhlah dengan cahaya MU,
siramilah kotak hati kami dengan ksih MU,
hiasilah diri kami dengan sifat kekasih MU,
basahkanlah lidah kami dengan nama MU,
kuatkanlah ketaatan kami hanya pada  U,
kurniakanlah kami redha MU,
hadiahkanlah cinta kami pada MU,
teguhkanlah kami pada jalan MU,
kukuhkanlah kaki kami pada bumi MU,
agar tidak lagi kami asing dari MU....


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


sedar atau tak, cuti semester ini kian habis.... tak lama lagi perlulah aku balik ke kolej kediaman unimap untuk meneruskan pengajian di semster kedua..... sedar atau tak, aku meningkat dewasa, sikap kebudak-budakan semakin pudar dari diri aku... detik demi detik, masa berlalu, hidup senang di rumah ibu bapa akan hilang tak lama lagi... digantikan pula dengan penat lelah dalam menuntut ilmu yang tak pernah sudah... memang bosan..... tapi tak dapat ubah, sebab ini tanggungjawab aku, sebagai hamba ALLAH, anak dan pelajar...


lagipun, tuntut ilmu memang disuruh ALLAH..
tak lengkap hidup kalau tanpa ilmu...
tapi bila fikirkan balik, tuntut ilmu ni merupakan satu ibadah...
meskipun ilmu yang aku tuntut ni, ilmu fardu kifayah tapi kalau tak ada orang yang buat, berdosalah seluruh masyarakat ni...


tapi, hidup ni tak pernah lekang dari masalah.... hari-hari yang aku tempuh, sentiasa ada masalah...
bila balik kolej nanti, akan ada orang yang bermasam muka, datang cerita kat aku, tentang masalah hubungan persahabatan diorang... aduh... dulu diorang ni sahabat baik, tapi sekarang dah tak tegur langsung...


bila balik kolej jugak, aku kena start bahagi masa, nak study, bergaul, tido, ibadat khusus, dakwah, sesi latihan.... aduh... bila fikirkan, aku pun pening macam mana nak atur.... waktu aku nak tido, ada lah 2 3 orang yang datang nak ajak aku sembang, study, tanya tentang soalan... time aku free, tak ada pulak yang datang.... masalah betul... inilah antara ujian yang aku hadapi sebagai pelajar...


hari demi hari, aku merasakan iman aku semacam makin lemah... aku tak tau lah kenapa... sepanjang sem 1, aku cuba cari waktu yang sesuai untuk aku muhasabah diri, tenangkan hati, duduk sorang-sorang, berfikir dan berzikir.... tapi sentiasa terhalang.... orang lain senag-senang ja cakap... tapi bila aku nak buat, halangan bukan datang dari aku, tapi orang lain....


apa pun, aku harap sem akan datang ni akan jadi lebih baik...
Ya ALLAH, aku hanya mengharapkan pertolongan MU...
janganlah ENGKAU palingkan hatiku dari mengingati MU...
permudahkanlah bagiku untuk menerima ilmu...
permudahkanlah bagiku untuk beribadah kepada MU...
amin......

Saturday, December 19, 2009

SOALAN YAHUDI TENTANG SOLAT

Seorang Yahudi bertanya,
"Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang solat?"

Rasulullah s.a.w bersabda: "Jagalah waktu2 solat terutama solat yang pertengahan, solat zuhur,
pada saat itu nyalakan neraka Jahanam, orang Mukmin yang mengerjakan solat ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari kiamat". Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Manakala waktu Asar, adalah saat dimana Nabi Adam a.s memakan buah khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir".

Setelah itu Rasulullah s.a.w membaca ayat yang bermaksud : "Jagalah waktu- waktu solat terutama sekali solat yang petengahan, solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s diterima. Seorang Mukmin yang ikhlas mengerjakan solat maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah maka Allah akan perkenankan".

Sabda Rasulullah s.a.w: " solat Isyak (attammah). katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, Allah S.W.T haramkan daripada terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath."

Sabda Rasulullah s.a.w seterusnya:" solat Subuh pula, seorang Mukmin yang mengerjakan solat subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi Allah S.W.T dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka
2. Dibebaskan daripada nifaq ( sifat Munafik)


Sumber min: Buku Soal jawab remeh temeh tentang Solat
Penulis: Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Friday, December 11, 2009

BELANJA = PENDAPATAN - SIMPANAN

BELANJA = PENDAPATAN - SIMPANAN




hari ini, tajuk bagi Al-Kulliyah adalah "sakan belanja":
tertarik dengan apa yang dikatakan dalam program tv ni, saya di sini mengambil keputusan untuk menulis post
kali ini...


cuba kita lihat pada hari ini, berapa ramaikah yang berbelanja dalam keadaan memikirkan tentang simpanan  
untuk masa depan mereka..? Sesungguhnya, simpanan itu penting untuk masa depan kita, sebagai kegunaan di masa kita menghadapi kesulitan.. tetapi berapa ramaikah yang memikir akannya..?persoalan ni, seolah-olah 
sukar untuk dijawab...


pengalaman sebagai pelajar, banyak mengajar saya untuk menabung demi masa depan, seterusnya 
menyebabkan saya banyak berjimat... mengikut pengalaman, telah ramai kawan-kawan yang menghadapi 
kesulitan kerana tidak mempunyai wang yang cukup. akhirnya, mereka berhutang... perlu kita ketahui bahawa 
hutang memang dibenarkan dalam Islam, tetapi Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. kerana hutang ini
boleh membawa musibah yang lebih besar jika tidak dikawal...


Melalui pengalaman, ketika menimba ilmu di kolej matrikulasi, kami sebagai pelajar diberikan wang atau dipanggil
sebagai elaun. memang wang itu merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar dan wang itu
merupakan wang untuk menyara kehidupan sepanjang berada di matrikulasi, sebagai wang sara hidup... ini 
bermakna wang itu adalah untuk digunakan sebagai keperluan harian.. KEPERLUAN...


malangnya, terdapat ramai pelajar-pelajar yang menyalahgunakan wang itu, mereka menggunakan wang itu untuk
memenuhi kehendak mereka seperti handphone baru, yang bukan suatu keperluan... hal ini ternyata salah 
sebagaimana yang diajarkan oleh rasulullah s.a.w. baginda menyuruh umat Islam supaya berbelanja mengikut
keperluan mereka, bukan kehendak..!


ternyata sekali mereka itu telah menyalahgunakan wang elaun mereka itu untuk sesuatu yang tidak mereka 
perlukan.... dan ini merupakan satu pembaziran... ada juga yang bertanya pada saya, "bila nk tukar handphone
baru..?" namun aku mengatakan bahawa itu bukanlah satu keperluan bagi aku, cukuplah sekadar boleh 
berhubung bagi aku...


begitulah juga halnya ketika di universiti, PTPTN merupakan sesuatu yang begitu dinanti-nantikan... dengan wang
ini, masih ada mereka yang gunakannya untuk hal-hal yang bukan keperluan bagi mereka seperti bercinta...
hal ini jelas merupakan satu pembaziran sedangkan pembazir adalah saudara syaitan....


maka itu, janganlah gunakan wang kita untuk kehendak sebaliknya hanya untuk keperluan sahaja. sesungguhnya
sebaik-baik amal adalah yang sederhana... tap iawas! jangan sampai menjadi bakhil...
alangkah baiknya jika kita mengasingkan simpanan sebelum kita berbelanja seperti formula di atas...
selamat berbelanja...


Wednesday, December 2, 2009

BANGUNLAH DI AKHIR ZAMAN INI

heningnya suasana malam
tiada sebarang gannguan
tanpa hiruk pikuk siang hari
ketika insan melayar bahtera
indah di alam mimpi

bangunlah wahai insan
bangunlah menyembah Tuhamu
mengharapkan redha-NYA
agar selamat kita
di dunia dan akhirat sana

Betapa beratnya dosa mu
terpikul di bahu mu itu
sujudlah usah kau terus terleka
indah dunia hanya sementara
indah syurga kekal selamanya

insan
hinanya dirimku itu
namun kau tetap dengan ego mu
kau terus hanyut
turuti hawa nafsu...